SR Di Sitcom 90s

SR gaya 90s SitCom oleh Gemini


Hai semua! SR sibuk sangat dari hari Rabu lepas. Kami sibuk mengemas, membaiki dan buat apa yang patut dekat rumah kami di Senawang. Maklumlah, bulan 10 ini kami sekeluarga ada perancangan nak berpindah semula ke sana. 


Selamat tinggal Kajang! Cuma sekarang ini kami tengah tunggu Amir selesai ambil peperiksaan UPKK dulu.


Sejak beberapa hari ini, banyak entri blog yang SR muat naik adalah yang jenis umum sahaja. Harap anda semua selamat membaca entri auto publish itu ya. Bab blogwalking pula, jujur SR cakap memang tak larat lagi buat masa ini. Nanti bila rasa penat berjalan dan mengemas ini dah hilang, SR singgah ke blog kalian ya.


Bila sebut pasal renovasi dan persediaan pindah rumah ini, memang penat badan dan penat otak. Mana tidaknya, banyak duit keluar!


Jadi, untuk hilangkan penat, tadi SR saja buka platform Gemini. Rupa-rupanya ada gaya terbaharu untuk generate image, iaitu gaya sitkom 90-an (90s sitcom style). SR sebagai seorang peminat tegar siri Friends, tentulah teruja nak cuba!


Cara buatnya mudah sahaja. Prompt asas sudah disediakan, jadi SR cuma adjust sedikit mengikut situasi. Di bawah ini SR kongsikan antara gambar yang SR berjaya hasilkan guna prompt tersebut. Kelakar juga hasilnya, muka dahlah tak sama 100%, ikut mung lah Gemini haha!












Itu sahaja perkongsian SR buat masa ini. Selamat berehat dan bercuti buat anda semua. Salam Merdeka!

Catat Ulasan

14 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    BalasPadam
  2. Salam merdeka syaz... ooo tgh bz mengemas nak pindah blk senawang ye.. haha ok² nnt bole buat gathering ngan blogger n9 plak 😜

    BalasPadam
  3. ingatkan betul la tadi pernah masuk sitcom tahun 90an... rupe2 nye... hahaha

    gambar last tu mcm real...

    BalasPadam
  4. Selamat mengemas, berehat & kembali bekerja SR. Have a nice day!

    BalasPadam
  5. Ooo SR pun nak pindah juga ke? Moga dipermudahkan semua urusan SR yaaaa

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Merdeka ke 69!

    Jangan lupa singgah blog Cie dah announce pemenang top komentator.

    BalasPadam
  7. Mengemas dan pindah rumah memang penat. Nasib baik ada Gemini Ai boleh menjelma dlm banyak keadaan, hihi

    BalasPadam
  8. Selamat mengemas SR. Faham, yang renovate kecil2 pun penatnya lain macam, inikan pula nak pindah kan. Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik dan berpanjangan hendaknya. Allahumma amiin.

    Comel la SR dalam Siri F.R.I.E.N.D.s..

    BalasPadam
  9. Warna warni betul gambar-gambar ala-ala versi FRIENDS. Semoga dipermudahkan urusan mengemas dan pindah rumah.

    BalasPadam
  10. Kalau Gemini nih memang suka2 dia generate gambar. Baguuus tapi wajah sering tak sama 🤣🤣.

    Aiiiih rindu pula pakai jaket parasut tuh 😄. Sempat punya dulu zaman sekolah

    BalasPadam
  11. haihhh biar betul chandler bing masih hidup lagi
    hahahhaah
    terbaik laa
    kreatiffff

    BalasPadam
  12. Kak SA terlepas entry ni rupanya..tgh MC ni so nak BW...rupanya Syaz peminat siri FRIENDS...cantik2 prompt tu semua..

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad