Tuesday, October 12, 2021

Akal Anak Nombor Dua

Amir memang sangat suka mengusik adik. Dan, kadang dia bukan mengusik. Dia jenis skema sikit. Bila ayu atau adam main tak ikut specification yang betul, dia akan membebel, dan lama-lama bebelan dia tu akan buat ayu menjerit marah atau merajuk.

Mungkin sifat anak nombor dua yang memang selalu dimomokkan dengan keunikan tersendiri tu lah agaknya. Memang jelas terbukti dengan sifat amir kalau dekat rumah ni.

Mungkin tak sama dengan anak orang lain, tapi amir punya sifat yang lain dari adam dan ayu adalah:

- Skema dan semua kena ikut peraturan, kalau tak dia akan bengang.
- Manja dan cepat tersentuh.
- Berdikari dalam bab kerja rumah. Sekali je pesan, dia akan ingat perkara tu, dan dia akan hangin kalau adam atau ayu tak buat perkara tersebut. Seperti contoh, aku pesan, botol air dalam peti ais tu kalau dah kosong, keluarkan, isi, dan simpan balik dalam peti. Dia memang buat sampai sekarang.
- Degil. Walaupun dia skema, ada sesetengah perkara dia memang kepala batu. Jenis kalau dia dah kata A, A lah. 
- Toleransi dengan omak. Dengan aku je dia boleh tolerate. Hahah
- Banyak cakap dekat rumah, dekat luar dia pendiam dan pemalu.
- Selamba. Memang kadang-kadang jenis tak makan saman.

Dan yang paling aku tak boleh tahan dengan satu pe'el dia adalah, dia suka buat aksi dan muka pelik kalau kita tengah tangkap gambar ramai-ramai. Even gambar dia sorang pun, susah betul nak suruh dia buat muka yang senonoh.



Amir jugak jenis berterus-terang. Ada sekali tu, dia mengusik adik dia dekat bawah, ayah dia marah.
Dia naik atas, dia bergaduh pulak lagi sekali dengan ayu, aku pulak marah.

Lepas tu, dalam lepas solat, aku tanya dia, kenapa amir senyap je. Sebab masa tu dia memang diam je main tablet sorang-sorang lepas maghrib.

"Amir senyaplah sebab amir kan yang selalu buat salah dalam rumah ni. Ayah marah amir. Mak marah amir. Adam taknak main dengan amir. Ayu degil dengan amir. Amir diam je la senang"

Tercengang sekejap aku.
Rupanya dalam diam, dia memendam.

Terpaksalah aku terangkan dekat dia kenapa kami marah, dan aku minta maaf sebab buat dia rasa macam tu. Lepas tu baru dia nak senyum dan main balik dengan abang dan adik dia.

Itulah akal anak nombor dua aku ni.

Omak share dekat sini sifat amir yang unik dan tegas ni sebagai kenangan 💓

12 comments:

  1. Hehe comel ja bila Amir buat muka mcm tu

    ReplyDelete
  2. eh..sama dengan ayat bujang no. 2 ammi. "let me stay quiet..no one listen to me" katanya.

    ReplyDelete
  3. ha'ah anak no 2 ni memang suka pendam je. comel lah rapat dengan omaknya.

    ReplyDelete
  4. Perangai lain sikit ye. Samalah dengan husband sy anak nombor 2, bila bergambar ada je buat muka pelik. haha..tak faham kadang.

    ReplyDelete
  5. Tiber tengok adik sendiri yang nombor dua..ahhahahaha

    ReplyDelete
  6. Sebagai anak nombor dua. Sya membenarkan semua kata2 Syaz tu, sbb DR pun rasa DR mcm Amir..ehehehe, Welcome to the Club, Amir. Saya selalu mengusik sepupu atau anak-anak2 buah yang juga anak nombor 2, sebab mmg masak dengan perangai anak kedua,. Selalu pesan kat dorg. "Jangan kasi malu anak nombor 2..hihi"

    ReplyDelete
  7. amir... amir... macam sama je dgn abg irfan.. sekali je kita bagitau dia utk buat sesuatu... ok ibu... baik je dia jawab... pastu mmg suka membebel dgn adik² jugak

    ReplyDelete
  8. Setiap anak ada karektor tersendiri.

    ReplyDelete
  9. setiap anak ada karektor yang berbeza... selalunya anak no. 2 ni nakal sket..

    ReplyDelete
  10. masing2 anak ni perangai lain2 kan..mmg xsama..teringin nk rasa perasaan yg syaz alami :)

    ReplyDelete
  11. suka membebel tu sy setuju hehehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot