Haritu makcik aku, alang, belanja budak-budak ni lagi.
Kalau haritu dia belanja Ais Krim Shikinlicious, baru-baru ni dia order jarak jauh aiskrim Poket Doremon ni.
Tepat 8.30 pagi macam tu, rider dah sampai.
Ayu pun belum bangun haha!
Tapi adam dah bangun, maka dialah makan dulu.
Amir kat tadika masa ni.
Poket Doremon Original Recipe by Founder Kak Ee katanya.
Yang alan hantar dekat cucu-cucu dia ni perisa campuran.
Ada tertulis Mix Flavour dekat kotak dia.
Inilah rupanya aiskrim Poket Doremon tu.
Luar dia roti bulat yang dilipat dua.
Tengah dia aiskrim.
Dia ada letak topping yang bersesuaian dengan perisa aiskrim dekt tengah tu.
Seronok adam dapat makan aiskrim pagi-pagi haa.
Personally, aku rasa oklah.
Tak adalah terlalu sedap atau ada wow effect yang lain dari aiskrim lain, tapi tak adalah tak sedap.
Ok je untuk dinikmati seisi keluarga.
Hee..
Terima kasih alang sebab selalu belanja anak-anak .
Semoga murah rezeki :D
36 Comments
pernh mkn juga..suka perisa yg mango cheese
ReplyDeletesaya pun suka juga yang mango tu :D
DeleteNampak sedap la....kat mana naka beli tu.....
ReplyDeleteSA boleh cuba tengok dekat ig dia tu hehe
DeleteTak pernah try lagi, macam sedap juga tu...
ReplyDeleteFollower #659
sedap! terima kasih follow :)
DeleteIngatkan Doraemon yang kat tv tu.... hehe
ReplyDeletehaha! itu rancangan fav anak saya
Deletesedap kan, tapi rege dia, wow sangat
ReplyDeletehaha ye gak eh! nasib orang belanja ni :)
Deletewoww sedappppnyaaa aiskrim doremon ni.. tapi kat sini macam belum ada lg
ReplyDeleteboleh tengok kat instagram, ada banyak tempat jugak yang dah ada hehe
Deletesedapnya..pernah nmpk member ofis promote kt whatsapp..tapi nama lain..
ReplyDeleteooo...agaknya nampak sama tapi bukan dia la tu hehe
Deletetak macam doremon pon ais krim tuh.. hahaha
ReplyDeletesebab nama dia poket doremon je hahaha
Deletex pernah makan..nampak mcm manis sgt.
ReplyDeletebetul juga bab manis tu :)
Deletebagusnya ais krim dia lambat cair
ReplyDeleteaah, tu memang kelebihan aiskrim ni
DeleteWahh nampak sedap tu. Tak pernah makan lagi. Macam ada nampak kat Kedai Kerepek Paroi tu.
ReplyDeleterasanya seremban punya memang kat situ dia punya stockis hehe
Deletemenarik namanya, nak makan pun senang, tapi kalau yg makan si aiyan jenis jilat lemah lembut mau berjejer sekerim tu kat tangan hehehe
ReplyDeletehehe, tapi dia agak lambat cair, harap tak sempat berjejer hehe
DeleteFamous aiskrim ni sebab unik. Nak meniaga kenala kreatif supaya menarik perhatian
ReplyDeletebetul tu cik sal, lain dari yang lain ;)
Deleteperghh terliur pula tengok. sedap!
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html
beli tiara, beli! hehe
DeleteSedap poket doraemon ini.. hehehe.. tambah bila makan masa sejuk, memang puas hatilah..
ReplyDeletesangat puas hati hehe
Deleteatie failed makan ais krim ginni sbb gigi depan takleh gigit huhuhuh
ReplyDeleteoh gigi sensitif!
DeleteHaritu dah makan.. memang sedap... tak puas pulak.. makan sesejuk sedap sgt woooo
ReplyDeleteboleh repeat hihihi
Deletebelum rasa lagi ni
ReplyDeleteuihhh sedapnya syaz :)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)