Pages

Search This Blog

Showing posts with label menangis. Show all posts
Showing posts with label menangis. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Menangis Nak Ikut Masuk Toilet

Anak aku ni boleh tahan jugak kuat dia punya drama..haha
Memang setiap kali ayah dia, atau aku sendiri yang masuk toilet, dan tutup pintu toilet, mesti dia akan menangis sambil ketuk-ketuk pintu toilet tu..

Konon-konon macam nak ikut lah.. haha..

Entah apa yang dia nak buat ikut kitorang entah lah..


Agaknya apalah dia fikir kitorang buat, atau pergi manalah agaknya, lepas masuk dalam pintu tu..

Tu gambar pagi tadi, melalak-lalak nak ikut ayah dia masuk toilet..
Kelakar pun ada..

Jenuhlah pujuk, bawak pergi tengok ikan..
Bila kita sebut, ''fish'', dia pun sebut gak, tapi bunyi dia jadi "pishhh"

Oh lupa nak update, zaimi dah beli akuarium, tercapai jugak hasrat laki aku tu nak bela ikan dalam akuarium kat rumah sendiri.. :)

Entry pasal akuarium tu nanti lah, esok ke..

Sekarang ni aku duk transfer gambar dengan video adam dari memory card handphone ke desktop, banyak sungguh!

Bila tengok balik gambar lama adam, alahaiiii..... lainnya!!



Keciknya masa ni!!!
Oh adam.. dah besar dah anak emak..
dah banyak perangai..
tapi takpa, mak sayang!

Mmmwaahhh!


Ni gambar sabtu lepas..
dah terel makan keropok lekor sendiri..


Ni antara gambar latest lah ni..


Anak ayah..

Dua orang ni antara harta aku yang tak ternilai..
Syukur..

Ok, tajuk tu memang tak sesuai kan.. hahaha!
Bedal lah!

Friday, July 26, 2013

Cara Meneran Ketika Bersalin

Sedar tak sedar, anak aku Adam dah nak masuk empat bulan dah tak lama lagi, Alhamdulillah..
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah..

Kadang-kadang tu duk teringat jugak time2 mengandung dulu..
Kadang-kadang tu tetiba terfikir "Bestnya mengandung.. nak mengandung lagilah".

Hahahah...

Tapi kalau boleh dan secara warasnya, aku nak tunggu at least, Adam boleh menerima arahan mudah, baru boleh nak bagi dia adik.. Insyaallah..

Sebenarnya kalau ikut pengalaman aku sendiri pun, masa mengandung tu, apa yang paling ditakuti adalah masa baby nak dikeluarkan. Memang terfikir macam-macam, nak pulak Adam tu baru anak sulung, memang tak pernah terbayang pun apakah bersalin itu. Bila dah lalui..perghhh..

Memang bersalin tu proses yang banyak memutuskan urat, betul lah apa yang orang cakap sebelum ni. Pertamanya bagi aku, sebab sakit gilaaaaa. Haruslah banyak putus sana sini. Dan satu lagi, lepas bersalin ni rasa macam cepat lupa sikit. Kekadang tu ingat, lepas 5 saat lupa. Macam hanged jap. Jenuh recall suruh dia datang balik. haha... Nasib badan.. terima ajelah. huu..




Dan memang elok lah sebenarnya ibu-ibu yang mengandung, terutamanya anak sulung ni, ambil tahu mengenai cara bersalin yang betul. Apa posisi dia sebenarnya kan. Macam mana nak bernafas. Dan actually how to meneran??

Mungkin tips yang aku baca dari SINI ni berguna jugak:

Waktu Mula Meneran



Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.





Posisi Meneran Yang Tepat



Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.





Cara Meneran



Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.



Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.



Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Good tips kan?

Adakah aku ikut sebijik sebijut tips2 di atas?

Jawapannya adalah TIDAK!

Sebabnya, bila contraction, aku yang induced memanglah super sakitnya.
Mana nak ingat semua step, dan tak terbuat pun -_-"

KLIK kalau nak baca cerita aku bersalin induced sebab GDM

Siap masa tu, bukaan tak sampai 10cm dah kena teran..
Kaki tah kemana, peha tah kemana..
Yang aku ingat, masa meneran anak keluar tu, ibaratnya kau menolak nyawa kau keluar bersama-sama.. huk..

Tapi seriously, pengalaman itu amat manis dan indah.
Hanya orang yang lalui je yang rasa.

Masa baby keluar, tak rasa apa.
Keluar je baby, hilang segala contraction.
Yang nak rasa pun sengal sikit masa dia tarik keluar uri, dan rasa DIJAHIT HIDUP-HIDUP.

T_T

Itu sakit ye.

Dan itu kau boleh bayangkan walaupun kau lelaki.

Ibaratnya kau amek jarum kau cucuk kat bibir kau.

Heheh..

Kepada yang bakal bersalin, terutamanya anak sulung..
GO GO GO!

ANDA BOLEH!

Nak tengok gambar bayi ketika keluar dari ibunya?
Kalau rasa tak berani tak payah scroll ye.
Amaran: Ini untuk tujuan pengetahuan.

Gambar ni aku dapat dari internet jugak.

Ready?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang tak berani sila jangan teruskan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan teruskan! last warning ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Monday, July 22, 2013

Takziah buat keluarga Nawal Iris Samsudin

Ya Allah.. terkejut sangat bila dengar berita seorang kanak-kanak maut selepas tertinggal dalam kereta selama enam jam.

Serius. Speechless.



Kalau diikutkan, ibu manalah yang tergamak sesaja nak biar anak kepanasan dalam kereta.
Ini adalah takdir Allah.

Kepada yang belum tau mengenai adik Nawal Iris, di sini aku share kan beritanya:

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’. Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai. Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. – Bernama, 19 Julai, 2013.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan Adam Zuhairi kepada aku. Jauhkanlah aku dan keluargaku dari musibah yang tragis dan menyayat hati ni.

p/s: Adam Zuhairi dah banyak akal..asyik nak masukkan tangan dalam mulut je. Bukan satu jari ye, semua jari!!

Adam Zuhairi agugu agugu..

Monday, March 16, 2009

Barbara Forest Park

sabtu aritu aku balik semenyih..
sesampainye di rumah, mak pon trus je ajak aku gi barbara..
barbara ni kebun mak..
name tpt dia barbara forest park...
jangan tanye, aku pon xtau kenape..huhu~
ha..cube lihat gmbr di bawah ni...
nampak x ade bnde pelik?
hehe..nmpak x kat tgh2 tu mcm ade batu panjang kaler kelabu?
ha..itulah kubur...
kubur Boody.. kucing aku yg mati 8 Mac aritu...
yg umur 17 tu..
mak tanam Boody kat kebun...
saje je tanam sini..
biar Boody bersemadi kat sini..
atas kubur dia mak tanam pokok bunga kertas kaler putih..
bg tanda..
nanti senang nak carik..
batu putih tu letak sementara pokok tu nak besar je..
sbb takut anjing dtg korek lak kubur si Boody ni..
sedih gak tgk kubur dia..
rindu sgt kat dia~~~~
pastu merewang la kat kebun tu jap..
pastu bgambar la sket2..
hehe~

-aku bersame putik cempedak-


-nana bersame buah pulasan muda-


-mak dan mangga muda-


-tidak ktinggalan nenek bersame bunga durian-
hmm....tringat kat arwah atok~



Monday, March 9, 2009

Kucing aku dah mati :(

-gambar aku ambik semalam-
Boody dah mati kul 10.45 malam tadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku sgt sedih :(
Boody....dah 17tahun Boody jage rumah..
berehatlah sayang...........
akak akan rindukan Boody :(

