Thursday, 30 September 2021

DIVA POPULAR 2 SEMAKIN BERANI, SEMAKIN PANAS, SEMAKIN PECAH PERUT!

 

Kesinambungan dari konflik diva tanah air Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud kembali sebanyak 13 episod dalam drama Diva Popular 2



Saksikan Diva Popular 2 di saluran 123, Astro dan 112, MyTV.



Kuala Lumpur – 29 September 2021. Rentetan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Jun lalu, drama bersiri DIVA POPULAR hanya sempat bersiaran selama 21 episod.

Pasukan produksi drama tidak sempat menghabiskan kerja-kerja belakang tabir demi mematuhi

perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid 19.

Drama Diva Popular 2 ini telah menemui penonton melalui slot Dramedi, bermula 25 September 2021, setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam menggantikan drama Penghulu Interim.



Drama terbitan Rumah Karya Citra, arahan Rashid Sibir ini berjudul Diva Popular mendapat sambutan luar biasa pada musim lalu kini diteruskan lagi sebanyak 13 episod. Membawa intipati yang masih sama iaitu paparan di balik tabir industri seni tempatan, kali ini Rashid Sibir menumpukan senario set penggambaran program.




Karenah yang ditonjolkan oleh setiap karakter dalam menjayakan sesebuah karya, pastinya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani oleh pihak produksi. Pengarah Diva Popular 2 ini benar-benar mengambil risiko untuk mewujudkan penceritaan sebenar sesi di sebalik sebuah penggambaran yang acap kali berlaku secara komedi.

Drama Diva Popular 2 masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama bersama Syafiq Kyle dan Jalaluddin Hassan untuk menambahkan lagi kehangatan siri kali ini.



Jika musim sebelum ni, Diva Popular menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan. Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. 



Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).


Saksikan Dramedi, Diva Popular 2 disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di  Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV.



12 comments:

  1. Kalau ada kat tv biasa (mytv) okay laa boleh layan citer ni..

    ReplyDelete
  2. teringat cerita pengantin popular dolu2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesinambungan dari pengantin popular rasanya ni. Sambung cerita ke anak anak pulak.

      Delete
  3. Hahahaa... tak sabar tunggu esok

    ReplyDelete
  4. Gandingan para pelakon yg hebat hebat juga ni

    ReplyDelete
  5. pelakon hebat otai ni
    ogy memang berlakun semua menjadi

    ReplyDelete
  6. Bahahahaa, menarik nampaknyaaa

    ReplyDelete
  7. mmg pecah perut la kalau layan diorg ni kan

    ReplyDelete
  8. Adalah juga tertengok.. kelakar..

    ReplyDelete
  9. ada sy tgk sekali hahaha memang lawak punya cerita... credit kpd penulis skrip

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE