Cenderahati Dari Sabah

Balik aje dari pejabat tadi, ada sebuah kotak telah diletakkan di dalam pagar oleh rider courier. Kesian kotak tu, kebasahan dalam hujan dia menanti SR sampai di rumah haha!

Rupanya, kiriman dari mak dan abah SR dah sampai. Ole-ole yang diorang belikan untuk kami lima beranak sewaktu diorang bercuti ke Sabah bulan lepas.

Adik lelaki SR yang belanja diorang ke sana. Nak harap SR, entah bilalah mampu nak bawa orang tua pergi holiday. SR teruskan sponsor bab-bab lain ajelah seperti rutin kebiasaan, aci tak?
Marilah berhuhuhuhu.

Berbalik pada cerita, dalam kotak tu ada satu set butang baju melayu mutiara, ada face mask extender mutiara, gelang tangan budak perempuan untuk ayu, juga ada mutiara, dua aksesori tudung, sebuah pelekat magnet untuk peti ais dan tiga penanda buku untuk adam dan amir.

Terima kasih kepada emak dan abah SR yang ingat juga pada keluarga kecil kami sewaktu sedang explore Negeri Sabah. Terima kasih juga untuk adik lelaki SR sebab menggembirakan hati emak dan abah. Serta terima kasih buat adik perempuan SR juga sebab berpayahan dia tolong pos kan barang-barang tu semua.

Maklumlah, kami semua tak dapat lagi nak balik ke Kuantan buat masa ni. Kes agak tinggi, risau. Huhu.. 



Terima kasih sekali lagi!

+++

Seronok kan dapat hadiah?
😁

Post a Comment

9 Comments

  1. Macam-macam hadiahnya. Cantik semuanya.

    ReplyDelete
  2. Untunglaaaaaaaaaa..... (jeles)

    ReplyDelete
  3. AYAH BUNDA TIASA INGAT ANANDA N CUNDANYA KAN

    ReplyDelete
  4. Tanda ingatan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki dari sabah tu.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya cenderahati dari sabah ni . Tahniah rezeki

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..banyak dapat ole² tu. Tak dapat pergi, merasa ole² pun dah cukup happy kan :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.