Rentetan surprise untuk birthday abah yang ke 61 tu, esoknya sambutan bersambung lagi! Hahah!
Ala, sambil-sambil mak aku nak raikan yang kami boleh merentas negeri dah, sekali dengan qada hari raya yang kami semua beraya berjauhan hari tu. Mak ada masak pulut kuning dengan kari daging, Nana pula datang sambil bawa sebuah kek coklat untuk abah dan amir potong sempena bulan birthday diorang berdua.
Aku suka icing kek ni, terutama yang warna biru muda keliling kek tu. Nampak unik pulak warna tu. Nampak menarik dekat mata aku lah kot haha. Rasa kek dia pun sedap. Mungkin yang menambah sedap tu adalah kek ni orang yang belanja 😛
Jujurnya, dapat balik ke Kuantan kali ni, aku banyak luangkan masa dengan bersembang je. Memang tak berapa nak pegang phone. Sampai gambar pulut kuning pun tak ingat nak ambil. Kah kah.. Bukan setakat pegang phone, masa Nana dan Hafis datang bawak kek ni, aku nak tukar baju elok-elok pun malas dah. Maka jadi tukang tangkapkan gambar ajelah. Wakilkan anak-anak je bergambar sekali. Emak aku dan zaimi pun malas nak tukar baju jugak masa ni.
Masa ni Hafis gelak besar sebab aku suruh bagi arahan "Ok semua sebut paksu macam anuar zain!"
Asalnya mengusik rambut dia yang dia bela panjang tu hahaha!
Lepas tu abah dengan amir potong kek sama-sama. Birthday bulan sama, patut tarikh birthday sama, muka pun sama! Kembar tua dan muda namanya. Hehe..
Semoga sihat selalu amir dan abah 💓
happy family
BalasPadamhappy besdayy utk keduanya
happy birthday to both of them. Moga sentiasa sihat dan happy kedua2nya..
BalasPadamWah, umur abah sama dgn saya 61. Sanah helwah buat abah. Sihat dan ceria itulah kurniaan paling berharga buat warga emas spt kami...
BalasPadamSanah helwah..
BalasPadamMeriah..hihi..
BalasPadamHepi birthday Amir dan Uncle. Kalau dah jumpa famili memang Hp letak tepi
BalasPadamAlhamdulillh .dapat juga berkumpul bersama sama keluarga . Meriah
BalasPadamHappynya cucu jumpa tok abah..selamat hari lahir pada abah anda ya
BalasPadamwahh bestnya celebrate birthday..
BalasPadammmg nmpk menarik kek tu.. hehe
happy birthday abah n amir!
wahh..ada bang nuar celup ya di rumah
BalasPadambestnya dapat kumpul celebrate dekat rumah. Dapat lepas rindu dah lama tak berjumpa sebab pkp. Happy belated birthdaay tok wan & amir
BalasPadamhappening majlis potong kek.. Happy Birthday buar Amir dan Abah syaz
BalasPadamhappy belated birthday buat amir dan abah..
BalasPadamSeronok semuanya. Nak tergelak sama tengok gambar yang dikatakan rambut macam anuar zain tu. Kembar atok celebrate sama-sama :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.