Semalam bawa budak kecik ni day out.
Apply keluar pejabat urusan peribadi, maka ber girl day out lah dengan mek ayu ni.
Haha
Niat nak tengok baju raya, maka pergilah ke Jakel Senawang.
Yang buat sakit hati tu, area parking depan kawasan Jakel Manjaku semua tu, habis peniaga tu cop cop letak batu.
Tak kasi orang parking, sebab dia nak berniaga later la kot.
Maka terpaksalah pelanggan yang nak ke Jakel, Manjaku semua ni, parking jauh.
Erhghhh!
Jadi, parking la bawah Mydin tu. Jalan pulak jauh untuk ke Jakel tu. Scan je dua 3 kali sebab nak ke parking tu je.
Kadang tak faham..hmm...
Ok ku mengomel sebab rasa leceh nak parking jauh keluar masuk mydin tu.
Ok tapi hati terubat sebab bila masuk Jakel, dapat kupon cashback 10%.
Let say kau buat pembelian 100 (minimum untuk kupon tu), kau akan dapat 10 hengget.
Wowza sangat!
So lepas shopping baju raya walaupun tak taulah dapat raya kat kampung ke tak tu, dapatlah cashback yang wowza tu.
Jadi sebab dah penat, bawaklah beg-beg sambil jalan kaki dengan ayu, scan lagi masuk Mydin, simpan dulu dalam kereta, scan lagi sekali sebab nak masuk lagi pergi minum pulak.
Haru.
Haha!
Nak pergi food court ramai pulak orang.
Malas nak bersesak, jadi minum je lah dekat Marrybrown.
Gunalah duit cashback yang Jakel bagi tadi.
Kikiki
Tengoklah anak dara ni, sampai kelam kulit asik mandi kolam dengan abang-abang masa cuti sejolah haritu.
Ini pulak bila suruh dia tangkapkan gambar 😂
Tak sempat mak nak ready dia dah snap.
Dah muka terkejut je emak ha.
Bolehlah 😊
Berbalik pada baju raya, tahun ni ikut request warna dari ayu.
Hahahah!
Rasa-rasa warna apa kami tahun ni 😆
17 Comments
memang stress kalau nak parking tapi paking lot tu dah ade org cop... bole komplen kat PBT..
ReplyDeleteYeay, dah ada baju raya :D
ReplyDeleteseronok shoping situ, tapi tula parking payah crowded betul
ReplyDeletewahh gegirls je outings erk... 😅
ReplyDeletebagus tu beli baju raya awal2. baju raya abam kie pun dah siap... bosan di rumah masa PDPr dulu jadi abe kie gi antar kat tailor siap2..
ReplyDeletePercaya tak uncle tak pernah cuba marubrown... lepas baca pos ni rasa nak cuba pulak!
ReplyDeleteSelamat membeli belah
ReplyDeleteAdaakh this year, pink or purple?? Hihi~
ReplyDeleteUntung lah ada cashback jugak.HAHHA
Tahniah pasal beri sokongan kepada peniaga bumiputera.
ReplyDeletewow dh soping baju raya ya ayu
ReplyDeletemuka ayu dah nampak sebiji mcm muka kak syaz :) mmg tul2 anak mama ni
ReplyDeleteDah start preparation raya!
ReplyDeleteWalaupun ada orang dah start bulan2 lepas lagi, tapi , tak tahulah raya tahun ni macam mana. Sederhana macam tahun lepas? ok sahaja~
Bila petak parking jadi kawasan meniaga memang jauhlah nak parking..
ReplyDeletekat sini pun sama juga..
Siap siapa beli awal senang. nanti lagi bersesak. Untung gak tu dapat cashback. Pandai jakel buat marketing setiap tahun. Eh eh dah gaya mandi pantai pulak boleh kelam kulit tu. Tapi maintain comel mek ayu :)
ReplyDeleteAkak tak pikir pasal baju raya pun..pakai yg masa anak bertunang ari tu ja kut...dok kalut pikir nk kenduri
ReplyDeleteWah.. dah settle urusan baju raya ye..
ReplyDeleteKami teka warna Maroon tahun ni..
hehehe..
Kami punya beli online.
Nak padankan dgn baju melayu sedia ada untuk suami.
Pakai baju melayu sedia ada je.
Cuma akan beli baju T-shirt kolar je yg match dgn baju raya kami.
shida dah plan bulan may baru cr baju raya dgn suami hehee..
ReplyDeletekalau ayu ehhhh..mesti warna pink hahahaa..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)