Entry ini tiada motif juga, sama macam entry aku yang bertajuk Mengusik Alan Anak Mak Jah.
Tapi saja nak abadikan di sini, sebagai kenangan diri sendiri je. Eheh
Alkisah semalam saja lah mention pelakon-pelakon hebat dalam telefilem Hari Terakhir Seorang Pengurus.
Aku memang suka sangat drama tu, banyak kali dah tengok.
Memang drama dia ringkas je, tapi dia deep.
Ayat-ayat dia deep, plot dia ada maksud tersirat yang kita kena read in between the line.
Lepas tu dapat satu notification Instagram, yang Amerul Affendi reshare Ig story aku tu.
Ahahah
Gigih screenshot lepas 52 saat je dia share kah kah!
Kebetulan dalam drama tu ada dialog dari Amerul sendiri yang bawak watak Bomba Kbomb,
"Selebriti bro, komen pun kitorang tak balas, apatah lagi nak follow balik"
Padu gila ayat ahahah!
Tu yang tak sangka lah dia nak share story aku kat Ig story dia.
Yeay!
Personally, aku memang minat dengan dia dari dulu lagi, sebab dia bukan jenis pelakon yang jual muka.
Tapi dia betul-betul komited serlahkan bakat dia.
Seriously, dia bawak watak apa pun menjadi kan?
Watak yang dia bawak memang hidup.
Tak perlu pun nak macho macho, rileks je dia bawak semua watak dia.
Rudy, Mayang, Khir Kbomb, Tahir, Silah Tajwid, Muski, AL Buqerk, Saiful, Toyu, Adi, Belut dan macam macam watak dia lagi.
Ha kemain siap boleh list kan lagi kih kih
Dia pun tak ada kontroversi melampau, family man jugak.
Tapi baru-baru ni ada keluar cerita pasal dia, yang berkenaan pelakon kat Malaysia ni susah nak dapat tawaran bila follower Ig tak ramai.
Aduh rugilah kalau jumlah follower jadi kayu ukuran, bakat orang-orang macam Amerul Affendi, Beto, Bront dan yang pesen pesen macam diorang ni, lama-lama nanti hilang macam tu je.
Ha tu lah, dah namanya entry tak ada motif jelas, dengan hujung pangkal tak tentu arah, maka aku akhiri dulu entry aku yang aku akan tinggalkan tergantung begini.
Buat Amerul Affendi, selamat maju jaya bro, anda memang hebat!
Buat kalian yang lain, selamat berhujung minggu 😁
PS: Cuba teka watak-watak tu dari karya dia yang mana. Eheh
Rudy |
Alamak. Baru tahu pelakon Amerul Affendi.
BalasPadamTakpelah naik lambat asal kenal lama. Semoga berjaya juga. Doa kena gigih dan tidak putus asa.
hehe banyak dia berlakon, cuma dia tidak dikenali sangat
PadamUncle pulak jadarang ada peluang tengok drama... Dapat tengok kalau hari raya cam tu je...
BalasPadamsaya pun jarang tengok drama uncle, tengok pulak memilih2 je, tengok siapa berlakon selalunya..hehe
Padamtahu Adi dari One Two Jaga je huhu. First time tengok dia berlakon, rasa menyesal tak pernah tengok cerita dia yang lain. Nak tengok cerita ni pulak la, kalau ada Amerul confirm best ni.
BalasPadamHari terakhir seorang pengurus memang best hehe
PadamBOLEH CUBA TONTON LAKONAN PELAKON SYAZ MINAT NI
BalasPadamhehe cubalah kak ;)
PadamAmerul Affendi mmg pandai berlakon kan
BalasPadambetul atie, dia sangat talented!
PadamKAlau dah kata best, cam nak tengok jugalah. Suka gak tengok dia ni berlakon. Memang komited lah dengan lakonan. Yang kes baru ni memang kesian. Ada ke patut tak pilih sebab follower ciput. ish ish..tu jadi ukuran pulak kan.
BalasPadamkan, sayanglah bakat hebat macam ni tak dapat nak exposed kalau sebab followers
PadamTak pernah tgk dia berlakon...bolehlah cari drama dia lepas ni..
BalasPadamdia banyak jadi pelakon pembantu, jarang sangat jadi lead actor
Padamsuka jugak lakonan dia ni, bagi la watak apa pun menjadi..tapi tu lah, simpati dengan apa yang produksi2 buat kat dia, hanya kerana followers dia tak cukup...hurmmm
BalasPadamkan, semoga cerah lah masa depan dia dalam industri seni ni
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.