Kebaikan dari Bedak Sejuk

Assalamualaikum wbt


Bedak sejuk yang SR beli di Mydin Senawang hari tu masih ada lagi setengah botol. SR yang selalu pakai, sebab SR suka sangat bau bedak sejuk tu. Bau dia sangat nostalgik. Bonusnya, bila bangun pagi, muka terasa gebu.

Anak-anak SR pun suka join pakai bedak sejuk di muka diorang. Tapi bukan sebab nak muka jadi gebu, anak-anak SR pakai bedak sejuk tu, berlakon jadi zombi. Terutamanya si amir 😂


Pakai bedak sejuk ni memang ada kelebihan dia yang tersendiri. Kelebihan extra adalah menggembirakan anak-anak sebab dia boleh jadi prop mereka main role play ahaha! Selain itu, kelebihan bedak sejuk adalah seperti berikut:

#1. Menyegarkan kulit wajah

Pertama dan paling utama, bedak ini biasa digunakan untuk menyegarkan kulit muka dengan cara menyejukkannya. Ini sangat bagus terutama apabila wajah terdedah dengan cuaca yang panas. Alasannya, produk ini memiliki bahan utama yakni tepung beras yang mempunyai efek khas untuk menyejukkan persekitaran di sekeliling. Kesannya, kulit muka bakal rasa lebih segar dan sejuk.

#2. Melembapkan kulit muka

Kedua, individu yang ada masalah kulit terlalu kering dan sensitif juga boleh menggunakan bedak ini kerana ia mampu membuat wajah lebih lembap, lembut dan licin. Hasil daripada itu, anda akan tampak jauh lebih muda berbanding usia yang sebenar.

#3. Memutihkan kulit muka

Ketiga, mereka yang ada isu tona kulit tidak sekata juga boleh menggunakan bedak ini agar dapat memutihkan kembali kulit yang gelap akibat cahaya matahari. Disebabkan itu juga, ia turut sesuai digunakan untuk merawat selar sunburn atau sunspots.

#4. Menyelesaikan masalah jerawat

Bedak ini turut dipercayai mampu mengecilkan dan membersihkan liang pori tersumbat angkara minyak, peluh atau sebum yang boleh menjadi punca munculnya jerawat pada kulit muka anda. Dengan kulit yang bebas daripada sebum, maka masalah jerawat akan selesai di samping mampu mengurangkan komedo hitam (blackhead) atau putih (whitehead) dari terus membelenggu.

#5. Menegangkan kulit wajah

Tidak hanya itu, anda yang sedang mengalami proses penuaan dengan kedutan dan kerutan yang banyak mungkin boleh menegangkan kembali kulit muka dengan menggunakan bedak ini. Produk ini boleh digunakan sebagai topeng muka yang berfungsi sama dengan masker lain seperti yang diperbuat daripada kunyit dan lain-lain. Caranya, gunakan bedak ini setiap kali sebelum masuk tidur.

#6. Menanggalkan sel-sel kulit yang mati

Terakhir, anda juga kena tahu bahawa wajah kita terdapat banyak sel-sel kulit yang mati. Kesemua sel tersebut perlu dibuang daripada kulit muka agar ia tampak lebih bersih. 

Semua info ini SR petik dari Hello Doktor.




Siapa yang masih pakai bedak sejuk zaman sekarang, angkat tangan! Sebab anak-anak SR nak ajak main zombi-zombi! Hehe!

 

Post a Comment

7 Comments

  1. lama dah xbli bdak sejuk..:)

    ReplyDelete
  2. zmn study dulu sy campurkan bedak sejuk dgn air gamat. then sy share ngan sedara sy. dia pakai betul2 menjadi. muka dia mmg penuh dgn jerawat lps sthn licin dah!

    ReplyDelete
  3. Kemain deme ye jadi Zombie. Hihihi! Memang jadi amalan orang dulu2 mesti pakai bedak sejuk kan?! Sebab tu kulit deme putih gebu x payah nak pakai set pencuci apapun lg dah. ;)

    ReplyDelete
  4. Hehe.. jadi zombie ye, anak-anak.
    Saya sendiri dah lama tak pakai bedak sejuk, tak jumpa pulak orang jual. Lain kali bole cari kalo pi Mydin.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekol;ah dulu mmg tiap hari pakai bedak sejuk sebab masa tu muka penuh jerawat. Tapi masa tu je la. Skrang dah tak pernah pakai lagi dah.
    Puteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain

    ReplyDelete
  6. dulu rajin jugak pakai, sekarang ni..pakai krim sebelum tido pun kadang2 lupa.. he he he..
    Ayu x pakai ker?

    ReplyDelete
  7. tak dinafikan bedak sejuk byk kebaikannya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.