#throwback
Assalamualaikum wbt...
Akhirnya penantian kita semua selama behari-hari berteka-teki tentang siapakah gerangan Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh telah terjawab. Sekalung tahniah saya ucapkan buat DS Anwar Ibrahim atas lantikan. Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab di bahu Dato Seri amatlah besar sekarang.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya Dato Seri!
Berbalik pada tajuk SR, entry throwback pada hari ini, SR nak kongsikan kisah kami sekeluarga melawat Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah pada hujung Oktober 2022 yang lepas.
Asalnya memang tidak merancang pun mahu ke Istana Seri Menanti. Tujuan asalnya pada pagi hari kejadian, SR dan zaimi nak bawa emak dan abah SR bersarapan di Kodai Makan Ain, Seri Menanti Kuala Pilah memandangkan mereka ada di rumah waktu tu. Kebetulan pula, mereka tak pernah lagi ke Kodai Makan Ain.
Jadi, why not kan?
Gerak anak pagi-pagi Sabtu tu, dah bersiap semua, terus sahaja kami bertolak ke Kodai Ain tu.
Sesampai sahaja dekat Kodai Makan Ain, orang memang dah ramai seperti yang dijangka, tapi masih ada lagi tempat duduk di kawasan dek belakang. Masing-masing pun ambil makanan apa yang hendak dimakan. Selepas dah ambil makanan masing-masing, kami pun pilih meja yang agak ketengah sedikit. Tapi masih dapat pemandangan yang indah tu.
Tujuan ambil gambar makanan atas meja ni sebenarnya sebab takut lupa apa yang diambil. Sebab nak bayar terus, barisan agak panjang, tuan kedai memang suruh duduk makan dulu. Pelayan yang datang ambil order air pula memang tak kirakan siap-siap jumlahnya. Jadi tangkaplah gambar dahulu sementara semuanya masih belum kena ngap!
Bukan apa, risau pula jika ada yang kita makan tapi tak ingat waktu hendak bayar, benda masuk dalam darah daging ni, risau juga kan.
Makanlah masing-masing sambil berborak-borak. Si Ayu tu dah terciduk sebenarnya. Dia beria-ia nak makan maggie goreng, tapi rupa-rupanya maggie goreng tu tak berapa sedap pedas. Frustlah dia tak dapat makan maggie tu. Akhirnya ayu makanlah juga kuih dan sedikit nasi lemak.
Abah SR pula memang melepaskan dendam dia. Dia kata nak makan itik. Asalnya masa perjalanan ke Kodai Makan Ain, dia nampak dah ada banyak gerai yang jual itik salai di tepi-tepi jalan. Itu memang senario biasa di jalan Seremban ke Kuala Pilah.
Tapi bila dia tanya, kebetulan semua yang dalam kereta, tak makan itik. Hahaha! Nasib baik di Kodai Makan Ain ni ada menu rendang itik. Apa lagi, dia terus ceduk masuk pingganlah!
Habis makan, abah SR bawa cucu-cucu dia meronda sekejap. Sementara SR, zaimi dan emak SR nak habiskan makanan kami yang masih ada.
Sempat jugalah abah SR beli sebekas ponganan cair.
Selesai bayar, kereta terus gerak untuk balik rumah. SR dengan emak dah rancang nak pergi beli lauk pula. Emak kalau ada dekat rumah SR, memang seronok gilaaa lah SR. Emak SR rajin masak untuk kami, SR kata tak payah pun, dia berkeras nak masak. Takkan nak tolak rezeki kan? Haha!
Tapi, sebaik saja muncung kereta kami menjulur nak belok semula ke Senawang, entah dari mana dan siapa yang sebut, nak tengok istana.
Terus zaimi kata Ons!
Terus tak jadi belok ke Senawang gais... Terus sahaja menuju ke Istana Lama Seri Menanti! SR dahlah pakai tak semenggah! Huwarghh!
Tak apalah, haa jom.
Tak sampai 15 minit perjalanan dari Kodai Makan Ain, kami pun tiba di Istana Lama Seri Menanti ni. Anak-anak SR teruja ya amat. Sebab walaupun dekata sahaja dengan rumah, tak pernah pula kami bawa diorang ke sini. Keh keh keh...
Dulu, dalam tahun 2010, SR ada datang ke Istana Lama Seri Menanti ni dengan zaimi dan adik-adik SR. Masa tu, dalam istana ni penuh dengan perabot dan hiasan. Cantik dan sangat meriah. Terasa betul suasana istana zaman silam (dah macam iklan Adabi).
Nantilah SR cari kalau ada gambar-gambar lama SR di sini.
Tapi, lawatan kami pada Oktobe 2022 ni, lain pengalamannya.
Perabot dan barang-barang dalam istana semuanya telah dikeluarkan. Sangat berbeza dengan 2010 dulu. Kata pegawai yang ada di situ, dalaman istana lama ni sedang dalam proses pembaikan.
Hanya ada beberapa ruang sahaja yang pengunjung boleh masuk.
Rumah lama di belakang istana |
Di bahagian bawah ada beberapa kenderaan seperti pedati lama macam ni. Dan kalau jalan terus lagi ke belakang, ada kedai kopi. Kedai kopi yang ala-ala hispter. Ala SR tak ingat pula nama kedai kopi tu. Sesiapa yang hendak kupi-kupi di istana, bolehlah datang ke Istana Lama Seri Menanti ni.
Ayu sibuk nak naik atas, tak sabar-sabar dia nak naik. Sebab dia nak tengok princess. Bila nenek dia kata, "Dalam istana ni mana ada princess, ayu..."
Terus dia kata nak tengok hamba pulak.
😅
Serba salah SR dan emak SR nak jawab dibuatnya!
Ada beberapa poster diletakkan di kawasan yang dibenarkan masuk. Kalau tak silap SR, tempat yang keluarga SR bergambar ni adalah ruang makan.
Dah naik tingkat satu, masing-masing nak naik ke tingkat dua pulak!
Haa marilah memanjat tangga ke tingkat dua. Di tingkat dua ni, ada tangga yang sangat curam menuju ke tingkat 3, dan ada tangga curam lagi ke tingkat 4 pula. Memang sangat curam tau! Pihak penjaga istana pun siap letak poster peringatan jika hendak naik tangga ini.
Tak boleh pakai stokin.
Dan harus pegang pemegang tangga.
SR dan emak memang surrender awal-awal. Tak nak dan tak daya lutut SR nak memanjat sampai ke atas dengan tangga yang curam tu. Kami tunggu sahaja di tingkat dua sambil melihat pemandangan. Bila lagi nak feeling feeling macam puteri raja kan melihat rakyat jelata dari balik jendela? Hehehe...
Abah SR bawa adam dan amir naik ke atas. Ayu nampak, teringin juga. Zaimilah yang bawa dia ke atas tu.
Dah puas meronda dalam istana, kami pun turun. Niat memang nak balik dah ni. Nak pergi beli lauk!
Tiba-tiba zaimi ternampak pula papan tanda kecil ni.
Dah dia ajak anak-anak main congkak pula. Rupanya, di bawah istana ini ada sebuah kedai cenderahati. Selain menjual barang cenderahati, barang-barang antik dan klasik, kedai ni juga boleh menyewakan peralatan untuk bermain permainan tradisional di sekitar kawasan istana.
Antaranya seperti congkak, batu seremban, baling tin dengan selipar, senapang buluh, ceper dan ada beberapa lagi. Tak mahal pun, RM1 sahaja seorang. Bagi SR amat berbaloi harga tu dengan pengalaman yang dapat diberi pada anak-anak generasi gajet ni. Macam anak-anak SR lah! Asyik dengan tablet masing-masing, sekali-sekala kita dedahkan pula dengan permainan tradisional macam ni. Bagi kenal sikit asal-usul diri tu. Haha...
Kedai cenderamata tu kecil aje, tapi barang yang dia jual boleh tahan juga banyaknya.
Ayu SR belikan dia buluh yang tiup keluar bunyi burung tu.
Adam dan amir pula, Tok Wan dia belanja pistol kayu seorang sepucuk. Yang pelurunya guna getah tu. Punyalah seronok tembak-menembak si dua ketul tu sampai ke rumah. Sayang betul masing-masing dengan pistol kayu baru diorang!
Adam dan amir masing-masing dah pasang hajat, nak datang lagi ke Istana Lama Seri Menanti ni. Tujuan utamanya, mereka kata nak beli senapang kayu pulak! Yang lagi panjang dan besar dari yang Tok Wan dia belikan tu. Selain tu, nak main baling tin katanya. Sebab masa pergi ni, kami tak sempat nak main.
Nak kejar masa untuk beli lauk, emak SR dah bising, dia nak masak!
Hahaha!
Pengalaman yang menarik ni utk anak2 SR... Akk pergi dulu tutup utk reno, sblm PKP rasanya. Dapat ambil gambar dari jauh saja
BalasPadamCantik seni bina instana. Kemas lagi tu.
BalasPadamsedapnya buleh pi tengok istana lama mcm ni. sejarah memberikan seribu nostalgia kpd kita..
BalasPadamWow.. Best tempatnya walaupun ada bahagian yang tutup.. Bagus juga dia sediakan mainan tradisi dengan kadar sewa yang berbaloi.. Inilah peluang anak-anak bermain permainan lama..
BalasPadammemang cantik betul pemandangan dekat kedai makan tu lah SR, seronok betul menikmati makanan sambil layan pemandangan. Cantik terjaga istana seri menanti tu ya, bagus ada macam-macam permainan lama disediakan, cuma itulah nak naik tangga banyak-banyak tu malas jugak. Cantik sangat baju gaun Ayu
BalasPadamistana ni antara istana plg cantik bg sy. dah lama teringin nk ke sini. apakan daya belum ada rezeki lg
BalasPadamBagus idea ambil gambar makanan sblm bayar👍 boleh follow..hihihi
BalasPadamIstana ni antara yang saya ingin lawati tapi belum sampai.
Dulu masa sekolah rendah...cover buku teks Sejarah Darjah 4 ada gambar istana ni
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.