Review Buat Popcorn Guna Popcorn Maker

Kelmarin, masa SR tengah rehat sambil scroll Facebook, tiba-tiba lalu iklan Popcorn Maker. SR pun tunjuk dekat ayu dan amir. Rasa macam seronok pulak kami tengok video iklan popcorn maker tu. Amir pun kenen-kenen kata suruh SR beli.

SR pun sajalah intai di shopee, eh! Tak adalah mahal sangat rupanya! RM30+ aje. Apa lagi, terus order! Yang syok tu, seller yang SR beli tu, laju gila dia pos! Semalam juga terus sampai. Anak-anak memang tak sabar-sabar nak cuba.

Asalnya SR taknak buka lagi kotaknya. Tapi, kesian pula tengok anak-anak berharap kan. SR pun buka. Itulah kisah sampai jadi popcorn macam dalam gambar di bawah ni 😁

|Review Popcorn Maker|

Ok sebelum tu, mari SR tunjuk, apa yang ada dalam kotak yang anak-anak SR tak sabar-sabar nak buka tu. Semestinya ada kotak yang mengandungi popcorn maker ni. Tasty popcorn in under 3 minutes katanya uolls.




Nampak tak ada macam mangkuk kecil kat atas tu? Ha.. untuk sekali buat, letak kernel jagung sebanyak semangkuk kecil tu aje.

SR beli ni pakej. Ada sekali dengan serbuk karamel, kernel dan pop oil.

 



Popcorn tu memang kena buat guna mesin dia tu. Karamel dia, kena masak. Seller pun ada bagi video cara masak karamel tu. Tak susah sangat pun, memang sekejap aje boleh siap. Lepas tu, gaulkan cepat-cepat dengan popcorn tu sebelum dia mengeras.

Popcorn yang terhasil dari kernel tu sendiri memang tawar. Tak ada rasa apa-apa. Tapi! Karamel dia sangatlah sedap baq hang! 

SR kongsikan video masa SR dan anak-anak guna popcorn maker ni. Tengoklah betapa riangnya anak-anak. Maklumlah, masing-masing pertama kali nampak popcorn terhasil depan mata! Sebelum ni, kalau nak makan popcorn, semua beli aje. Omak diorang ni tak adalah rajin sangat nak buat popcorn guna periuk sebelum ni. Haha!
 

Oh ya, SR beli dari seller ni. 

SR nak tekankan, SR bukan buat paid review ya. Sebarang urusan dengan seller ni, di luar tanggungjawab SR. Tapi, SR memang puas hati dengan seller ni, dan popcorn maker ni! Hehe!

Selain dapat makan popcorn buatan sendiri, aktiviti buat popcorn bersama-sama dengan adam, amir dan ayu ni sangatlah menyeronokkan kami. Pengalaman baru kan. Moga tersemat dalam ingatan anak-anak kenangan kita buat popcorn bersama-sama ni ya anak-anakku!

Happy weekend semua!

Bila last makan popcorn?

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comel alat buat popcorn.
    Lagi bagus sedia semua bahan. Tinggal buat bersama-sama.

    BalasPadam
  2. BELI LENGKAP SEMUA KAN N MENJADILAH POPCORNNYA

    BalasPadam
  3. Wahh mesti suka anak2 syaz
    dpt mkn popcorn hasil sendiri

    BalasPadam
  4. Sangat menarik ni. Dulu teringin buat popcorn tapi macam leceh. Ada popcorn maker ni senang kerja sikit. Okay add to cart dulu. TQ share :)

    BalasPadam
  5. ada jugak ternampak aritu tapi tak berani nak beli... kang takut gunanya sekali dua je pastu simpan dalam kotak je

    BalasPadam
  6. Kecik comel je. Abah dulu ada mesin popcorn yang besar tu. Hari hari dulu makan popcorn..hahhaa

    BalasPadam
  7. Wah! sangat mudah guna popcorn maker ni ya.
    Rasanya sedap tak

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad