Dari Pasar Terus ke Rumah

Weekend lepas aku ada order ayam segar melalui whatsapp je, jadi tuan kedai akan terus hantar ayam siap potong tu ke rumah. Jadi seperti biasa, aku ni kadang-kadang perkara sekecil dan seremeh tu pun, aku akan share dekat Ig story 😂

Jadi lepas aku share tu, ada sorang kawan sekerja reply, dia kata, bukan setakat ayam je boleh delivery sekarang, seafood pun boleh!

Lalu dia perkenalkanlah 1 Ig ni, namanya Pasar Online Nismilan.


Apa lagi, teruslah order!

Rupanya, bila order, kita hanya boleh order ikut set yang dia dah tetapkan.

Ada pakej-pakej barang basah mengikut yang kita nak, dah ada pakej ikut harga mampu milik!

Ha gittew.. tapi yang penting, dia akan hantar sampai ke pintu rumah.


Jadi masa ni, aku order set E, set yang seafood semua.

Dalam set tu ada ketam, udang, kerang, kupang, sotong..

Dalam 11am macam tu, barang pun sampai 😁



Tadaaa!

Punyalah excited, terus buat  buat ketam masak lomak cili api hari tu!


Dah kata pun terlebih excited kan, sempat tangkap gambar sebelum je, gambar selepas bila dah ada kejadian masak lomak cili apinya, tak ingat langsung nak tangkap hahaha


Esoknya pulak, rasa nak makan kupang pulak.
Kupang dia pun dah bersih dah, tinggal nak rebus dan masak je.


Maka jadilah kupang masak cili.
Lawankan dengan sup ayam.

Esok cuti, bolehlah masak lagi seafood yang tak sempat masak haritu.
Hehe..

Kalian macam mana, suka tak ada pasar delivery macam ni?

Post a Comment

38 Comments

  1. Kalau terjamin mutu barang yg dihantar,makcik pun tak teragak2 nak beli cod saja. Selalu kena,qualiti kelaut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan, selalu tak elok bila minta kedai pilihkan. Tapi setakat saya order haritu, ok kualitinya, fresh ;)

      Delete
  2. wawawawa..sonang amat. ni yang nak order gak ni. dah lah seafood susah nak dapat.

    ReplyDelete
  3. semua hujung jari jaa..senang..tapi klu mcm ni..kena hati2 and bersabar klu sampai kat uma tak fresh mcm kita nak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3.. kalau terkena tak fresh, kena komplen kan

      Delete
  4. during PKP memang ammi order online je ayam, daging semua.
    tapi dah "bebas" sikit sekarang ni..husband ammi gi pasar je sendiri. Dia expert bab memilih..kalau ammi yang terkontang-kanting nak memilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sejak PKP, lama dah kami tak ke pasar..susah pulak nak bawak budak2 huhu

      Delete
  5. Kerja kita pon dah jadi mudah😘😘
    Senang utk org yg bekerja🌹🌹

    ReplyDelete
  6. wahh menarikk! oder online jer terus sampai depan pintu barang basah

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik untuk yang malas ke pasar macam saya hahaa

      Delete
  7. memang sangat menarik dan sesuai utk kita yg kadang tak berapa rajin siang segala seafood tu...

    ReplyDelete
  8. Waaa bestnya. Selalu susah nak dapat set lengkap camni. Tu dah boleh buat shell out tu syaz.
    Cuma akk nak tya utk set camtu rm berapa tu, saja tya dulu..mana tau kot2 nak cuba oder juga. Tapi dia boleh deliveri sampai mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM85 kak, besar jugak dia cover sekitar seremban ni, tapi dia ada amek dalam 1 - 5 ringgit caj cod :)

      Delete
    2. Eh, ok sangat2 tu..rasanya takla mahal sangat kan

      Delete
    3. kan kan, rasa ok ja harga dia hehe

      Delete
  9. Wahhh, senangnya. Semua online jer ya.

    ReplyDelete
  10. Wah! Mudah nye.. barang pun nampak elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah CP, memang setakat beli haritu seafood dia elok2

      Delete
  11. mudah dah sekarang barang nampak segar tu

    ReplyDelete
  12. wah,menarik ni,lepas ni saya boleh cuba jual secara online juga =)

    ReplyDelete
  13. Menarikkk. Mudahh je nak dapatkan keperluan lauk basah untuk memasak. Klik ajerrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kan hihi, semoga pasar online terus jaga kualiti barang basah dia ;)

      Delete
  14. Kalau bagus tidak kisah beli lagi secara talian.
    Hehe tidak risau tangan hanyir masa pulih makanan laut.
    Semoga berjaya perniagaan Muslim tersebut.

    ReplyDelete
  15. Sonang mcm ni..nmpk fresh semuanya..

    ReplyDelete
  16. mmg suka la..tp memandangkan suami pn berniaga di pasar..suami aje yg shopping brg basah utk rumah ^_^

    ReplyDelete
  17. mudah cara skg..semua ats talian..dihujung jari..tet tet tet sampai..baguss kan!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.