Monday, February 22, 2021

Makeup Artist Bawah Umur

 Memang ayu sekarang suka sangat godek barang make up aku,

Pantang lepa, habis dia korek-korek.

Jadi minggu lepas, aku order eyeshadow pallete untuk dia buat main.

Beli yang murah-murah dari shopee.

Dah belikan eyeshadow tu, aku belikan sekali berus.
Entahlah budak-budak zaman sekarang, bukan setakat main barang make up aku, berus-berus tu pun suka sangat dia main sapu-sapu dekat muka dia.

Ha belikan satu.
Senang!


Bila buka je box eyeshadow pallete tu, memang menjerit seronok lah dia!
Ada banyak warna kan.
Siap ada yang glitter.
Paling dia suka, sebab ada cermin tu.

Lepas colek-colek eyeshadow tu kat mata, sibuklah nak pandang kat cermin tu.

Jadi untuk rasmikan eyeshadow pallete Victoria Season (memang ada ke brand ni entah?) tu, aku pun oleslah kat mata ayu.


Letaklah glitter tu sikit.
Ala-ala buat kelas makeup la dengan dia.
Haha!

Lepas tu, aku nak sapulah eyeshadow tu dekat pipi dia, buat macam blusher kononnya.

Dia marah!

"Mak, ni butan teytap pipi, ni teytap mata!"

Amboih, umur baru 2 tahun dah pandai pulak bab pengkelasan alat solek!

Hahaha!

Tapi, rupanya aktiviti tak berhenti kat situ.

Ayu teringin nak make up aku pulak.

Itulah kisahnya si Makeup Artist bawah umur ni!

Jadi, aku memang tadah je apa dia nak buat.
Kejap ambil berus, kejap pakai jari, kejap guna span.
Aku rela jadi kanvas.

Draw me like one of your French girl an empty canvas gittew!
Jadi, selepas sejam aku disolek oleh MUA bawah umur ni.

Inilah hasilnya.

Cantik kan?
Ahahahah

Redha je lah..
Asal ayu bahagia hehe

43 comments:

  1. bertabahlah wahai ibu bla ada MUA sebeginiπŸ˜†

    ReplyDelete
  2. Hahaha.hasilnya memang cantik di mata ayu. Ayu nak ayu mak omak eh jugak. Pasni kene buat tutorial makeup by ayu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak dapat imagine macam manalah tutorial tu πŸ˜‚

      Delete
  3. Hahaha mak pun terjebak main makeup2.

    ReplyDelete
  4. Ok talent tu dh ada dah.. Bole di polish lagi tu hehe

    ReplyDelete
  5. redho jelah..hehe..*sorry, gelak*..bonding gegirl..umur mcm ni lah, best layan mereka main..

    ReplyDelete
  6. Adoiii la anak..igt muka mak tu kanvas ke haha

    ReplyDelete
  7. Redha jelah Mak nya, anak tengah belajar explore. Pandai lak tu tau untuk mata ke untuk pipi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, pernah bagitau dia sekali, tak sangka pulak dia ingat

      Delete
  8. amboi...comelnya ayu... siap tunjuk bakat memebrus muka maknya

    ReplyDelete
  9. sakan betul dia makeup. ada bakat terpendam ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakan, sampai cocok2 mata mak pun ada πŸ˜‚

      Delete
  10. Hahahaha cantik sgt tau,emak yg tak paham ini kan seni kan ayu

    ReplyDelete
  11. Nak pegi kerja nanti bolehlah suruh ayu mekapkan macam tu.
    pasti ramai peminat yang bertanya

    ReplyDelete
  12. wahh artistic betul la ank akk ni..pandai dia pilih warna eyeshadow..
    ala2 galaxy gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, dah macam alien dari angkasa lepas 😁

      Delete
  13. kreatif ayu lukis wajah uminya syantik

    ReplyDelete
  14. Halah.. halah.. Comelnya dia make upkan mak nya.. ada bakat ini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul ada bakat, harap dia boleh make up mak dia nampak muda sikit nanti πŸ˜‚

      Delete
  15. hahahaha, redha je la kena make dgn ayuuu ! mana tau in future tul2 jadi make up artist ni :)

    ReplyDelete
  16. boleh makeup kan mama utk party pakaian beragam nanti..

    ReplyDelete
  17. Cantik. Gegel times. Main solek-solek.

    ReplyDelete
  18. hehehe... anak dara mmg la macam tu..

    ReplyDelete
  19. kreatifnya dia. kecik2 dah ada minat.

    ReplyDelete
  20. Best Jugak Aktiviti Gini... Lama tak main makeup makeup.. nak jugak conteng2

    ReplyDelete
  21. Hahahaa..tgk gelagat ayu..teringat ank buah shida syaz..sgt suka makeup2 nih..aduhaiii

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot