Tuesday, October 19, 2021

Doraemon Kiddi Meal Marry Brown

Dalam post Sambutan Birthday Amir ke enam yang aku up kelmarin, aku ada cerita yang anak-anak dapat Doraemon sorang seketul, aku belikan dari Marry Brown. Inilah rupa Doraemon nya.

Agak surprise jugaklah yang mainan dari Marry Brown ni agak kuat dan steady rupa bentuk dia kali ni. Bolehlah dikatakan setanding dengan mainan Happy Meal McDonalds. Bukan apa, pernah juga dulu belikan budak-budak ni Set Kiddi Meal dari Marry Brown ni dulu, diorang dapat spinner, dan ada sekali dapat keretapi. Tapi memang tak tahan lama. Jatuh dua tiga kali, terus tercabut dan terbuka.

Jadi semalam masa order tu, aku memang tak expect tinggi sangat. Memang fikir, kalau dapat mainan yang biasa-biasa pun tak apalah, mainlah setakat mainan tu 'sihat'. Tapi rupanya memang ok mainan kali ni. Tahniah Marry Brown!


Dahlah tahan lasak, cute pulak tu.
Keep it up!

Eh tiberrrr nak memuji Marry Brown kan.
#bukanpaidreview

12 comments:

  1. baru je pergi MB hari tu...dia bg botol air yang takde kualiti tu... mama yan bebel kat kaunter tu...dah 3 tahun dah bagi botol air ni..kat rumah saya ada doploh. Kalau berkualiti takpe gak.. takde mainan lain ke? pastu dia bagi puzzle dengan kereta mainan kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pin pernah dapat botol air tu, memang tak bagus kan kualiti dia 😂
      Semedang air tumpah, dengan tak stabilnya ahaha

      Delete
  2. teringat dulu zaman kumpul2 patung mcm ni, tapi ayu suka happy meal mc'd. since dr anak dara...kumpul2 utk adik2. pas tu dah ada anak..kumpul utk anak plak. now dah x kumpul dah. eh ari tu je..kumpul skt yg minion tu..utk iris. he he he...

    ReplyDelete
  3. Kanak-kanak memang suka dengan figure macam ini kak. hehe

    ReplyDelete
  4. bukan budak2 jamni dh x main patung2 lagi, kan zaman gejet je nih.,. ;p

    ReplyDelete
  5. Hahahha pada # itu.
    Eh seremban ada marry brown ye? Kat mana?

    ReplyDelete
  6. Rasa nak terikut senyum sama dengan patung doraemon ni. Bagus juga jenis sturdy ni. Tahan lama sikit.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot