Saturday, June 13, 2020

Anak Lorong - Nor Zailina Nordin | Review Buku

Beberapa hari lepas, masa aku kemas-kemas rak buku, aku terjumpa beberapa buku yang aku beli dari beberapa tahun lepas, yang tak sempat nak baca 😂

Serius, aku sangat suka membaca, menulis, senang cerita, aku suka penulisan.

Tapi sejak bekerja, ditambah pula dengan sudah berkeluarga, hobi membeli dan membaca buku tu, sikit-sikit dah berubah menjadi 'book hoarding' 😅

Kalau ada masa, akan curi-curi baca, tapi selalunya 1 buku akan ambil masa dekat 2-3 minggu, ada yang makan bulan.


Tapi musim PKP dan WFH ni, adalah lebih sikit masa kat rumah. Alang-alang dah terjumpa selonggok buku yang belum sempat-sempat nak baca tu, aku pun fikir why not baca sekarang, let's baca!

Belek-belek, tertarik dengan buku bertajuk Anak Lorong. Jadi aku pun unwrap (ya, most buku tu masih berbalut plastik hahah)


Buku ini ditulis berdasarkan kisah benar seorang anak kecil yang dijumpai di tong sampah di Pahang.
Bermula dari rumah anak-anak yatim, kemudian diambil sebagai anak angkat sehinggalah didera oleh bapa angkatnya sendiri.
Marven ataupun nama islamnya Khairul Hafiz, melalui pelbagai rintangan dan dugaan dari sekolah sehingga ke dewasa. Khairul Hafiz kini masih berjuang membantu anak-anak yang senasib dengannya dan banyak memberikan ceramah motivasi untuk kanak-kanak ini.

Jadi, bila dah start baca, memang susah nak berhenti flip muka surat seterusnya, sebab penulis memang sangat pandai bawa pembaca ikut jalan cerita dia.

Setiap plot memang sangat menarik olahannya, dari dia mula-mula dijumpai oleh pasangan cina dekat lorong, sampailah dia end up di lorong juga bila dah dewasa, walaupun in between tu dia pernah jadi penghuni rumah kanak-kanak kat Melaka dan Perak, masa ni dia ditindas, dan insiden-insiden di tempat-tempat tu lah yang dia sekarang ni, sebagai Presiden PERBAK, nak perjuangkan supaya anak-anak lain di tempat-tempat begitu terbela.

Bayangkan, budak-budak yang dah memang sah tidak bernasib baik (sebab tu masuk rumah-rumah tu), tak didaftarkan kad pengenalan, jadi bila budak-budak ni keluar dari rumah tu bila dah besar, budak-budak ni macam bukan warganegara statusnya. Marwen / Khairul Hafiz ni sendiri pun siap pernah kena penjara  sebab dia tak dapat buktikan yang dia sebenarnya warganegara atau pun tak.

ha macam tu la lebih kurang kisahnya, buku ni pula memang berdasarkan kisah benar. Paling sedih, masa umur dia 4 tahun, dia diambil jadi anak angkat, tapi bila perniagaan ayah angkat dia merosot, dia pula dituduh bawa malang, kena dera bagai, paling tragis, mak angkat dia dah tak tahan tengok dia kena dera, mak angkat dia suruh dia lari jauh-jauh dan jangan balik dah, malam-malam buta!

Bayangkan budak 6 tahun kena hadap benda tu 😭
Menangis iolls baca, terus tutup buku pergi peluk anak, merajuk dengan buku kenapa sebegitu sekali plotnya, dahlah kisah benar huhu 😆

Overall, aku boleh bagi buku ni 4 bintang.
Hehe


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ads