Hidup Bersama


 Seram sejuk perit semua ada bila baca berkenaan kena hidup bersama encik covid ni kan.

 Memetik poster dari laman sosial media Perdana Menteri Malaysia, Dato Ismail Sabri menyatakan bahawa pada penghujung September 2021 nanti, dijangka kadar vaksinasi populasi dewasa dalam negara kita akan mencapai 80%.

Keluarga Malaysia perlu belajar hidup bersama covid19.

Tipulah kalau aku cakap yang aku tak gusar dan risau.
Mungkin sebab utamanya adalah ada anak kecil.

Kalau diikutkan, hari ni pun, amir dah kena masuk tadika untuk belajar face to face. Pembelajaran online tadika dia dah ditamatkan sebab Negeri Sembilan dah masuk fasa 3.

Tapi tak berani nak lepaskan dia lagi.

Anak-anak aku memang tak ke mana-mana lagi setakat ni. Walau orang lain dah berani bawa anak ke Port Dickson dan sebagainya, anak-anak aku masih terperuk.

Huhu.. macam manalah nak kentalkan hati untuk hidup bersama covid ni. Atau adakah aku yang terlalu paranoid ek?

Post a Comment

17 Comments

  1. itu la x nk cakap apa2
    kerisauan. pun. mcm. dah sebati
    .

    ReplyDelete
  2. perasaan gentar tu tetap ada, kena selalu ingatkan supaya ikut SOP..tapi kdg2 susah nak jaga bila ramai2..harap cikgu2 strict ttg SOP..

    ReplyDelete
  3. Aduhai~ susah nk terima tp kena juga paksa diri terima keadaan sekarang ini..take care..stay safe syaz dan anak2..

    ReplyDelete
  4. Ingatkan lagu XPDC tadi.

    Kalau ammi, ammi dh bawa anak keluar tp setakat ni ke kawasan outdoor. Indoor belum brani lagi. Tp kalau outdoor tu pack mmg x turun gaklah. Tgk dr dlm keta jelah

    ReplyDelete
  5. tidak paranoid. walaupun dah lebih setahun berlalu dan norma baru dah terasa biasa, tp biasa la hati kita nakkan keselamatan. lebih-lebih lagi utk anak kecil

    ReplyDelete
  6. sama lah tak berani nak keluar jalan2 ke apa sebab ramai antivaxx dekat malaysia ni

    ReplyDelete
  7. Takut tapi kalau itu yg diperlukan utk meneruskan hidup, kena hadap juga :(
    Tapi apapun, sentiasa jaga & patuh SOP, doa sentiasa.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni kes ribu2, mati ratus2, kita rasa biasa aje
    Ramai yang dah boleh terima kehadiran C19 ni

    ReplyDelete
  9. nak tak nak kita kena jalani hidup norma baharu .

    ReplyDelete
  10. Itu lah. Memang saya pun tak berani nak jalan-jalan cari makan. Kang tak pepasal dapat penyakit.

    ReplyDelete
  11. Belum berani lagi nak kesana kesini. Even hati meronta ronta nak ke PD tu. Tapi biarlah dulu. Ramai ramai tu memang taklah nak pergi. Mungkin kalau kes dah menurun sampai 1 angka tu, dah boleh tarik nafas lega sikit kot kan nak keluar.

    ReplyDelete
  12. memang risau & takut but kena biasakan hidup dengan norma baru, follow sop, jaga jarak, mask, sanitizer... moga kita semua dilindungi Allah..aamiin.

    ReplyDelete
  13. semua org risau psl covid nih, tapi ada dorang kisah., huhuhu

    ReplyDelete
  14. perlu berhati2 juga walaupon sudah lengkap vaksin dan dan masuk fasa ke berapa pon.. covid masih ada, tak hilang

    ReplyDelete
  15. memang kena hidup bersama dgn covid dalam komuniti skrg, sbb mcm pyh je nak jadikan 0 kes.. sedangkan org kena teruskan hidup mcm biasa ke sekolah, ke tmpt keje, jenguk org tua.. semoga cepat la hilang virus ni di dunia.. insyaAllah dengan izin Allah

    ReplyDelete
  16. Takpe saya faham. Saya pun ada paranoid. Kalau orang lain dengar anggap perkara remeh. Tapi paranoid saya perkara lain. Hehe. Jadi saya simpati.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.