Assalamualaikum...
Hari ni sebenarnya adalah temunjanji ayu yang kedua di Klinik Pakar Mata di HTAN Kuala Pilah ni. Asalnya masa check up umur dia 4 tahun hari tu, dia tak lepas ujian mata.
Adeh...
Maka kena refer ke hospital lah.
Selasa lepas adalah temujanji yang pertama. Masa tu, optometris check ayu punya eyesight dengan lebih lanjut lagi berbanding yang Klinik Desa Melang check kan tu.
Jadi, memang kena datang lagi hari ni untuk temujanji kedua.
![]() |
Mata merah sebab titis dua jenis ubat untuk kembangkan mata |
Hari ni, optometrist titiskan ubat untuk kembangkan bola mata. Lepas tu kami kena tunggu 15 minit sebelum dipanggil semula untuk dia check balik guna teropong khas.
Lepas habis urusan dengan optometrist, ayu diminta jumpa pula dengan doktor pakar. SR pun tak pasti kalau optometrist dengan doktor pakar tu sebenarnya sama level atau lain-lain, tapi ada 2 orang berlainanlah yang ayu kena jumpa hari ni.
Kata optometrist tu juga tadi, kalau range ayu tak cantik, kemungkinan ayu kena pakai cermin mata 🤧
Jauh dekat ayu agak okey, cuma silau dia agak ketara.
Puncanya ada banyak, tapi antaranya adalah penggunaan gadget yang berlebihan.
Pertama kali juga sebenarnya SR dan zaimi experienced benda ni. Sebab masa adam dan amir, masa mereka 4 tahun, mata okey je, lepas ujian di klinik desa tu.
Jadi iktibar jugalah buat SR dan zaimi ni haa... Adeh...
Lepas ni akan ada 1 lagi temujanji. Baru dia putuskan untuk pakai cermin mata atau tak. Kakau tak, boleh jejaskan proses pembelajaran ayu.
Doakan ayu ya semua ☺️
Siapa ada pengalaman sendiri atau anak yang kena pakai cermin mata seawal 4 tahun, boleh kongsi dengan SR?
semoga mata Ayu ok...akk pakai spekmata masa darjah 6...
ReplyDeleteMoga yg baik-baik saja utk Ayu.
ReplyDeleteAnak buah akk kecik2 dulu kena pakai spek juga sbb juling sikit. Spek tu mcm correction utk mata dia, supaya tgk arah yg betul. Alhamdulillah now dah ok. Maybe sbb early treatment. Hope Ayu pun mcm tu.
semoga dipermudahkan urusan ayu.. insya allah semuanya baik² saja nnt
ReplyDeletealahai.. kesiannya..
ReplyDeleteharapnya semua ok.. harapnya nanti xperlu pakai spek mata..
SEMOGA SELAMAT SEMUANYA N MATA AYU TIADA MASALAH AMIIN
ReplyDeletemoga kalau lepas pakai spek ni mata ayu akan jadi ok... sebab macam aiyan dulu pakai spek sebab juling... spek dia lagilah tebal makan masa nak bagi anak mata dia tu duduk tengah dan elok... insyallah kalau budak-budak ni selalu boleh pulihh tak macam kita yang orang tua ni
ReplyDeletelahai... siannya. moga mata ayu cepat sembuh ya...
ReplyDeleteAnak sedara akak pakai seawal 7 tahun, sebab silau tinggi.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan Allah rawatan mata Ayu ya Syaz.
Respek ayu! Tak takut!
ReplyDeleteSemoga semuanya baik baik aje. Aamiin..
ReplyDeletemoga yg baik2 utk ayu ...aamiin
ReplyDeleteAllah.. Semoga keputusannya baik-baik sahaja..
ReplyDeletesemoga semuanya baik baik aje
ReplyDelete