Sport Day LC Ayu dan Kisah Mengerikan di Center Court Paroi

#throwback

Assalamualaikum wbt



Kisah Disember 2022 sebenarnya. Tadika ayu ada buat hari sukan. 


Gabung dengan beberapa cawangan tadika Little Caliphs yang lain. LC Sports Day kali ini bertempat di Center Court Paroi, bersebelahan dengan Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Mula-mula tu kami tersilap, pergi ke KOMBES pula. Rupanya, betul-betul sebelah stadium.

Disebabkan dah gabung banyak cawangan LC, maka banyaklah murid yang turut serta. Dah setiap murid tu datang pula dengan parents, at least 1 murid = 1 kereta. Nak mencari parking jadi hazablah sikit. Pada yang pernah ke Center Court Paroi ni, mesti tahu yang bentuk jalan di situ berbukit-bukit. Nasib baiklah zaimi yang drive pagi tu. SR ni kalau kena jammed dekat jalan berbukit, jadi menggelabah sikit. Nasib baik jugalah kereta auto!

Dah beberapa kali pusing pun masih tak ada parking kosong, zaimi suruh SR bawa ayu masuk dulu ke dalam sementara dia pusing cari parking. Sudahlah memang dah lambat. Turun aje dari kereta, dah nampak principle LC ayu tunggu depan pintu, jerit suruh ayu cepat haha!

Pintu masuk ke Gelanggang Utama Center Court Paroi

Terus SR disuruh bawa ayu ke rumah merah, kiranya dalam banyak-banyak cawangan tu, LC ayu yang warna merah bajunya. Acara akan dimulakan dengan perarakan  anak-anak ni semua. SR pula dah lambat, seorang pula tu sebab zaimi tengah cari parking, SR pun terus sahaja naik duduk dekat bahagian pentas. Sebab di situ aje banyak tempat duduk kosong. 


Dari tempat duduk SR, nampaklah ticer tengah siapkan ayu. Pakaikan make up di pipi, dan pakaikan topi warna merah dan kuning. Bila dah cukup nafas lepas duduk, baru SR perasan yang setiap rumah sukan tu (setiap cawangan) berhias mengikut tema Kartun yang berlainan. LC Ayu tema Robocar Poli. Ada juga tema minion, angry bird, kata hijau tu apa entah. Tak lama selepas tu, zaimi pun sampai. Jenuh juga SR melambai dia nak bagi nampak SR duduk dekat situ.


Tak lama juga selepas itu, murid semua dah berdiri untuk berarak. SR dan zaimi memang boleh nampak yang mata ayu asyik pandang dekat kami aje. Sekejap-sekejap dia lambai. Kami pun lambailah balik. Anak manja perempuan seorang. Macam tu lah.




Bila murid-murid dah mula berarak, baru kami perasan yang kami rupanya duduk di belakang. Faham tak? Semua murid, MC yang bercakap, semua menghadap penonton yang bertentangan dengan kami aje. Hahaha! Ngek betul. Memang nampak belakang badan ajelah. Sudahnya semua persembahan yang dibuat sebelum mula aktiviti sukan tu kami tak dapat tengok dengan jelas. 

Tak apalah, apa boleh buat. Siapa suruh sampai lambat. Tapi nasib baik masa ayu berarak, dia lalu dekat dengan kami. Dapatlah kami tengok dan tangkap gambar ayu.


Lepas habis berarak, lama juga menunggu untuk giliran ayu main sukan. Sebab sebelum acara suka mula, ada persembahan taekwondo dan persembahan dari anak-anak 6 tahun. 

Bersedia untuk membawa pundi kacang atas kepala

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran ayu bersukan. Ada dua kali ayu akan bermain. Yang pertama, main sendiri dengan kawan-kawan sahaja. Yang kedua, anak perlu berpasangan dengan salah seorang ibu atau bapa. Untuk yang kedua tu, semestinya zaimilah yang temankan ayu. Hehe!

  



Mula-mula, selepas habis ayu bersukan, kami tunggu juga untuk penyampaian hadiah. Tapi, lama juga. Rasa tak larat pula nak tunggu. Ayu pun dah nampak dah dia punya kerimasan. Muka dia pun ada saki-baki tepung yang dia tiup masa permainan solo tadi. Habis cermin mata dia juga bertepung. Tengok sekeliling, ramai juga yang dah mula balik. Mesti sebab anak-anak dah tak terkawal. 

Sebab yang datang, ada juga yang bawa anak-anak kecil yang lain. Adik-adik kepada murid kan. Memang masing-masing dah buat perangai. 

Jadi SR minta izin dari principle untuk bawa ayu balik. Principle kata okey. Maka kami pun beransurlah balik.


Sebelum sampai ke kereta, sempatlah bergambar dulu dekat banner. Ayu pun dah lapar. Balik tu kami singgah makan dulu di kedai mamak. Ajak ayu mengeteh selepas penat bersukan. Haha!

Jadi apa yang ngeri? Ke mari... SR ceritakan kisah yang ngeri lagi memberikan trauma pada SR.

Walaupun SR sepatutnya kenang tarikh tu sebagai hari yang istimewa bagi Ayu, ada satu 'peristiwa jijik' yang tak dapat SR lupakan dan maafkan berlaku masa SR dan zaimi sedang duduk di bangku masa hari sukan ayu ni. Ada beberapa orang saspek. SR tak tau nak tuduh yang mana. Tapi perbuatan dia amatlah kotor!

Apa saspek tu buat?

Tengah SR dan zaimi berbual sambil tengok-tengok ayu, tiba-tiba merayap halus aje. Senyap-senyap aje tanpa sebarang bunyi. A

Apa yang merayap? Bau kentut!

Bau kentut yang ada sulfur lebih! Nampak sangat si pengentut tu makan telur sebelum tu!

Hampeh sungguh. Tahulah tak tahan, tapi cuba ajar sikit bontot tu tahan kentut. Bangunlah, pergilah ke tepi sikit ke, dekat tandas ke, dekat balkoni ke, barulah lepaskan!

Tak pasal-pasal SR terpaksa  telan bau sulfur dia! Melekat woa dekat tekak! Cis!

Itu yang lambat cerita pasal LC Sports Day ayu ni, sebab trauma dikentutkan di dalam gelanggang!

Post a Comment

11 Comments

  1. Ciss…memang tak sopan sungguh orang itu. Tak pasal kita pulak yang ada memori buruk.

    Geli hati jugak bab Syaz duduk membelakangkan acara tu. Patutlah tempat duduk banyak kosong ya..hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha... ingatkan ada coach yang lempang peserta2 sukan..

    ReplyDelete
  3. Atas tu baca serius dah.. sampai bawah tu dah tak boleh tahan gelak.. tetiba pengalaman ngeri SR rasa lucu bila baca..

    ReplyDelete
  4. meriah hari sukannya..but yg ngeri tu, memang scary la kan..adoi la

    ReplyDelete
  5. Steady Ayu....!

    (Takpe... halwa hidung tu....)

    ReplyDelete
  6. Dulu², dua orang anak saya ke LC. Tahun depan seorang lagi nak ke tadika. Tapi rasanya tidak lagi di LC. Terlalu mahal sekarang..

    ReplyDelete
  7. sonoknya ayu bersukan heh heh ngeri sungguh pengalaman syaz

    ReplyDelete
  8. Hahahahhaj dr tadi tunggu part ngeri... apa pun ayu tetap comel

    ReplyDelete
  9. Chet.. spoil betullah bau kentut merata tu.. haishhh.. kalau dh trauma tu mmg busuk sgtlah baunya

    Konsep LC ni mmg combine sekali utk 1 zon kot kalau nk buat sport day... PASTI pn apply mcm ni jugak... meriah lawan antara tadika

    ReplyDelete
  10. ibu_suri pernah bertugas dengan tadika satu masa lalu. jadi saya tahulah juga pasal little caliph ni. hebat ya. banyak cawangannya....

    ReplyDelete
  11. pehh siapalah yg lepas gas beracun tu haha.. apapun meriah sporots day adik

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.