Pages

Friday, July 3, 2020

Bawang! | Kenangan PKP

Sekolah pun dah nak mula semula penghujung Julai ni, 
jadinya rasa nak buat beberapa post random berkenaan kenangan PKP.

Dimulai dengan ini.
Bawang!



Dekat Senawang ni, masa PKP, ada beberapa kedai yang ambil inisiatif buat servis delivery barangan basah dan runcit ke rumah. Jadi memang cun sangatlah tu, selalu sangat order barang.

Ada sekali tu dia bukak order bawang merah besar, seguni RM30.
Disebabkan masa tu dah nak dekat bulan puasa, yang confirm lagi sakan akan memasak sebab bazaar tak ada kan, maka terus order seguni.

Pertama kali sepanjang hayat, aku beli bawang sampai seguni besar 😂
PKP made me do it!

Lepas upload gambar ni kat Instagram, mak nampak.
Terus dia pm anak dia ni laju-laju, suruh keluarkan semua bawang tu dari guni, pilih yang tak elok, buang. Sebab takut berjangkit kat bawang yang elok.

Rumah tak ada nyiru lah pulok!
Hentam sajalah, guna besen pun boleh la.
Ingat nak biar je dalam guni tu, tapi takut pulak rosak kan.
Maka dilonggoklah bawang tu kat belakang rumah sambil tengokkan adam membaca.
Kebetulan hari tu sekolah dia bagi task yang 10 minit membaca tu, kena tangkap gambar bukti.
Ha sekali harung sajalah labu.



Rambut adam pun dah macam bawang, PKP punya pasal hehe..

Tapi Alhamdulillah, dari seguni tu, adalah dalam 3-4 biji je yang tak elok.
Memang bawang ni tahan sampai raya, lepas raya dia dah start ada yang berair sikit.

Aku pun kupas semua sekali bawang yang masih berbaki dalam 1/5 beg tu, letak dalam tipuware, 
buh dalam peti ais.

Berjasa sungguh seguni bawang tu 😆


Ramai jugak kawan-kawan yang komen kata RM30 tu sangat murah untuk seguni bawang.
Yeke?
Sebab memang tak cakna sikit harga-harga barang runcit ni, sebab selalunya masak weekend je, shopping pun seminggu sekali masa sebelum PKP eheheh...

Yeke murah?
Pernah beli bawang seguni jugak tak?


34 comments:

  1. Selalu memang beli bawang seguni terus sebab kat rumah mmg rajin buat sambal nasi lemak letak banyak bawang, kdg² kupas kulit dan simpan dalam bekas letak peti ais nanti nak masak tinggal potong je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ailee, pkp telah buat saya discover yang bagus jugak beli dan kupas bawang banyak2 siap2 letak dalam peti ais, maklumlah selama ni chef weekend je hahaah

      Delete
  2. Eh, baru perasan... gambar profil baru!

    ReplyDelete
  3. pernah beli sekali masa pkp, tapi guni kecik sikit...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi beli bawang besar sampai seguni, cuma pernah beli bawang putih ja seguni kecil..hihi

    *follower #532 🎈

    ReplyDelete
  5. Rajinnya kupas bawang seguni. Pernah kupas bawang banyak-banyak tapi masa kenduri kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kupas sekaligus tu sebab dah tinggal suku guni, kalau awal2 tak kuasa jugak haha

      Delete
    2. Dah follow balik. Maaf lambat sebab selalu buka melalui web mobile.

      Delete
  6. Banyaknya..jenuh jugak nak kupas seguni bawang tu hehehe.

    ReplyDelete
  7. beli byk2 sepatutnya lebih jimat, tapi takut juga klu banyak yg busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun cakap macam tu, tapi alhamdulillah masa asingkan tu, yang busuk 2 3 bijik je :D

      Delete
  8. bawang merah dah turun harga skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh patutlah.. nampak sangat saya tak tau haha

      Delete
  9. Rajinnya kopek/kupas bawang banyak lagu tu Syaz. Tak pedih mata eh? Hehe

    Ku tak beli pernah beli lagi seguni. Done follow #533

    ReplyDelete
  10. takpernah beli bawang sampai seguni macam ni. Hhihi

    ReplyDelete
  11. seguni ko beli bawang syaz sakan masaknya tu heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis, masa pkp saya kena angau memasak hehe

      Delete
  12. Bukan bawang sembarangan ni..ada penjaganya.Hehehehe.kalau balik kamping biasanya beli seguni bawang merah ni..sebab ramai.Kalau tak untuk kegunaan sendiri beli siki-sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, selalu beli yang guni kecik molek tu je :D

      Delete
  13. Mase PKP harga bawang naik kan. Murah la seguni RM 30, masa beli time PKP tu harga plastik sedang pn dh nak dekat 8 ringgit.

    ReplyDelete
  14. Tu dia, tahan lama seguni besor. Hehe.. Berbaloi tu. Saya besa beli bawang seguni tapi yg jenis kecik sikit tu. Masa pkp ni, beli jenis sekilo2 je sebab x de tmpt nak letak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, seronok betul haha
      Samalah, takde tempa nak letak jugak

      Delete
  15. Bawang mmg murah time pkp..tp sikit2 dia naik..dah
    bawang kalau nk tahan lg syaz boleh blend je,lg lama boleh tahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen, dengan komen anda, saya rasa gembira kerana saya tau coretan saya dibaca~