Berjumpa Diri Sendiri di Masa Lalu

Jika diberi peluang untuk menaiki sebuah mesin masa, dan boleh pergi menemui diri sendiri pada tahun 2005, apa yang akan kamu beritahu pada diri sendiri 15 tahun yang lepas tu?

Itulah yang telah di alami oleh seorang perempuan bernama Syazni dari Senawang, Negeri Sembilan apabila beliau telah diculik oleh seorang saintis sebagai salah satu subjek ujikaji mesin masanya.


Ok, mukadimah semua tu sebab pengaruh banyak tengok DVD bak kata Pak Jabit kartun doraemon masa kecil-kecil dulu. Ayat-ayat tu semua rekaan, tidak ada sesiapa pun yang diculik mahupun menculik 😂

Actually semalam, sibuk mengisahkan kemasukan markah carrymark student.
Semua assessment secara online, aku yang gemarkan simpanan markah secara atas kertas ni, tetap nak salin juga atas kertas. Rasa tak feel lah semua softcopy ni. Jadi lepas menghadap deretan markah, bukak Google Classroom, bukak Google Drive, bukak word, bukak sistem, nama student pulak mirip-mirip,  bekerja guna console table yang sempit gila ruang letak tangan.. tiba kepala 'berasap'.
Juling sekejap. Haha

Maka, sajalah scroll balik blog lama, kebetulan naik pula notification Facebook yang Your Memories This Day tu..

Baca balik semua post dan status diri sendiri di masa silam tu, rasa nak debik diri sendiri pun ada 😂
Memang asyik tanya, kenapa aku tulis macam ni?
Kenapa dengan aku masa ni?

Itu pun nasib baik 500+ post lama blog dah delete, kalau tak, lagilah!

Jadi, if ever, aku ada peluang untuk berjumpa dengan diri sendiri 15 tahun yang lepas, ini adalah benda yang aku akan bagitahu 'dia'.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Beli jam loceng yang bunyi bingit supaya kau tak terlajak tidur dan missed kelas pagi, sebab ada kelas yang kau selalu missed tu, kau sangat perlukan bimbingan guru untuk memahamkan subjek tu, kau terkial-kial bila kena hadap perkara yang relate dengan subjek tu sekarang. Please beli jam loceng!

2. Putus immediately dengan boyfriend kau sekarang, sebab dia bukan jodoh kau. Duit belanja mak abah bagi, kau asyik beli top up, untuk call dia. LDR konon. Mungkin masa ni kau tak perasan sebab kau rasa tak best kalau kau single, tapi bila kau berusia sikit nanti, kau akan sedar relationship tu berat sebelah. Jangan terus-terusan bodoh.

3. Jangan teragak-agak untuk text zaimi, dia jodoh kau sebenarnya ahahah

4.  Teruskan dengan niat untuk sambung master di UKM, kau akan guna sijil tu untuk kerja.

5. Spend masa dengan housemate di Gong Badak lebih sikit, sebab lepas grad, boleh kira dengan jari je jumpa.

6. Kurangkan beli CoolBlog masa menganggur, sebab terlalu kerap minum (yang sangat3 kerap), diabetes (masa pregnant) menanti. Seksa tau hari-hari kena injek insulin kat badan sendiri, 4 kali sehari, dan kena bersalin awal dua minggu.

7. Jangan lupa ambil peluang beli kereta kancil tu dari mak abah lepas dapat kerja, sebab unexpectedly, diorang jual kereta tu. Kau sayang kereta tu kan?

8. Jangan lupa untuk start jaga makan dan bersenam lah kot sikit, lebih-lebih lagi masa dah dekat nak kahwin tu, kau tau tak, kita kena tukar baju last minute sebab baju kau nak tu tak muat, sebab kau gemuk.

9. Oh ya sila hire mak andam untuk majlis tunang, sebab konon ko taknak pakai make up tebal tu, tidak berlaku. Kau tiba-tiba nak make up tebal, sampai makcik kau yang make up kan. So please.

10. Menyimpan duit awal sikit. Sangat hebat perasaan bila kau dah ada sedikit savings (walau super sedikit). Sebab lambat kau mula, lambat lah nak beranak savings kau.

11. Teruskan dengan beli kereta buatan Malaysia sahaja, kereta untuk gerak dari A ke B sahaja, masa awal-awal kerja tak perlu nak beli kereta import lagi. Alhamdulillah aku lega dengan apa aku putuskan ni.

12. Kau takkan pandai pakai shawl, kau tak rasa confidence pun pakai shawl. Jadi jangan beli! Berlambak dalam almari, kau tak pakai. Please no.

13. Rentetan dari majlis tunang, kau dah suka pakai make up. Jangan terkejut. Aku tau kau terkejut nampak aku pakai lipstik purple ni kan?

14. Kau akan hadapi sekali beranak secara induced dan dua kali pembedahan czer. But don't worry, we good. Cuma nak bagitau, ta perlu beli set berpantang lepas bersalin tu. Kau tak minum pun teh herba, tak makan pun jamu-jamu tu, dan tak pakai pun bengkung-bengkung tu. Sebab, anak kau tiga-tiga jaundis, tak boleh makan minum benda-benda tu.

15. Spend masa balik Semenyih selalu, sebab unexpectedly juga, mak abah pindah dan tak duduk situ lagi. Keraplah makan cendol dengan rojak yang kau suka tu. Susah nak jumpa kat tempat lain rasa kena tekak macam tu.

16. Spend masa dengan Annie. Ya, sekarang dia kawan baik kau kan? Percayalah, mulai 2014 kau dengan dia mula renggang, dan terus lost contact. Sebab, kau dah ada anak dan suami, dah mula hilang mutual interest. Lama-lama masing-masing bawa haluan sendiri. Ya, sedih. Tolong bagitau Annie aku rindu dia.

17. Teruskan belajar buat powerpoint penuh animation, surprisingly kau kena guna skill tu untuk semester ODL + kau kena buat video mengajar bagai Allahu. Nasib kau baik sebab kau minat nak godek-godek benda tu.

18. Kau tau tak, manuskrip yang kau tulis, konon kau nak jadikan novel tu, kau tak berani sampai sudah kau tak submit ke mana-mana, dan kau DELETE. Please try to submit, jangan jadi macam aku.

19. Masa mula-mula kau mula kerja, kau sangat garang. Tolonglah jangan. Aku ni menyesal tau, kenapa aku nak garang-garang macam tu. Tak ada faedah pun. Be nice, nice people will come to you.

20. Orang kata jadilah diri sendiri. Tapi bagi aku, boleh kalau nak jadi diri sendiri, cuma kena selalu berpijak pada bumi yang nyata. Kau akan faham ni nanti. Banyak lagi aku nak bagitau, tapi cukuplah ini dulu. And above all, I love you.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apakah satu perkara yang kalian nak sangat bagitahu pada kalian 15 tahun yang lepas?

Tags

Catat Ulasan

32 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. singgah baca. terima kasih kerana komen di blog saya sebelum ini...

    BalasPadam
  2. best juga kalau berpeluang macam ni, ermmm kalau kak ana kan, kak ana nak jaga kecantikan dari awal2 dulu lagi, entah2 lawa di masa kini kan kan kan hehe ngarut je hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul jugak tu, lupa pulak nak pesan suruh jaga kulit tu kat diri sendiri hihih :p

      Padam
  3. wah..part sedih yang pasal kereta kancil tuh..wah tak terfikir pon apa nak cakap pada diri 15 tahun lepas heheh..boleh start fikir nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih kan hihi.. semoga kancil tu baik2 aje dengan tuan baru beliau

      Padam
  4. Hai terima kasih sudi singgah blog saya

    BalasPadam
  5. Wak nak pesan supaya daftar kat tabung haji
    sebab tempuh menunggunya lebih kurang 15 tahun

    BalasPadam
  6. kalau flashback mgkin nak belajar lebih bersungguh-sungguh..itu sahaja :)

    tp mmg betul syaz,kdg2 bila tgk balik post lama2..awat tah tulis lagu nih hahaha ^_^

    BalasPadam
  7. tak payah pesan apa-apa, xde effect pun, sebab alam kuantumnya berbeza.

    BalasPadam
  8. kalau leh jumpa diri sendiri 15 tahun lepas...
    emm...berderet gak nak pesan.. he he he.. x salah berangan, free pun.
    kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, sambil2 'pesan', sambil2 refleks dengan hidup sekarang ;)

      Padam
  9. Akak pun pernah delete 1k lbh entri blog dulu2

    BalasPadam
  10. Wak punya pesan pasal tabung haji tu memang bernas! hhehehe

    BalasPadam
  11. masa lalu adalah sejarah..tapi tak mengapa ambil iktibar utk masa depan yg lebih baik..

    thanks for sharing, akk pun nak tengok balik entry fb & blog..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe silakan kak, lepas tu borak dengan diri sendiri tau :p

      Padam
  12. heheheh tapi apa yang kita lalui itu lah qada dan qadar kita hehehhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, setiap jalan yang kita ambil, membawa kita ke kita yang sekarang ;)

      Padam
  13. Best kalau dapat kembali ke masa silam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sebab ada peluang betulkan yang dirasakan tak berapa betul

      Padam
  14. Kalau ada peluang tu nak beritahu diri sendiri jangan lupa selfie dengan atuk banyak2. Tahun 2010 atuk tak ada, gambar terbaru tak ada pun 😭😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, saya pun kehilangan atok tersayang pada 2008, betul, rugi tak ada gambar banyak dengan dia masa dah besar..huhu

      Padam
  15. Nombor 16 tu sedihnya. Samala hadap situasi tu. Sekarang kawan dengan yang bujang2 je. Kalau saya dapat balik tahun 2015 nak pesan diri tukar course finance or accounting supaya senang cari keje. Pastu nak pesan jangan bercinta dengan ...di masa hadapan sebab membazir je takde jodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu.. betul, kalau kes saya, memang rasa sangat membazir effort dan duit!

      Padam
  16. Seronok baca .. Hehehe kalau KakYa blh jumpa 15 tahun lepas .. Ok nak.ubah semua peel lama jadi insan yg lebih mendalami ilmu islam sepatutnya lagi awal. Tapi takpe Allah dah atur sebaik baik aturan buat kita. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad