Monday, April 5, 2021

Blow Pen

Satu hari haritu, amir balik bawak 1 kertas.
Borang pembelian blowpens.

Berkerut jugaklah kening aku dengan zaimi duk fikir, apakah bendanya blowpen?
Blow what..?

Harga RM18 juga.

Maka zaimi pun  bukaklah youtube, tengok macam mana kaedahnya blowpen tu berfungsi.
Bila dah agak-agak macam faham, maka zaimi pun setuju nak belikan amir set blowpen tu.

Tadaa!
Inilah rupanya blow pen itu!

Memang kena guna kuasa tiupan dan air liur.



Memang melonjak-lonjaklah si amir masa bawak balik blow pen dia tu.
Baju tak sempat bukak, dah sibuk nak meniup!
Hijaulah mak sekejap kan!



Dalam set blow pen tu, dia bagi beberapa kat yang bercorak.
Lubang-lubang di kad tu, kena tebuk sendiri.
Tolak je lah dengan jari, senang sangat dia tercabut.

Lepas tu, lekatkanlah kad tu pada medium yang kita nak guna untuk meniup tu.
Macam budak-budak ni, dia nak meniup atas kertas A4.
Jadi lekatkanlah dulu dengan masking tape.

Tak payah banyak masking tape tu, agak-agak dia tak bergerak je.
Lepas tu bolehlah proceed with the blowing job, kids!


Ha blow jangan tak blow!
Sebut blow banyak-banyak ni, teringat pulak dah lama tak pergi blow rambut kat salon 😂


Hasil blow blow si amir.
Dia tak puas hati sebab dalam banyak-banyak warna tu, warna kuning tak ada.
Dapat warna putih instead of kuning.

Entahlah amir, mak pun tak tau nak cakap apa huhu.
Mungkin silap masa packaging di kilang kot.



AYu seperti biasalah, mana boleh tak turut serta kan!
Dia pun sama meniup.



Adam lagilah, memang suka benda-benda macam ni.
Dia pun bukan main meniup.


Penyibuk nombor satu dalam rumah ni 😂


Oklah, lawalah jugak hasil blow pen ni.
Nampak lebih artistik gituu.

Haha!

Tapi dia non refillable.
Bila habis, habislah.
Kenalah beli baru.

 

19 comments:

  1. oooo meriah... mmg la bdk2 suka mende ni kan..
    bole jd kreatif jgk ni...'

    ReplyDelete
  2. Oohh mcm permainan yg tabur2 pasir tu kekdahnya ka

    ReplyDelete
  3. agak mahal eh hahaha tapi takpelah sbb nampak best

    ReplyDelete
  4. Ala.. sayangnya.. Kalau boleh refill mesti lagi seronok..

    ReplyDelete
  5. Ohh non refillable, ingatkan boleh refiil je bila dah habis.
    Nampak menarik jugakk blowpens ni hahaha

    ReplyDelete
  6. Lawa jugak hasil lukisan blow pen Adam. Boleh framekan ini :)

    ReplyDelete
  7. Cantik hasilnya. Sekarang ni macam-macam.

    ReplyDelete
  8. Waa..bagusnya anak-anak buat aktiviti gini.
    Taklah tekun depan skrin je kan.

    ReplyDelete
  9. Anak² suka, ibu bahagia. 😃👍🏼

    ReplyDelete
  10. Dah lama x jumpa mende alah ni. niceee.. nak cari kt Shopeee ah. hoho

    ReplyDelete
  11. seronok anak2 blow lukisan hasilnya cantik n kreatif

    ReplyDelete
  12. menarik2, apa lagi pasni beli sendiri kt shopee je syaz, puas la main 3 beradik tu heheheh

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan mahal juga. Kalau saya semput ni nak meniup. Tak ada kuasa tiupan. haha

    ReplyDelete
  14. boleh lah beli untuk aktiviti anak2.. takde la ngadap gajet jer kan

    ReplyDelete
  15. syaz boleh masuk frame hasil2 kerja ank2 nih..menarik sgt aktiviti depa..
    bagus semua suke seni..boleh geng dgn acik shida heheheee ^_^

    ReplyDelete
  16. aduh kenapa tetiba atie pun rasa nak p cari ni, mcm best jer

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot