Minuman Susu Kultur Vitagen Kurang Gula

Anak-anak aku memang peminat vitagen.
Antara banyak-banyak minuman berunsurkan bakteria baik ni, vitagen yang paling diorang suka.
Kalau Yakult ke, Nutrigen ke apa semua tu, diorang so so je.

Kalau ke pasaraya tu, mesti akan beli yang pek berkembar, yang ada 10 botol vitagen tu.
Selalunya kalau beli yang pek berkembar tu, dia campur-campur perasa.

Jangan kata budak-budak, aku pun kadang join minum sekali ahaha!
Aku paling suka yang warna hijau (perisa epal), tapi jarang sangat dapat beli yang pek berkembar tu, ada perisa epal.

Haritu saja beli yang 'kurang gula'.


Tapi rasa dia sama je manisnya.
Tak perasan pun sebenarnya tengah minum yang kurang manis. 
Anak-anak pun minum macam biasa je, tak ada pulak complaint kata tak sedap ke apa.


Dan aku perasan yang dalam pek vitagen kurang manis tu kan, ada perisa nenas.


Aku tak pernah minum lagi vitagen perisa nenas sebelum ni.
Jadi masa pertama kali minum tu memang terpejam habis dua-dua bijik mata!

Masam!
Hahaha!

Tapi sedaplah jugak.
Anak-anak tak suka, agaknya sebab masam sangat.

Eh tak, ini bukan paid review.
Hihi

Salam Jumaat ye gais!

Post a Comment

18 Comments

  1. Salam jumaat syaz .
    Eh dah lama juga tak minum vitagen ni . Zaman kanak2 dlu memang sgt suka vitagen . Boleh dikatakan hari2 minum .

    ReplyDelete
  2. Sy n anak2 pun suka minum susu kultur spt vitagen ni.

    ReplyDelete
  3. kalau ammi suka flavour LB tu.
    lama dah tak belikan vitagen atau yg seangkatan dengannya..

    dorang suka minum fresh milk skrg ni

    ReplyDelete
  4. Bagus ni untuk kesihatan perut..kalau ada masalah perut akak memang minum vitagen

    ReplyDelete
  5. betul lah akak pun suka yg apple tapi jarang sangat jumpa...

    ReplyDelete
  6. TApi kenapa yg kurang gula tu lebih mahal? Kan?

    ReplyDelete
  7. Kalau kt rumah akak..sekali beli,sekali hadap ja..licin..

    ReplyDelete
  8. Vitagen ni minum satu tak cukup.. Memang sedap. Tapi kalau minum vitagen naniey x suka yang warna putih. :)

    ReplyDelete
  9. PC pun suka vitagen ni. Harus cuba yang perisa nenas ni nampaknya.

    ReplyDelete
  10. Lama tak beli vitagen sebab lebih suka rasa yakult :)

    ReplyDelete
  11. Oh ada yg kurg gula ye..dah lama tinggai minum benda alah mcm ni sejak2 anak2 buah dah besar2 ni..depa dah xlayan,skg ape..nk minum starbuck la..tealive la,aduhai hahhaaa~

    ReplyDelete
  12. membesar dengan sihat minum susu...

    ReplyDelete
  13. slalu jgk mnum vitagen dulu. skang jarang dah..

    ReplyDelete
  14. teringat masa zaman sekolah dulu ade jual vitagen. cikgu amik order dan tunggu lah van vitagen datang..

    ReplyDelete
  15. Lama tak minum sebab bukan peminat..Wow, siap rasa nanas ek..HAHA

    ReplyDelete
  16. wah rasanya dah lama tak minum. Lebih suka rasa grape...tapi ni ada perasa nenas wah kena cari ni

    ReplyDelete
  17. Ada eh perisa nanas.. Menarik nie..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.