Monopoly Hasbro Gaming Happy Meal

Menarik betul mainan dari pembelian Happy Meal si Ayu hari tu. Bagi aku, hadiah tu unik dan lain dari yang lain. Iyalah, selalunya Happy Meal kan dapat patung mainan, tapi kali ni beli Happy Meal dapat Monopoly. Ya, Monopoly permainan hartanah tu. 

Tapi tapi tapi, sangat mini ok saiz dia! 
Selebar tapak tangan aku je dia punya kotak.
Masa Monopoly ni masih dalam kotak Happy Meal, semestinya dia dibungkus dalam plastik. Masa tu aku dah rasa aneh dah masa baca nama mainan tu. Terus terfikir-fikir, macam mana permainan board game Monopoly tu boleh sebesar (sekecik?) ini? How weh?


Apa lagi terus koyakkan dengan rakus!
Ayu pun mesti hairan, apahal omak aku ni, beria pulak koyakkan plastik mainan Happy Meal guwe?

Lepas dah koyakkan, marilah kita zoom in satu per satu, apa yang boleh menjadikn mainan secemetot ini sebagai Monopoly. Ye lah, sepanjang hayat aku, samada Monopoly, Saidina atau Jutaria, tak adalah sekecil ni kan. Whole set Monopoly ni hanya sebesar sekeping duit Monopoly saiz original. Macam mana aku tak teruja? Kih kih..


Ok jadi dalam kotak yang senyum tadi, adalah dia punya board tu, geran, button / token untuk pemain dan dadu. Semuanya adalah unsur kertas. Dan saiz kesemuanya adalah mini-mini je.


Bandingkan saiz dia dengan tangan Ayu. Memang kecik sangat-sangat. Dadu dia yang kertas macam bentuk permainan tenteng tu. Perlu dilipat dan cantum dulu. Maka jadilah dadu kertas berbentuk kubus yang sangat ringan.


Tadaa sangatlah comel dadu kertas kadbod tu.
Dan memang ringan yang kalau kena kipas nombor tiga, dia boleh merayap atas lantai ditolak angin.


Perasan tak apa yang tak ada?
Ya, tak ada duit. Permainan hartanah, tapi tak ada duit. Agaknya sebab konsep dia adalah mainan untuk Happy Meal. Selalunya Happy Meal ni memang budak-budak kecil yang main. Kalau dah campur unsur duit tu, jadi lebih kompleks dan duit tu mungkin senang hilang sebab saiz dia semestinya kecil dan mini jugak kan.

Jadi cara main dia lain sikit.
Baling dadu, dan pemain akan jalankan token giliran dia ke petak yang tertera nombor dadu. Kalau berhenti di petak yang masih tak ada sesiapa yang ambil lagi, pemain ambil geran tapak tu. Kalau tapak tu dah ada pemilik. Duduk je diam-diam sampai giliran seterusnya. Kalau berhenti dekat stesyen, pemain boleh pilih nak pergi petak mana yang dia suka. Kalau berhenti dekat free parking, boleh golek dadu sekali lagi. Andai terberhenti dekat penjara, duduk dalam tu dan hilang satu giliran.

Permainan akan diteruskan sampai semua geran ada pemilik. Selepas semua geran dah ada pemilik, pemain yang ada paling banyak geran, atau nilai geran paling banyak (ni kena kiralah, parents tolong lah kot), dialah pemenang.


Ayu pun dengan tak sabarnya, tunggu abang-abang dia balik sekolah masa ni. Ye lah, main sorang-sorang tak best lah kan. Apoo main game macam ni sorang-sorang pulak kan. Jadi bila adam dan amir dah balik sekolah, aku pun temankanlah diorang main Monopoly kecil ni.

Tapi tak sampai sepuluh minit dah stop main dah. Hahaha! Kenapa?

1. Adam dan amir tak suka, sebab tak ada konsep jual beli dan duit, macam Saidina yang diorang selalu main. AMir siap cakap, macam mana amir nak buat hotel? Hotel apa kejadah kalau duit pun tak ada, nak.

2. Kecik ya amat tulisan dekat geran, memang jadi susah nak tengok dan baca. Tambahan pula font yang dia gunakan atas geran tu tebal dan melekat-lekat, agaknya kena tengok guna mikroskop baru nampak (ok gurau).

3. Sebab asik melayang segalanya kena tiup angin kipas walau sepoi-sepoi bahasa.


Makanya, duduklah si Monopoly Happy Meal tu dekat rak buku omak je sebagai hiasan. Sebab dia unik, aku tak bagi sepahkan, simpan di kotak mainan diorang pun aku rasa sayang. Jadi itulah penyudahnya Monopoly Hasbro Gaming Happy Meal itu.

Post a Comment

12 Comments

  1. ye la kalau tak de duit tak thrill la main monopoly tu kan

    ReplyDelete
  2. Comelnya..siap ada kaki & tangan..

    ReplyDelete
  3. haha..cute nya. betul. tak ada duit, tak best lah. main monopoly, saidina kena ada duit. baru best sbb nak beli hotel, rumah, geran.. hehe

    ReplyDelete
  4. main monopoly ni bole bawak gaduh silap2... macam berebut harta pusaka plak...

    ReplyDelete
  5. Monopoly versi anak anak tapi bosan pulak takde duit. Mini sangat tu kalau tulisan susah nak baca. Kena jugak beli yang besar kalau nk feel main monopoly sebenar. Haa jadi hiasan lah disitu.

    ReplyDelete
  6. comelnya.. klau anak Aini tu (umo 3 tahun) bersepah n koyak2 dah tu..hehe

    ReplyDelete
  7. wah best ni main monopoly.. cantik model monopoly ni

    ReplyDelete
  8. Akhirnya buat perhiasan. Tidak praktikal pula untuk main.

    ReplyDelete
  9. uishhh mata tak tgk monopoly tu kat atas rak gi tgk buku kehkeh

    ReplyDelete
  10. Nampak kecil dan comel je happy meal monopoly ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.