Hai readers!
Korang semua kenal tak kat sorang lelaki bernama Stevin John?
Anak-anak aku antara yang menyumbang kepada harta kekayaan lelaki bernama Stevin John ni.
Macam mana?
Apa anak aku buat?
Sebab anak-anak aku yang bertiga tu antara jutaan viewers Channel dan video-video si Blippi tu.
Mesti ada anak-anak korang yang pernah tertengok video Blippi dekat YouTube kan?
Anak-anak aku bukan setakat dekat fon dan tablet, kadang-kadang dekat TV pun dia bukak YouTube dan tengok Blippi tu 😑
Blippi ni adalah channel video video pendidikan untuk kanak-kanak, budak budak memang suka sebab Blippi ni riang riang dan terkinja kinja hahaha
Ni antara contoh video Blippi yang anak-anak aku suka sangat tu ha!
Blippi ni ada seramai 10Juta ++ subscriber, dan purata lima juta tontonan sehari.
Pendapatan dia dalam USD18 ribu ++ sehari.
SEHARI!
Setahun, pendapatan dia mencecah 7juta ++.
Hanya dengan menjadi riang ria dalam video, dan bagi info simple je untuk kanak-kanak.
hebat betul!
Dia ada website sendiri, ada lah macam-macam dalam website dia tu.
Yang menarik aku rasa bahagian shop dia, ni kalau anak aku tau ada jual barang Blippi ni, aduhhh kopak la mak nak..
Tapi post harini nak highlite, tak sangka anak aku antara yang membantu Blippi ni jadi billionaire..
*batuk batuk
44 Comments
yang ibu bapa sakit kepala duit habis hahah
ReplyDeletehaa itu betul ahaha
DeleteAntara penumbang tetap ya.Hehee
ReplyDeletebetul tu PC, penyumbang kekayaan blippi ahahaha
Deletefirst time tahu pasal channel ni...heheh mcm comel je watak dia
ReplyDeletecomel sebab dia punya warna2 apparel kot hehe
Deletemmg boleh buat duit kalau jadi youtuber skrg ni..asalkan content menarik.
ReplyDeletecontent dia memang sangat menarik minat budak budak, especially anak2 saya lah kot haha
DeleteAnak saya tak termasuk, lain minatnya.
ReplyDeletefuh nasib baik!
Deletesambil riang ria sambil mendapat ilmu tuuuh., ;p
ReplyDeletetu la, banyak jugak sebenarnya diorang belajar sesuatu dari blippi ni haha
DeleteDh tengok lucu juga videonya...kreatif hehe
ReplyDeletehehe kreatif kan, itu yang budak2 suka
Deleteseronok gak tengok..hihi..
ReplyDeleteleka jugak menengoknya kan hahaha
DeleteWah menarik.. kanak2 mesti suka tengok sebab tak bosan dan banyak benda mereka boleh belajar!
ReplyDeletebetul tu, agaknya itu yang diorang suka sangat hehe
DeleteAnak saudara saya pun suka tengok Blippi ini.
ReplyDeletehaha boleh geng lah dengan anak2 saya
DeleteSy lom ada anak.. so sy baru tahuuu. huhu .... kayaaa itu org..
ReplyDeletehihi kaya kan..melampau2 kayanya
Deletehehehehe... si aiyan tak pernah tengok kot ni, kalau ada mesti dia cerita
ReplyDeletedia kalau youtube suka layan doodle art tu, entah sapa namanya...
ooo dia suka tengok orang melukis2 ye :)
Deletebijak berkarya n diminati anak2
ReplyDeletebetul bijak stevin ni ;)
DeleteBaru tahu pasal Blippi ini.. Ohsem.. dan menarik..
ReplyDeletehihihi bagi kanak2 dia terlebih awesome
Deletetak pernah tau ada channel ni! lepas ni nak tgk juga la
ReplyDeletehihi tengoklah, mana tau boleh buat review pulak kat blog hehhe
Delete
ReplyDeleteSetakat ni tak perasan anak tengok channel Blippi lagi.
Saya pun first time tau Blippi kat sini.
hihi nanti boleh try usha2 :D
DeleteHahahah...kita pulak yang terjebak nengok video Blippi syaz share tu..hahahahah
ReplyDeletehaha tau takpe, kadang2 anak pasang kat tv, memang terlayan sekaki ahahah
Deleteooo skrg tgh glemer ke mamat ni. anak mama dah besar so tak berapa tahu
ReplyDeletekatanya start 2014 dia buat video2 ni, anak saya baru layan setahun dua ni hehe
DeleteBest kan kalau dapat menjana income macam dia
ReplyDeletebest.. tapi kenalah berani macam dia hehe
DeletePerghhhh...byk betul...ape lg syaz..minta la free satu dua brg depaa hahhaaa ^_^
ReplyDeletewah kalau la betul2 dapat bestnya! hhaha
Deletedia tahu nak guna pakai utube to the max itula pasai.. kita pun boleh kena ada ilmu dan kena kental jiwa raga kalo decide nak jadi utuber ni. kena tahan hentaman juga.. lagi2 kat malaysia hehe..
ReplyDeletebetul, kat malaysia, silap2 video pendidikan pun kena kecam huhuhu
DeleteHebat. Kita nampak mudah tapi susah juga nak berfikir untuk buat content untuk menghiburkan kanak-kanak. Content pendidikan bagus untuk kanak-kanak kira okay lah kan. Ini baru anak akak je. anak anak yang lain mesti suka gak. lagilah ramai penyumbang dia. rezeki dia.
ReplyDeletebetul, boleh nampak sebenarnya kan, tinggi effort dia dalam menghasilkan channel dia tu :)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.