Anak Dirujuk Ke Pakar Mata Untuk Pakai Cermin Mata

Assalamualaikum wbt

Hello Disember. Tahun ni terasa pantas kan? EH tetiba dah masuk bulan 12. Harap kita semua terus cekal menghadapi hari-hari mendatang.

Kalau ada yang masih ingat, Jun 2022 hari tu, SR ada ceritakan tentang anak SR, ayu, dirujuk berjumpa dengan pakar mata di hospital sebab tidak lepas pemeriksaan ketika check up umur 4 tahun. Jadi, masa dua temujanji pertama dengan pakar mata tu, doktor pakar berikan tempoh enam bulan lagi untuk putuskan keadaan mata ayu samada perlu pakai cermin mata atau pun tidak.

Jadi, beberapa hari lepas adalah temujanji Ayu yang ketiga dengan doktor pakar mata tu. Kiranya temujanji penentuanlah.


Seawal pagi lagi SR, zaimi dan ayu dah sampai. Lagi pun, temujanji ayu adalah pada pukul 8 pagi. Sampai sahaja terus ambil nombor, buat bayaran RM5 di kaunter hasil dan tunggu giliran. Zaimi turunkan SR dengan ayu dulu, kemudian pergi cari parking. Alhamdulillah tak payah SR dan ayu nak jalan jauh-jauh.

Bila menunggu tu, nombor giliran ayu dipanggil agak lambat. Tapi kami faham, hospital kerajaan, pesakitnya ramai. Kami tunggu sahajalah. Ayu pun dah tak tentu rasa. Kejap dia gelak, kejap dia takut.

Dia masih ingat pengalaman temujanji dia dengan doktor pakar mata tu yang pertama dan kedua dulu. Dia masih ingat yang mata dia dititiskan ubat, dan ditembak dengan angin.

Bila dia teringat, dia takut. Bila dia dah leka, dia gelak-gelak bersembang.


Bila nombor giliran ayu dipanggil, Ayu masuk ke bilik optometris dengan zaimi. SR tunggu di luar. Sebab kami dah boleh agak, ayu mesti akan menangis dan meronta sedikit. Biarlah ayah yang teman, Ayah lebih kuat nak pegang dan dukung dia.

Memang tekaan SR dan zaimi tepat. Dari luar, SR dah dengar suara ayu meraung sekuat hati. Lama jugalah nak membodek dia agar dia benarkan optometris tu titiskan ubat mata dekat dia. Bila dah berjaya, zaimi pun bawa ayu keluar. Memang dah berdukung.


Tujuan titiskan ubat tu adalah untuk kembangkan bebola mata ayu. Jika tak silap SR lah, pada yang lebih arif mungkin boleh kongsikan di bahagian komen.

Jadi, perlu masa dalam 30 minit sebelum masuk semula untuk prosedur seterusnya. Kami pun bawalah dia jalan-jalan dalam Hospital Tuanku Ampuan Najihah ni. Mata dia nampak kabur-kabur sebab ubat titis tu. 


Bila lama sikit, dia mula rasa tak selesa. Dia marah dan mula berubah mood. Bad mood! Terus tak nak bercakap dengan SR dan zaimi. Merajuk. Tapi nak buat macam mana, demi ayu juga.

Cukup 30 minit, kami tunggu semula depan bilik doktor. Tak lama menunggu, nombor terus dipanggil. Lepas doktor periksa apa yang patut, akhirnya doktor pun berikan keputusan tentang adakah anak perlu pakai cermin mata atau tak.


Keputusannya: PERLU

Rabun jauh dekat, tak ada.
Tapi, silau ayu agak tinggi.

Doktor terus bagi sehelai kertas yang tertulis 'power' mata ayu. Kata doktor, terus bawa ayu dan kertas tu ke mana-mana kedai cermin mata. Nanti, pihak kedai cermin mata akan terus buat cermin mata mengikut apa yang doktor dah tentukan dari prosedur yang mereka dah buat di klinik pakar tu. Kedai tak perlu check apa-apa lagi.

Maknanya, masa di kedai cermin mata, tak ada dah proses kena duduk tengok huruf dan nombor tu, tak perlu test satu persatu cermin semua. Hanya ikut sebiji-sebiji apa yang diberi oleh doktor pakar sahaja.

Walaupun sedih dan kecewa, kami akur.

Tipulah kalau SR tak rasa ralat dan salahkan diri SR. Ayu masih kecil. Baru 4 tahun. Tapi dah terkesan penglihatan dia. Hanya Allah yang tahu apa yang SR rasa...

Tapi itu perkara yang SR dan zaimi sudah tak boleh kawal. Kami redha.

Terus bawa ayu ke Mekdi untuk pujuk balik si ayu yang merajuk sakan tu.


Lepas makan dan ayu dah gembira balik, kami terus ke Haseena Optometry di Kuala Pilah ini juga. Memang mereka pun dah tahu apa nak buat. Terus pilih bingkai cermin mata yang sesuai untuk ayu.


Ayu request nak bingkai warna merah jambu, tapi tak ada yang sesuai. Akhirnya kami pilih yang merah. Dia pun suka. Terus proceed. Zaimi minta tambah fungsi blue ray filter juga pada cerminnya.

Total dalam RM260+

Esoknya, cermin mata ayu pun siap. Serius terbaik dan pantas betul servis Haseena Optometri Kuala Pilah ni. SR recommend!


Kesimpulannya, ayu dah pakai cermin mata sekarang. Sepanjang masa di sekolah, pergi jalan-jalan, pergi sekolah... Kecuali tidur baru dia buka cermin mata. Alhamdulillah setakat ni dia patuh. CIkgu di tadika dia pun memang tengok-tengokkan ayu dan cermin mata dia. 


SR pun pesan juga pada ayu untuk jaga cermin mata dia di sekolah. Step by step SR terangkan. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan baik. Kalau tak pakai, khuatir juga dia tak nampak apa yang cikgu ajar.


Anak-anak SR semua dah bercermin mata. SR dan zaimi pun bercermin mata. Jadilah kami Budak Kaca Mata.

Huhu...

+++

Oh ya, sekali lagi tahniah kepada Mummy Ayu, Siinurul dan SA sebab menang giveaway!

Post a Comment

8 Comments

  1. Aduhai Ayu....berkata mata sudah ye.
    Wah, semua anak SR berkaca mata!

    ReplyDelete
  2. Family berkaca mata ni.. xpelah ayu better cegah dpd awal.. lgpun genetik jugak kot sbb mak ayah pn pakai spec.. apapun ayu nmpk budak genius pulak berkaca mata tu

    ReplyDelete
  3. Dah boleh buat kumpulan Budak Kaca Mata V2. πŸ˜€

    ReplyDelete
  4. Tak apalah, nanti lama-lama biasalah tu. Masih comel Ayu walaupun berkaca mata. Jaga spek dan mata elok-elok OK

    ReplyDelete
  5. Family kaca mata ye...nak buat cane Syaz...demi kebaikkan Ayu gak kan...

    ReplyDelete
  6. wah satu family dah berkaca mata dah ye.. syafi dulu pun kena jmpa doc dulu ambil power

    ReplyDelete
  7. Comelnya semua anak2 SR..
    Alhamdulillah!
    Tak apalah asalkan mereka tetap sihat dan ceria..
    Comel jer ayu berkaca mata..
    Family ibu hanya ibu dan Aqil saja yang berkaca mata..
    Ikutkan ayah Aqil dah mula ada silau tinggi juga tapi dia tak nak pakai cermin mata..
    Tak selesa katanya..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.