Sunday, March 8, 2009

Boody Tenat!

aku sgt sedih :(
boody...kucing aku yg dah 17tahun tu dah tenat....
badan dia dah sejuk...
gusi ngan idung dia dah putih...dah x merah dah macam selalu...
dia jalan pon dah trhincut2...
kaki belakang seret...pinggang dah x kuat...
dia dah taknak makan...
minum je..
pastu dia dah x larat sgt...asik baring je...
dulu boody riuh..suke mengiau..
skg senyap je...
dan dia dah sgt kurus...
dah x gemok...
bila pegang rase tulang............
sedih sgt...
td mase aku nk balik UKm..
aku mak ngan nenk duduk depan dia..
pastu aku ckp la...
"di...akak nak balik dah ni..."
pastu dia bgn..dlm kepayahan..dia gesel kat kaki aku...
pastu dia jalan g bwh meja..
tbaring...
bdn dia asik kejang2...
sebelum aku balik tu aku gi kat dia..
aku pgg palm dia..
pastu dia genggam jari aku......
aku sgt sedih!!! :( :( :(
dia dah sgt sejuk...
aku tau dia dah x lame...
mungkin dia nak pergi teman kan arwah atok aku....
boody...akak sayang sgt kat boody...
dah 17tahun kite hidup same2..
dr sebelum Nana pon blum lahir...
nana pon dah tingkatan 2...
xpela boody..
akak redha..
kalu boody dah xde nnti..
kitorg sume msti rindukan boody...
(T-T)

Saturday, February 28, 2009

ada tak ayam dalam mee goreng ayam?

entry kali ni aku malas nak letak gmbr sbb aku kuciwa...
haha...xbleh blah ayat...
malam ni kat seksyen 16 ade pasar malam...
jadi, sementare aku yg malas nak basuh baju sendiri ni g basuh baju kat dobi layan diri tu, kitorang pon g la ronda2 kat pasar malam tu jap..
dahla ujan..
hmm...
pas ronda2 aku pon decide nak beli MEE GORENG AYAM..
rm2 je sebungkus...
wah...excited state gak aku nak memakan nye...
sbb bau dia boleh tahan la enak..
sesampai nye aku di asrama..
aku pon sidai kain baju yg basuh tadi..
pastu mase online ni aku igt nak la mkn mee tu...
sekali suap, xde ayam gak...
dua kali suap..xde gak...
hmmm hairan ye...
adekah mee ini meniru konsep cucur badak dan cucur kodok?
hanya ade pd name tp x pd makanan itu?
tp kenape nasi ayam ade ayam?
rojak ayam pon ade ayam...
bubur ayam mcD pon ade ayam gak...
hmm...aku pon menyelongkar la mee itu...
mungkin btol la dia tiru konsep cucur badak tu...
sbb xde secubit ayam pon...
kulit ayam pon xde...
yg ade cume fish cake ngn btg sayur sawi yg agak mentah..
dan sedikit tauge..of course la ade mee...
hmm...dah tu nape dia letak name MEE GORENG AYAM?
patutnye letak la MEE GORENG FISHCAKE kan?
heran heran...

Sunday, February 15, 2009

Atok :(



Pagi ni aku terjage dalam keadaan menanges...
aku mimpi aku jumpe atok.. dan dalam mimpi tu aku gi kat atok, aku peluk dia..
aku cakap aku sayang dia.. dan dia pun cakap dia sayangkan aku.. mimpi tu rase real sgt.. aku dpt rase macam betul2 aku peluk dia..
badan dia panas.. dan aku boleh hidu bau dia..
aku rase dia peluk aku erat sgt..
tp tu semua mimpi :((
aku tak mungkin dapat peluk atok mcm tu dah...
aku sgt rindukan dia............................
dah 54 hari atok meninggal...Al-Fatihah...
dan kami masih terase dgn pemergian insan bernama Joned bin Agam ini... we miss u with all of our heart..

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.