Team Raya Pink | Raya PKP | Team Tak Balik Raya



Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.

Tahun ni tema pink la kami.
Semua sebab baju ni 👇



Inilah puncanya haha!
Masa entry yang aku dan ayu shopping di Jakel Senawang tu, Ayu memang dah request nak baju pink ni.

Jadi, semua kena pink la tahun ni sebab nak bagi sedondon kikiki


Dimulai hari raya PKP kami dengan solat raya.
Walau tak ke mana-mana, siapkan juga diri dan anak-anak pakai cantik-cantik.

Nak bagi anak-anak rasa yang raya ni hari yang istimewa 😊

Tambahan pula adam dan amir puasa penuh tahun ni.


Princess ni pun bukan main bersiapnya walaupun tak puasa pun hahaha


Semua diam dengar ayah baca khutbah raya.
Teks dah ada, ayah khutbahkan saja untuk kami sekelurga.


Lepas sesi bermaafan, anak-anak tak tau nak buat apa dengan duit raya 😂

Adam kelam-kabut bagi balik dekat aku, suruh masuk bank.
Amir terus je letak atas tangga.
Ayu je yang sibuk nak pegang sampul duit raya dia hahaha

Tahun ni jugak, pertama kali kami buat sudut untuk bergambar ni kat rumah. 
Kalau ikutkan, ini bahagian dining.

Tapi alih-alih perabot sana sini, dapatlah ruang tambahan baru untuk kami duduk relax.

Sampul-sampul tu saja ajak anak-anak hias rumah, naikkan semangat raya 😊




Masak pun simple je, buat nasi tomato, kari ayam, telur rebus tu buatkan masak merah.

Tukar sikit.
Sebab kalau ayam masak merah nanti budak-budak tak makan.
Buat telur rebus tu, tak sempat apa dah habis hahaha



Nasi impit tu rebus je.
Rendang order dari orang mantai, sedappppp sangat!
Kuah kacang pun order je.



Itulah saja cerita raya pertama kami tang bertema merah jambu ini 😁




Catat Ulasan

44 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comel...Salam Aidilfitri Kak Syazni sekeluarga...
    Maaf salah silap sepeanjang brkenalan kat alam maya ni..hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tempat saya masih boleh lagi solat aidilfitri di masjid..

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Syaz.. Comel tema pink..

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin dari saya sekeluarga :)

      Padam
  5. Comel je Ayu bertelekung ikut solat..hehe

    Selamat Hari Raya Syaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, dari ramadhan dia selalu ikut terawih kononnya hehe

      Padam
  6. Wah! Sampai mangkuk dengan sudu pun pink!

    BalasPadam
  7. Tema pink sebab baju ayu. hihi..okaylah sweet pink.
    Cantik deko deko raya. Juadah raya pun sodap tu nasi tomato :)

    BalasPadam
  8. Syukur. Selamat Hari Raya Syaz sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selamat hari raya jugak PC 😁

      Padam
  9. Assalamualaikum
    selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..

    BalasPadam
  10. Memang team pink tu sampaikan set juada raya pun pink tu.Cantik baju raya Syaz,bertambah slim & nampak makin remaja dengan baju cutting macam tu Syaz.Comel..!
    Selamat hari raya & maaf zahir batin

    BalasPadam
  11. bekas-bekas raya pon kaler pink gituh. hahaha

    Selamat hari raya aidilfitri untuk kak syaz sekeluarga. maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. bekas yang guna bila event penting je tu hahaha

      Padam
  12. Wahh bekas pun ikut tema tu.

    Selamat hari raya!

    BalasPadam
  13. family in pink meriahnya raya

    BalasPadam
  14. comelnyaa baju ayu.... mcm princess juga.. heheheh

    BalasPadam
  15. salam aidilfitri sis.. alhamdulillah meriah juga tuu disamping suami n anak2. comel jee baju sikecik tu =)

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    BalasPadam
  16. selamat hari raya Syaz, amboi serba pink sampai ke pinggan, comelnya makmum kecil belakang tu :)

    BalasPadam
  17. Selamat Hari Raya, Syaz..maaf zahir & batin..

    BalasPadam
  18. Selamat hari raya Syaz dan family.. Cantuk kaler pink.

    BalasPadam
  19. cantik pink sedondon. selamat hariraya syaz ye

    BalasPadam
  20. Seronok kan walau simple je..selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin

    BalasPadam
  21. salam aidilfitri maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ., ;p

    BalasPadam
  22. selamat hari raya, maaf zahir batin. betul2 tema pink ni...sampai tupperware semua pun pink... ceria!

    BalasPadam
  23. Salam Syawal Syaz! :)
    Maaf xdapat dtg rumah beraya..PKP
    haaa ok x alasan dia ^_^

    BalasPadam
  24. cntik tema raya pink. soft je kaler tu

    BalasPadam
  25. cantik pink lembut
    salam aidilfitri

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad