Pages

Search This Blog

Showing posts with label myKad. Show all posts
Showing posts with label myKad. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Kena tunjuk MyKad & Sijil Nikah untuk membeli gula

hello semua =)

Memang aku nak tergelak pun ada bila baca berita ni tadi.

Seorang lelaki yang berasal dari Kelantan, ditegah untuk membeli gula kat Terengganu.
Peniaga tu siap mintak myKad lelaki tu, bila dia tengok nombor myKad lelaki tu ada '03' kat tengah,
dia kata lelaki tu tak boleh beli, dia hanya jual dekat rakyat Terengganu sahaja..

Haha!


Lepas tu, lelaki tu pergi la kedai lain dengan isteri dia..
Lagi dasyat dari kedai tadi, peniaga tu mintak sijil nikah diorang pulak sebab dia tak percaya diorang tu suami isteri.. alasan dia sebab perempuan tu kecik..

Lepas dah tunjuk sijil nikah dan myKad, barulah diorang dapat beli 1KG gula..

Gila kan?

Friday, November 6, 2009

Patut ke tak?

Hello selamat pagi semua!

Pagi ini redup ye di sini.
Sampai rase mau tido balik..haha!

Emm..tadi aku belek2 la dompet sendiri..
AKu cek sume2 pe yang ade, buang ape2 yang tak patut..
ber gram2 la jugak jisim benda yang tak sepatutnye ade dalam dompet aku tu..huhu..

Pastu aku ternampak la MyKad aku..
pfft..

Trus memory mase gi amek exam PTD aritu kembali..
cet..

Mase aku gi amek exam PTD aritu,
kan kene bawak MyKad..
MyKad & slip exam tu kene letak atas meja,
nanti ade orang datang cek,
untuk membuktikan betul ke kite yang akan duduki sendiri exam tu..

FIne, aku pun wat la mengikut arahan..
Pastu ade la sorang mamat yang ditugaskan cek dari meja ke meja..

Tengah aku khusyuk melayan otak aku yang berkarat ni jawab soklan sejarah & pengetahuan am tu,
mamat tu pun sampai kat meja aku..
dia amek la MyKad aku, pastu dia tengok aku lame..

Aku bukan jenis perasan [sbb tak lawo pung],
aku tgk la dia balik.
Aku pun dengan separa sopan [sbb dia ganggu konsentrasi aku],
tanye la dia,

"Ye Encik?? Ada ape?"

Pastu dia jawab,

"Ni betol ke awak? Apsal lain sangat?"

"Hoh?? Saye le tu, 5 tahun lepas.."

Pastu dia senyum, letak MyKad aku, and blah..

Kebluran aku seketika....
ha ni la MyKad aku..
Lain sangat ke?
Ha ni lak gambar pasport aku yang terkini..
Lain sangat2 sangat2 ke??
Aku takde pun wat plastic surgery ke hape ke..

Patut ke aku gi wat MyKad baru?

adei..

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.