Kisah 2019 ni, lama dah. Pertama kali juga waktu ni, aku ke Zoo Mini Taman Teruntum ni. Mak dengan abah yang bersungguh ajak ke sini. Katanya diorang selalu lalu depan Zoo Mini ni masa ronda-ronda. Tapi memang tunggu cucu-cucu balik baru nak masuk dalam Zoo Mini Taman Teruntum tu.
Nak masuk dia kena bayar tiket, tapi aku tak ingat berapa ringgit. Sebabnya, masa ni abah yang meluru terus ke kaunter tiket. Dia bayarkan untuk kami semua lima beranak termasuk dia dan emak punya sekali.
Untuk ke sini, banyak kereta parkir di kaki lima jalan je. Ada juga kawasan parkir dia, tapi masa ni penuh dengan kereta. Lepas bayar tiket, masuk je ke dalam, terus nampak ada papan tanda penunjuk arah ni. Zoo Mini Taman Teruntum ni, seperti nama dialah, memang mini dan kecil je kawasan dia. Haiwan pun tak begitu banyak, dan tak adalah yang tahap endangered semua tu.
Tapi, teruknya aku, aku tak berapa nak recall haiwan apa yang ada. Sebabnya, aku asyik berborak je dengan mak, abah dan zaimi sambil mengepung ayu yang masa ni, jalan pun tak berapa nak tegap lagi. Rasanya dalam sangkar tu ada burung. Rasanyalah.
Ada juga burung unta. Kalau tengok gambar atas ni, kat belakang tu ada dua ekor burung unta jantan.
Adan dan amir masa ni dah ikut tokwan dia naik tengok haiwan yang belah atas bukit. Zoo mini ni jenis berbukit dan berlereng. Aku malas nak mendaki, terus je belok ke kiri, turun ke bawah terus hahah!
Dan penat ronda-ronda zoo mini tu, abah dan mak aku belanja cucu-cucu diorang main buih belon pulak. Masuk tengok haiwan sekejap je, sebahagian besar masa, main buih belon.
Kenapa tak banyak gambar?
Macam biasalah, kalau dah jumpa mak abah, rasa malas je nak keluarkan telefon hihi.
Itu saja lah gambar yang ada.
Balik yang terbaru ni, tak sempat lagi nak ke Zoo Mini Taman Teruntum ni. Masih tak berani pun iya jugak, takut ramai orang. Insyaallah next time boleh repeat!
16 Comments
Teringat masa kecik dulu pernah pergi zoo satu family.
ReplyDeleteSaya setuju jangan ke zoo dulu buat masa ni bimbang orang ramai nanti bukan setakat sesak, bimbang dijangkiti virus..
last saya pergi zoo ke zoo taiping, tak ingat tahun bile, tp rasanya macam dah lebih 10 tahun lepas
ReplyDeleteSonok bawa bdk2 masuk zoo...
ReplyDeleteMesti atok tunggu2 nak jalan dengan cucu. Kita pun rindu nak ke zoo, hihi
ReplyDeleteLast saya pergi sini tahun 2016. Masuk free lagi masa tu. Sekarang dah kena bayar ye. Even mini pun seronok jugak pusing pusing situ. Sesuailah untuk bawa anak jalan jalan tengok haiwan yang ada. Sekarang pun dah tarikan lain kat situ. Dulu macam sunyi sikit.
ReplyDeletehttps://www.azhafizah.com/2016/02/mini-zoo-taman-teruntum-pahang.html
Besar juga nampak tempat ni ye w/pun namanya mini zoo je :)
ReplyDeleteInsyaAllah boleh datang lagi and duk lama skit. Sekarang mmg takut klau dh nampak ramai orang datang. As long as parents seronok layan cucu tgk haiwan..hehe
ReplyDeletelast pegi mini zoo teruntum nih.... tahun 90-an.. masa sekolah dulu... 1st naik bukit pelindung...turun ke pantai TC.. lepas tu balik... singgah zoo.. lepas tu pegi pantai Teluk Sisik... kami jalan kaki.... alahaiii
ReplyDeletedulu ada mini track..shell selalu buat demo atau acara pemanduan berhemah pada pelajar sekolah..
banyak sangat kenangan kat sna.... tak tau bila lagi nk kesana.....
da lama tak masuk zoo..zoo johor je la yang pernah pergi seumur hidup ni...eh ye ke?
ReplyDeleteAlahai... cinonet ke atas dukung masa ni.... hehe
ReplyDeleteselalu pegi zoo. dgn ank2 taska
ReplyDeleterombongan
harap2 pasni blh la ada kan lg xtvt rombongan. ni
rinduuu nk jln2 dgn.
whw..syoknya g zoo..sini xde zoo..:)
ReplyDeletearitu mujur mama sempat ambil video so tau la juga binatang apa. kalau tak lupa gak mcm syaz
ReplyDeletePergi dengan budak-budak seronok sebab mereka yang teruja hendak kenal haiwan.
ReplyDeletebestnyaa dpt gi zooo. budak budak mmg sronok la dah la lama tak berjalan kan ini lah masanya
ReplyDeleteKanak-kanak dengan zoo memang excited laa bila diorang dibawa ke sini
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)