Friday, May 21, 2021

Daging Harimau Menangis Hani Thai Kitchen

Kan lately agak popular juga daging harimau menangis ni kan.
Paling top kisahnya, pasal Daging Harimau menangis Ibu Tini ke apa entah tu hahaha

Jadi, aku pun teringinlah nak rasa.
Sedap benar ke daging harimau menangis ni uolls?

Beli masa bulan puasa haritu.

Kebetulan, kedai runcit shahril yang selalu delivery barang ke rumah aku tu, ada jual.

Tapi brand Hani Thai Kitchen la.

Tengok harga, RM25 untuk 350g.


Fikir punya fikir, why not?

Maka belilah.\Lepas beli, moh le grill kan daging harimau menangis tu.


Koyakkanlah plastiknya.

Buh minyak sikit dalam kuali, buh lah dagingnya.


Memang bau lembu yang sangat strong ye kawan-kawan.
Kuat betul bau dagingnya masa mula-mula dikeluarkan dari plastik.


Grill grill.
Grill grill.


Grill lagi.
Grill lagi.

Sampailah warna dia berubah kelabu.
Dan bau dia pun makin mantap!
Makin sodap!


Lepas settle, aku curahkan saja sos thai yang dia bagi sekali dengan bungkusan tadi.
Gaul gaul dan gaul.

Masa ni, ada satu jam lebih lagi sebelum berbuka puasa.
Jenuh tahan nafsu weh.

Terliur sungguh!

Bunyi je azan maghrib, terus ngap sekeping.

Masyaallah!
Sedapnyaaaaaa!!!!!

Serius tak menyesal beli!

Memang repeat order lah, kejap lagi nak buat lagi ahahah!

Itulah kisah syazni menangis makan dagig harimau menangis kikiki

18 comments:

  1. yang ni lagi murah. nak cuba gak lah. teringin juga cuba rasa. menangis dapat makan sedap :)

    ReplyDelete
  2. hehehe..syazni menangis ye...apapun memang sedap daging harimau menangis ni..cuba buat sendiri syaz..ramai dah share resepi kat google...

    ReplyDelete
  3. Fuh.. macam sedap saja. kena cari ni

    ReplyDelete
  4. pernah beli gak daging harimau menangis jenama ni./ sedappppp! da lama x makan nii.. hehe

    ReplyDelete
  5. Pernah viral jenama ni, memang ramai cakappp sedappp dan lagi berbaloi daripada daging harimau makkkkkk neelofa tuuu hehehe

    ReplyDelete
  6. Akak pernah cuba yg mama neelofa punya tu..kuat bau dagingnya

    ReplyDelete
  7. penah mkn daging harimau kwn bg sedappp
    tp lain brand

    ReplyDelete
  8. teringin juga nak makan, tak pernah jumpa lagi kat area rumah. nak order online takut barang rosak pula..huhu

    ReplyDelete
  9. nyummmm ... lapa terus bila tgk ni

    ReplyDelete
  10. macam2 brand daging ya n sedap pulak

    ReplyDelete
  11. Kalau bt sendiri lg puas hati dpt mkn byk kali. Hehehe

    ReplyDelete
  12. wahh...nak kena beli juga ni nanti

    ReplyDelete
  13. Teringat kedai patin Limbong belakang office lunch menu daging harimau menangis Mrs. A suka makan dah lama tak makan since PKP. Owner terkandas di Ampang

    ReplyDelete
  14. pernah juga rasa daging ni klu tak silap aunty tini kitchen ke ape jenama dia. sedap jugak la... hehehe

    ReplyDelete
  15. sedap ye! boleh cari nanti..shida pernah cuba hat Mr.Kiwi..okay juga la :)

    ReplyDelete
  16. teringin nak cuba jgk. nmpknya kena pegi cari la ni

    ReplyDelete
  17. Harga dia pun not bad.. boleh cuba juga brand nie nanti..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot