Bak kata orang putih, curiosity kills the cat!
Samalah dengan aku waktu teringin nak order aiskrom Mykori ni melalui Food Panda.
Ye lah, selalunya aiskrim Mykori, Iceyoo dan yang seangkatan dengannya ni, orang makan di outlet dia terus kan.
Tapi disebabkan ada option order dekat Food Panda, jadi why not kita order sekali kan?
So let's.
Setelah bincang dengan anak-anak, akhirnya aku pilih perisa Chocolate Banoffee Kakigori.
Hamboih namanya!
Jadi, dalam 25 minit, sampailah ia!
Memang excitedlah anak-anak, seperti biasalah.
Mana pernah tak excited kan kalau Food Panda sampai!
Jadi, lepas unpack, kat dalam dia macam ni.
Runcit-runcit.
Semua dalam bekas lain-lain hehe..
Anak-anak aku memang dah bersila sebelah dah dengan mangku dan sudu masing-masing
😂😂😂
Ha, kau rasa, dapat tak aku mimic susunan aiskrim ni, bagi jadi sama sebijik macam gambar Chocolate Banoffee Kakigori kat atas tu?
😂
Memang tak lah weh!
Kalau dah ada 8 pasang tangan yang sibuk nak menuang segala bahan dia tu.
Menangis tokey Mykori kalau tengok rupa Chocolate Banoffee Kakigori dia yang kami berempat susun ni agaknya kah kah kah
Tak kisahlah labu, asalkan dapat makan sama-sama.
Tak sampai 10 minit selesai licin.
Aku rasa, masa yang kami ambil untuk curah-curah coklat toffee pisang semua tu lagi lama dari anak-anak aku bedal.
Mak nya dapatlah 3 sudu kot.
Jadilah hahaha walau dalam hati menangissssss nyanyi lagu Rossa 😂
40 Comments
dua2 tu belum uba lagi... foodpanda dan mykori
ReplyDeletehihi ada kesempatan nanti sis cuba tau :D
Deletewahh..sedap laa aiskrim ni. tp mmg lagu tu la syaz, mama boleh makan sikit jo.. betoi2 raso je la..hihihi
ReplyDeletemak terpaksa mendietkan diri tanpa rela haha
Deletehahahah takpela..janji dapat la mersa tu..heheh..mujur tak cair
ReplyDeleteitu paling betul, nasib baik tak sampai yang dah jadi smoothie hahah
Deletebaru pernah plak dgr nama jenama ni syaz... xde kt sarawak lg ni
ReplyDeleteooo...soon dia sampai kakmim hehehe
Deletewaaahh....menariks tu. leh food panda yer. dap dap!!
ReplyDeletekak yu tag join giveaway
https://mummyayu.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
hehe sedap! waahh ada join giveaway ya, goodluck kak ayu!
Deletesama la di umah abe kie ni. kalau beli aiskrim dlm tupperware tu anak2 je yg abiskan.
ReplyDeletetak merasa kita ni kan abam kie..huhu
Deletesaya pun curious tau bila tngk ada option mykori hahaha.. tertanya2 macam mana ehh diorang nak hntar ni. mesti diorang da figure out kan sbb tu diorang offer.. okkkay da tngk ni rasa brani la nak order lepas ni kalau tingin hehe..
ReplyDeleteboleh2! cuma kena tengok tutorial dulu cmana nak jadikan macam dalam gambar tu, jangan jadi macam saya hahaha
Deletehahahahaha macam ni rupanya. Tak berani nak order sebab takut sampai je dah cair haha
ReplyDeletehihi kan, mula2 takut gak, tapi baca review kat foodpanda smua kata ok yang branch ni punya, tu yang berani tu ahaha
Deleteahahahahah maaf kita tergelak nengok kejadiannya 🤣
ReplyDeletekita pun gelak gilaaa lepas tengok balik gambar asal ahahaa
Deletehehehehe kene beli lebih pasni lah syaz hehehe kalau tak emaknya kene rasa buat syarat je
ReplyDeletekan, beli masa diorang tidurlah, aci tak? ahaha
DeleteTak pernah lagi order aiskrim by foodpanda. Tak cair okaylah. Tak jadi sama takpe, janji sedap. Anak anak enjoy makan aiskrim :)
ReplyDeletebetul2! tapi kalau order icecream walls, dia cair sikit. Husband akak order aritu untuk budak2
Deletepernah rasa sekali jer bende ni, dan masa tu mungkin dapat yang tak sedap punya kot, terus tak suke. yg sedap dah habis kata yg tukang belanja masa tu
ReplyDeletealamak, kena minta dia belanja lagi sekali yang sedap :P
Deletemaknya dpt 3 sudu ja ? kena beli byk ni .... baru boleh makan lebih sudu sikit
ReplyDeletekan! teringat2 dibuatnya
DeleteHahahaa... memang tak sama makan kat outlet dia punya presentation.
ReplyDeletePernah gak makan kat sana dan tapau satu untuk anak sulung bila bukak katanya la kenapa macam ni bu hahahhaa
hahaha rupa dia lepas bawak keluar dari outlet dia memang sangat menyedihkan ahahah
Deleterupa tak penting. yang penting rasa..hahaha
ReplyDeletenasib baik rasanya masih sedap..syukur :P
DeleteAduhh. kne beli lg nihhh. hihi
ReplyDeleteitulah! kena repeat ni!
Deletemasa mamat rider foodpanda tu smpi hntr eskem mak ada bagi tips x? hehehe
ReplyDeleterahsia :P
DeleteWah.. menariknya.. boleh jadi aktiviti bersama anak-anak pula menghias aiskrim mykori..
ReplyDeleteBetul jugak kan, boleh jadikan satu aktiviti ni 😊
DeleteRupa tak cantik tolak tepi yamg penting rasa tu adaaa ..
ReplyDeleteHihi betul kakya, saya setuju 😁
DeleteWow mykori..xpernah cuba lg ni ^_^
ReplyDeleteHaha kite pun entah kenapa la teringin sangat nak cuba masa tu 😘
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)