Kisah November 2021.
Masa ni, SR dapat arahan untuk scan buah pinggang di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, oleh doktor yang merawat SR di Klinik Kesihatan Senawang. SR memang ada routine check up di Klinik Kesihatan Senawang sejak Jun 2021 sebenarnya.
Jadi, doktor minta SR check kondisi buah pinggang SR, sebab beberapa kali bacaan tekanan darah SR tinggi.
Pagi-pagi lagi SR dah minta zaimi hantarkan SR. SR malas nak drive, dan malas nak cari parking. Serius malas.
Jadi bila sampai, SR menunggu giliran untuk ultrasound. Tak lama pun, dalam 10 minit aje SR menunggu, dah dipanggil.
Yang SR rasa lawak, proses ultrasound tu tak sampai pun 5 minit. Alhamdulillah, buah pinggang masih ok dan cun, bak kata doktor (kot?) yang scan tu. Selebihnya, SR berbual dengan dia pasal buah pinggang dan kenapa perlu di scan jika detect darah tinggi. Alah, tu pun dalam tiga minit.
Kiranya, tak sampai setengah jam pun SR dekat dalam HTJ tu. Rugi mohon cuti. Kah kah.
Jadi, SR pun geraklah pergi ke bus stop yang zaimi drop SR tadi. SR pun call zaimi. Alkisah, dorang empat beranak baru sahaja nak makan sarapan. Tak sangka SR dah siap. Zaimi kata, kalau dia tahu tak lama, baik dia tunggu aje dalam kereta dengan anak-anak.
Tergelak-gelak kitorang. Lucu pula sebab sekejap betul dah siap! Patutnya bersyukur! Jangan tiru perangai SR ye!
Zaimi kata tunggulah, tak perlu naik Grab. Dia akan datang balik untuk jemput SR.
Jadi sementara tu, SR pun menengok-nengoklah sekeliling. SR memang tak pernah ke sini siang-siang. Adalah sekali dulu kena tahan wad, tapi sekejap sangat sebab SR minta tukar ke Hospital Putrajaya. Jadi memang SR tak berapa tahu apa sangat tentang HTJ.
Depan bus stop yang SR duduk tu, ada Wad Bersalin.
Wow!
Besar betul!
1 building tu untuk wanita dan kanak-kanak sahaja. Terbaik!
Nampaklah beberapa ibu dukung baby jalan masuk kereta. Fikir dalam hati, seronoknya dapat baby. Teringin pulak. Tapi! Bila mengenang perjalanan nak membesarkan anak sehingga dia dah tak berjaga malam lagi macam ayu, buat SR tersedar. SR dah bincang dengan zaimi, anak tiga cukup dah. Haha!
Faktor paling utama adalah, SR ada kencing manis. Dan kalau bersalin, confirm akan ceaser kali ketiga. Takut. Dan serik.
Tengah berangan-angan tentang baby baru, tiba-tiba datang Shuttle Bus HTJ berhenti depan SR. Tanya makcik sebelah yang tengah beratur nak naik, mak cik nak naik sampai mana? Niat nak tahu, shuttle ni mana route dia.
Makcik tu kata, dia nak naik sampai parking dekat bawah tu aje. Dia datang dengan kereta, park dekat parkir hospital untuk pelawat yang dekat bawah bukit tu.
"Ooo..." Panjang SR punya O. Rupanya taklah susah kalau datang bawa kereta sendiri. Tak perlu panjat bukit untuk ke sini. Naik saja Shuttle Bus.
Dekat bus stop ni juga memang ramai yang naik grab. SR rasalah.
Bila dah bosan duduk, SR pun bangun tengok laluan bas percuma yang ada diletak dekat tepi bus stop tu. Jauh juga perjalanan bas percuma tu. Bagus sungguh inisiatif bas percuma ni. Ramai juga orang-orang tua yang naik bas-bas percuma tu. Tak payah diorang nak jalan jauh-jauh kan.
Itu sajalah kisah SR ke HTJ.
Memang betul-betul secebis kisah. Tak sempat berpeluh, dah sampai rumah semula.
Hihihi
Terbaik HTJ!
Alhamdulillah ...semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
BalasPadamBagusla ada suttle bus macam tu...Tak adalah nak menapak sampai ½ nyawa..hihihi
semoga perkara baik macam ni dijadikan penanda aras untuk hospital dan jabatan kerajaan yg lain juga
Alhamdulillah urusan cpt selesai moga syaz sht tiasa jaga kshtn diri
BalasPadamSepatutnya :
BalasPadam1. Tak payah ambil cuti pun tak apa
2. Zaimi tunggu pun tak apa
3. Drive sendiri pun tak apa, sebab boleh park kat bawah dan naik shuttle bas.
Hihihi. Macam tulah kan, belajar dari pengalaman, jadi, lain kali dah tahu. Semoga SR diberi keafiaatan.
Bagus ada hospital sebegini, siap ada shuttle bus lagi.
BalasPadam2017 Byk kali dtg spital.ni sb ipar sakit dan berkampung dkt sblm jga kat sini.
BalasPadamalhamdulillah Syaz ok semuanya
buahpinggang risau jg kan
Ciknur takit sb pengalaman jga arwah ayh kena dialisis dulu
Alhamdulillah. Moga diberi kesihatan yang baik selalu.
BalasPadamalhamdulillah lega semuanya masih ok SR, jaga diri dan kawal makan jgn jadi macam akak yang darah tinggi dah teruk ni
BalasPadamLama tak datang hospital ni...
BalasPadamAlhamdulillah buah pinggang cun hehehe...
BalasPadamMrs. A dah banyak kali pergi HTJ nak parking dekat-dekat memang in your dream gittewww...
Alhamdulillah, semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
BalasPadammcm abe kie ni dah jadi pengunjung tetap klinik kesihatan daerah angkara comobiditi... huhuhuh...
BalasPadamAlhamdulillah..semangat nak datang hospital checkup kalau sebegini cepatnya. Jarang berlaku cepat macam ni, biasa appt abah saya dari pagi membawa ke tengahari walaupun dalam kategori warga emas. Syukurlah tak berlamaan dan result ok. Dulu masa arwah abah mentua masuk wad lama sebelum wad IKN, selalu parkir kat sebelah bangunan wad bersalin tu. Tak jauh berjalan ke wad. Baru tahu ada shuttle bas. Jenuh jugak kan kalau parkir jauh tu.
BalasPadamBestlah ada perkhidmatan bas percuma.
BalasPadamOooo.. saya pulak yang Ooo.. Hahaa..
BalasPadamNice one.. ada bas disediakan.. First time tahu.. ada camni ekk.. Huhu.. Kalau kat Universiti tu tahulah... huhu
Syukur alhamdulillah xde apa2 yang memudaratkan...
BalasPadamAlhamdulillah..semua ok..jauh jg tempat parking, bagus ada shuttle bas..takle penat nak jalan jauh..
BalasPadamalhamdulillah semuanya dipermudahkan.. semoga syaz dalam keadaan yg sihat sentiasa
BalasPadamjarang-jarang berlaku masuk dalam and keluar in less than half an hour...
BalasPadamAlhamdulillah...semuanya ok
BalasPadamAlhamdulillah.. seronok dengar keputusan baik nie..
BalasPadamSemua urusan SR lancar je hari ini ye.. Bagus perkhidmatan yang diberikan hospital..
Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.