Kerusi Lama Tukar Baru

Ada macam bunyi lori tilam yang lalu depan rumah tak? 

Dengan hanya bermodalkan RM149, 2 sofa lama dan lusuh yang dah koyak kulitnya sampai terkeluar bulu, yang dan penuh dengan kesan cakar kucing, boleh ditukar dengan
yang baru. Sangat berbaloi! Mana nak dapat sofa dengan harga tu!

Ok mungkin aku oversell dalam pernyataan di atas, kih kih..

Ayat yang tepat adalah, dengan harga sebegitu, 2 sofa lusuh, koyak dan penuh kesan cakar kucing tu boleh ditukar 'wajah'nya agar nampak elok sedikit.


Inilah
rupa asal sofa tu.
Sofa ni sebenarnya dari rumah mak abah, lama dah abah beli, rasanya dalam tahun 2005 macam tu kot? 15 tahun dah. Tapi 2018 haritu diorang pindah, dan let go sofa ni, jadi kami ambil yang 1 seater dan 2 seater. Sebab rumah kitorang pun dah ada set sofa yang 1 + 2 + 3 tu. Ada space lagi, why not kami ambil kan? Barang kenangan juga ni. Eheh..

Tengoklah rupa dia tu, lusuh teruk. Tapi sofa ni aku suka, sebab dia sangat lembut, dan lebar. Walau kat yang 2 seater tu, memang orang dewasa bersaiz gajah macam aku ni pun boleh tidur lena, apatah lagi yang 3 seater tu. Tapi tulah, nak ambil yang 3 seater tu, dah ada yang cop masa tu. Tak apalah, tak ada tempat nak letak pun.

Yang 1 seater tu pulak memang sangat menggamit kenangan. Dulu, tiap kali arwah atok datang rumah mak abah, situlah pot dia selalu duduk. Dia akan bersandar atas kerusi tu sambil sembang-sembang, adakala dia tidur sambil duduk atas tu. Itu yang aku nak sangat ambil simpan kat rumah aku. Tapi itulah, dah seasoned, dah sedehh sangat rupanya.

Nak buang sayang, jadi decide nak beli sarung je lah.
Ayu pulak suka korek-korek isi sofa tu keluar, geram mak!
Maka baiklah sarung.

Belek-belek Shoppee, kebetulan ada diskaun.
Ke memang tu harganya tak taulah, tapi affordable. Jari ini pun klik add to cart laju-laju haha


Kebetulan lepas beli tu, kebenaran rentas negeri diumumkan, berdesup kami balik kampung, lupa terus ada order barang kat shoppee.

Jadi masa kat kampung, jiran sebelah whatsapp kata barang sampai, kebetulan suami dia ada kat luar rumah, jadi dia ambilkan. Semoga murah rezekinya sebab tolong simpankan barang kitorang 😊



Tengok dekat shoppe, model tu sarungkan kusyen dia dengan penuh senyuman kegembiraan. Nampak macam senang je kan?

Salah!

Aku rasa sangat pening dengan sarung tu hahaha

Last-last aku give up, zaimi yang teruskan pasang sorang-sorang, selit-selit batang styrofoam dia tu. Aku tolong masa ikat kat bawah je. kih kih..


Terima kasih zaimi, sesungguhnya kamu penyabar 😆





Bolehlah, dah tak nampak lubang-lubang semua.
Ayu pun dah tak boleh nak korek-korek isi sofa tu lagi.

Kena perkemas sikit terutama dekat yang selit-selit batang styrofoam tu.



Tapi kenapalah aku pergi beli warna sama dengan dinding, sama jugak dengan langsir
 😂😂

Dah sama je rupanya..
Hentamlah labu, dah buruk sarung ni nanti baru beli warna lain eheh





Post a Comment

26 Comments

  1. wahhh menarik... cantik hasilnya bila dah di tukar kulitnya tuh...

    ReplyDelete
  2. Cantik.. Mudah dah sekarang.. Beli sarung terus sofa jadi baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, jimat dan hilangkan sakit mata memandang :D

      Delete
  3. Cantik dah.
    Susah nak sarung ya? Hehe belilah warna lain lagi, boleh buat tukar-tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah! give up dibuatnya haha

      ada jugak terfikir ;)

      Delete
  4. rajinnya nak mencantikkan yang sedia ada. mesti bahagian yang agak susah bila nak ketatkan. pernah tgok ayah buat mcm ni. dkt sofa arwah nenek. nak dibuang sayang, sbb itu je yang ada kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nak ketatkan 1 hal, nak tau mana depan mana belakang pun dah pening hahaha

      Delete
  5. Nak buang sofa bukan senang kan.. pakai sarung cm nie pun oke sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, mana nak letak kan, letak depan rumah sah2 majlis tak angkat

      Delete
  6. baik beli sofa yg baharu terus la syaz...alang2 beli biar yg baharu terus...heheheh

    ReplyDelete
  7. sedap tak kain dia? terasa nak beli juga..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  8. Cantik semula kejadiannya macam baru

    ReplyDelete
  9. salam kenal syaz.

    jimat dah ye. tak perlu beli yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal azian, terima kasih singgah :)

      Delete
  10. cantik dh sofa menghias ruang tamu

    ReplyDelete
  11. Oh ada eh jual sarung macam itu. Ok baru tahu. Penyelamat juga ada sarung mcm tu

    ReplyDelete
  12. nasib baik xbuang sofa nih..kan dah nmpak baru..cantik je :) yg pasti jimat dah kan!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.