Masa ayu bawa balik ice cream Marshmallow ni haritu, terus SR ambil dan belek-belek. Sebab bagi SR, macam unik pula nama makanan ni. Macam gabungan dua benda.
Ice cream dan marshmallow.
Aiskrim kan sejuk selalunya. Tapi apa yang SR tengok, tak ada secebis ais pun. Suhu pun biasa-biasa suhu bilik je.
Bukanlah suhu beku macam aiskrim yang normal.
Rupanya, cuma marshmallow yang diletak dalam kon aiskrim aje. Terus dia letak nama ice cream marshmallow 🤣
Ayahny pulak, segala mak nika yang anak perempuan sorang dia mintak, semua dia belikan kalau ke kedai.
Ada sekali tu bawak balik lolipop unicorn berlampu.
Ada sekali tu bawak balik gula-gula bentuk lipstik.
Ini bawak balik ice cream marshmallow yang tak ada secebis ais pun 😅
Rasanya ayu kata sama aje macam marshmallow biasa, cuma dalam kon.
SR tak tau sebab tak rasa. SR tak berapa nak gemar makan marshmallow. Lembik-lembik bila masuk dalam mulut, liat tak liat, putus tak putus. Tak kena dengan tekak 🤣
Haih macam-macam lah ayu ni...
9 Comments
Laaaa...patut la dok intai tak nampak berair pun..rupanya 'bukan' ice cream🤣
ReplyDeleteLama tak dengaq perkataan "mak nika"..
oh... ingtkan aiskrim betul... rupanya marshmallow letak dlm kon aiskrim... hahaha... kena scam auntie ni ayu... hahaha
ReplyDeletetak pernah tahu pun eskrim ni haha. nanti kena gi cari ni
ReplyDeletehahaha.. patutlah kita tak nampak cam aiskrim pun, rupanya, bentuk macam kon ais krim ya.
ReplyDeleteTipah tertipu pulak. Mudah dorang buat kerja nak jadikan daya penarik. Pandai buat marketing. hehe...
ReplyDeleteapa pun rasanya janji sedap kan ayu
ReplyDeletealaaa kena scam! Kenapa dia tak letak nama marshmallow kon
ReplyDeleteAyah dengan anak perempuan selalu macam tu.
ReplyDeleteeskrem ni confirm tak cair hihi..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)