Pages

Search This Blog

Showing posts with label toys. Show all posts
Showing posts with label toys. Show all posts

Sunday, June 14, 2020

Barrel Pirate Mr DIY

Dua hari lepas, aku dengan zaimi pergi meronda pekan Balok ni sebab nak cari beberapa barang untuk modify grill rumah yang parents aku duduk ni sikit. Serius aku sangat rasa janggal masa keluar berdua dengan zaimi sebab sejak 18 Mac 2020, inilah first time kami balik kampung (dimulai dengan belah aku dulu di Kuantan ni).

Dahlah keluar kena pakai mask dan sentiasa sanitize tangan, keluar pun sebenarnya dalam ketakutan, dan balik rumah memang terus mandi basuh baju semua. New norm yang leceh dan merimaskan, tapi perlu untuk kita patuhi demi lawan Covid19 ni. Nyah kau covid!


Jadi, masa cari barang tu, antara kedai yang kami pergi adalah or course Mr DIY, antara kedai yang sangat banyak kat Kuantan ni selain TMG 😂😂

Jadi masa nak bayar, aku pun ternampak toys Barrel Pirate ni, dia jual murah. Dari belas-belas, dia jual RM9 je. Jadi aku fikir, why not kan, beli untuk anak-anak main kat rumah nenek diorang ni.





Cara main dia, masukkan pirate tu kat dalam lubang kat barrel tu, pusing beberapa kali, lepas tu boleh mula cucuk barrel tu dengan 24 pedang kecil yang ada tu.

Boleh buat rules samada siapa yang buat pirate tu lompat sebagai pemenang, atau yang kalah.

Masa nak masukkan pirate tu tricky sikit, sebab ingatkan dia kena ketat ke apa, rupanya tak, dia memang loose loose je masa duduk dalam barrel tu.

Abadam abamer memang main rules yang siapa buat lanun tu lompat, dia kalah. Siap imagine yang diorang tangkap lanun tu la, cucuk lanun sebab nak hukum lanun la, jadi siapa yang buat lanun lompat, maksudnya dah buat lanun jahat tu lari. 

Adik ayu pun join sama, tapi dia yang lebih-lebih. Sampai satu tahap tu, dia tiba-tiba jadi tamak, bawak lari semua masuk bilik, bengkek je abang-abang hahaha



Bila ada pedang yang dicucuk dekat lubang yang betul, pirate tu akan terpelanting keluar. Memang dah berapa kali main pun, tiap kali pirate tu terpelanting, mesti terkejut, dengan aku sekali terkejut 😂


Siapa belum pernah main, bolehlah cuba.
Menarik!
Oh ya, barrel tu ada dua function, selain jadi toys, dia juga boleh jadi tabung duit syiling.

Tapi awas, anak-anak boleh bergaduh hahahah!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.