Saturday, January 15, 2022

Lambakan Daun Limau Purut

Kisah minggu lepas. Hari tu zaimi tebas sikit pokok limau kami. Punyalah tinggi sampai dah masuk paras tingkat dua. Jadi, zaimi pun pangkas la.

Punyalah banyak daun. Offer dekat jiran-jiran kot ada sesiapa yang nak, tak ada pulak yang sudi. Agaknya orang sini tak masak tomyam atau paprik. Masak lomak cili api je agaknya. Nak buang, sayang pulak. Wangi dan gebu aje rupa daun-daun tu.

Pengakhirannya, bagi dekat kedai runcit. Suruh kedai runcit yang sedekahkan, kalau ada yang nak.

Pokok limau kitorang memang selalu berdaun lebat macam ni. Ada sekali tu, kitorang tak tanya, terus aje buang. Segar-segar elok-elok macam tu. Sebab tinggi sangat dah!

Jadi nak tanya kalian, kalau daun limau banyak-banyak macam ni, selalu apa yang boleh dibuat ye selain sedekah dan jual? Fenin ah SR! Haha!

14 comments:

  1. Bertuah lah jiran2... takyah beli!

    ReplyDelete
  2. Ammi kat KL ni kena berbeli...pastu ammi basuh bersih frozenkan. mahal wei sebungkus kecik je dah singgit.

    Daun limau ni kalau mayang halus tak wangi macam bunga rampai ke? tanya je sbb kita pun tak pernah hadap situasi lebihan melampau gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi-wangi bau limau limau la, ammi kot.
      sedap jugak ek. aida suka aroma citrus.

      Delete
  3. Peliknya kalau tak nak. Kalau saya ambil je dan simpan elok2 dalam fridge.

    ReplyDelete
  4. frozenkan je, bila nak pakai amik ygb dlm peti ais. tahan lama jugak.

    ReplyDelete
  5. kalau ambil banyak kat kampung saya frozenkan. Kalau dah banyak sangat tu elok juga letak kat kedai. Takpun pek kecil kecil bagi orang atau jual.

    ReplyDelete
  6. Pack dalam plastik...pas tu sedekah atau jual je kat kedai2 runcit..kalau tau rumah kat mana dengan x malu pi mintak..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Simpan dalam peti @ frozenkan tahan lama juga daun limau purut ni

    ReplyDelete
  8. bagi aida, kalau byk sgt, sedekah.
    pack dlm plastik kekecik. kasik ofismet.
    bila da dpt, akan timbul la idea diorang nak masak pe.
    tomyam. paprik, dan sebagainya.

    pokok aida da mati.
    sebab tanah luar rumah tu kurang subur, berbatu :(

    ReplyDelete
  9. Suka betul Sha daun limau purut ini..
    Boleh jual dekat kedai tomyam.. diorang mesti nak guna banyak..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot