Jakel dan Mydin Senawang

Semalam bawa budak kecik ni day out.
Apply keluar pejabat urusan peribadi, maka ber girl day out lah dengan mek ayu ni.

Haha

Niat nak tengok baju raya, maka pergilah ke Jakel Senawang.

Yang buat sakit hati tu, area parking depan kawasan Jakel Manjaku semua tu, habis peniaga tu cop cop letak batu.

Tak kasi orang parking, sebab dia nak berniaga later la kot.

Maka terpaksalah pelanggan yang nak ke Jakel, Manjaku semua ni, parking jauh.

Erhghhh!

Jadi, parking la bawah Mydin tu. Jalan pulak jauh untuk ke Jakel tu. Scan je dua 3 kali sebab nak ke parking tu je.

Kadang tak faham..hmm...

Ok ku mengomel sebab rasa leceh nak parking jauh keluar masuk mydin tu.


Ok tapi hati terubat sebab bila masuk Jakel, dapat kupon cashback 10%.

Let say kau buat pembelian 100 (minimum untuk kupon tu), kau akan dapat 10 hengget.

Wowza sangat!
So lepas shopping baju raya walaupun tak taulah dapat raya kat kampung ke tak tu, dapatlah cashback yang wowza tu.

Jadi sebab dah penat, bawaklah beg-beg sambil jalan kaki dengan ayu, scan lagi masuk Mydin, simpan dulu dalam kereta, scan lagi sekali sebab nak masuk lagi pergi minum pulak.

Haru.
Haha!


Nak pergi food court ramai pulak orang.
Malas nak bersesak, jadi minum je lah dekat Marrybrown.


Gunalah duit cashback yang Jakel bagi tadi.
Kikiki

Tengoklah anak dara ni, sampai kelam kulit asik mandi kolam dengan abang-abang masa cuti sejolah haritu.


Ini pulak bila suruh dia tangkapkan gambar 😂
Tak sempat mak nak ready dia dah snap.


Dah muka terkejut je emak ha.

Bolehlah 😊

Berbalik pada baju raya, tahun ni ikut request warna dari ayu.
Hahahah!

Rasa-rasa warna apa kami tahun ni 😆

Post a Comment

17 Comments

  1. memang stress kalau nak parking tapi paking lot tu dah ade org cop... bole komplen kat PBT..

    ReplyDelete
  2. seronok shoping situ, tapi tula parking payah crowded betul

    ReplyDelete
  3. wahh gegirls je outings erk... 😅

    ReplyDelete
  4. bagus tu beli baju raya awal2. baju raya abam kie pun dah siap... bosan di rumah masa PDPr dulu jadi abe kie gi antar kat tailor siap2..

    ReplyDelete
  5. Percaya tak uncle tak pernah cuba marubrown... lepas baca pos ni rasa nak cuba pulak!

    ReplyDelete
  6. Adaakh this year, pink or purple?? Hihi~
    Untung lah ada cashback jugak.HAHHA

    ReplyDelete
  7. Tahniah pasal beri sokongan kepada peniaga bumiputera.

    ReplyDelete
  8. wow dh soping baju raya ya ayu

    ReplyDelete
  9. muka ayu dah nampak sebiji mcm muka kak syaz :) mmg tul2 anak mama ni

    ReplyDelete
  10. Dah start preparation raya!
    Walaupun ada orang dah start bulan2 lepas lagi, tapi , tak tahulah raya tahun ni macam mana. Sederhana macam tahun lepas? ok sahaja~

    ReplyDelete
  11. Bila petak parking jadi kawasan meniaga memang jauhlah nak parking..
    kat sini pun sama juga..

    ReplyDelete
  12. Siap siapa beli awal senang. nanti lagi bersesak. Untung gak tu dapat cashback. Pandai jakel buat marketing setiap tahun. Eh eh dah gaya mandi pantai pulak boleh kelam kulit tu. Tapi maintain comel mek ayu :)

    ReplyDelete
  13. Akak tak pikir pasal baju raya pun..pakai yg masa anak bertunang ari tu ja kut...dok kalut pikir nk kenduri

    ReplyDelete
  14. Wah.. dah settle urusan baju raya ye..
    Kami teka warna Maroon tahun ni..
    hehehe..

    Kami punya beli online.
    Nak padankan dgn baju melayu sedia ada untuk suami.
    Pakai baju melayu sedia ada je.
    Cuma akan beli baju T-shirt kolar je yg match dgn baju raya kami.

    ReplyDelete
  15. shida dah plan bulan may baru cr baju raya dgn suami hehee..
    kalau ayu ehhhh..mesti warna pink hahahaa..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.