Pages

Search This Blog

Showing posts with label risau. Show all posts
Showing posts with label risau. Show all posts

Monday, June 15, 2020

Tadika Akan Dibuka Semula 1 Julai 2020 Dengan SOP


SEMUA prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta dibenar dibuka semula, 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, hari ini.
Katanya, terdapat 24,414 prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
"Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.
"SOP cara bermain juga ada, waktu makannya... semua lengkap. Tapi perincian SOP ini akan diumumkan Kementerian Pendidikan sendiri, dalam waktu terdekat," katanya pada sidang media harian, hari ini.



Jeng jeng jeng!
Berita yang agak ditunggu oleh semua rakyat Malaysia.
Bercampur baur perasaan bila dengar berita ni.

Bersediakah abamer nak ke tadika semula?
Bersediakah kami nak hantar dia ke tadika semula?

Risau.
Tapi bila fikir dia tak dapat catch up dengan pembelajaran dia pun risau jugak.
Semoga semuanya baik-baik aje.

Semoga dijauhkan dari wabak ini.

Kalian semua macam mana?
Apa pendapat berkenaan tadika buka semula seawal 1 Julai ni?


ps: Bila bagitau abamer yang dia akan sekolah balik lagi 2 minggu, dia menangis. Dah sedap duduk rumah kan. Tanya dia kenapa? Dia kata malulah amir, kalau aliya tu panggil-panggil amir lagi macam mana?

😅

Ke situ pulak awak ni abamer hahaha

Tuesday, March 3, 2015

Cuak

OK, sejarah mungkin berulang.
Dah ada ura-ura yang akan dimasukkan ke wad.

GDM oh GDM..

Semoga senang la semua urusan.

T_T



Ok tu gambar lama..hee

p/s: entry serabut jiwa. macam mana nak tidur tanpa adam ni? Allah :(

Monday, March 2, 2015

Bacaan gula dalam darah yang normal bagi ibu mengandung

Bukan main panjang tajuk..haha..

Ada sesetengah ibu mengandung ni, bila dah buat prosedur yang minum air gula tu, bacaan memang tak cantik, sebabnya ada kebarangkalian ibu itu kena GDM (Gestational diabetes mellitus). Maksudnya, kencing manis sewaktu mengandung sahaja.

 


Jadi, kalau bacaan para ibu dikatakan tak cantik, kena repeat ke apa ke, baiklah dengar nasihat nurse tu.
Untuk kebaikan ibu dan anak juga sebenarnya.
Sebab bayi ada risiko gugur kalau kandungan gula terlalu tinggi.

Jadi apakah bacaan yang normal tu?

Pagi dari 10pm hingga sebelum sarapan : bawah 5

Lepas sarapan, lepas lunch, lepas dinner: bawah 7

Itu normal.
Kalau macam aku, pagi dah 8.9, lepas minum air gula 15.6, lepas lunch 9.6..
Nampak tak ketidaknormalan di situ 

T____T


Semoga urusan dipermudah..
Amin

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.