Assalamualaikum wbt
![]() |
Mihun goreng emak SR |
Tidaklah throwback mana, tapi lebih pada terkenang. Masa anak-anak lelaki SR berkhatan beberapa minggu lepas, emak dan abah SR ada datang dan tolong jagakan anak-anak masa SR dan zaimi pergi kerja. Adalah beberapa hari emak dan abah SR ada di rumah. Emak SR suka masak. Janganlah dikata jangan. Dia mesti nak masak jugak!
Jadi, SR pun masa tu dapat 1 idea. Lagi pun, dah lama SR tak dapat. SR dengan tak malunya, minta emak SR masakkan mihun goreng signature dia. Haha!
Bahan-bahan semua SR bawak dia pergi beli di Zemart Senawang. Emak pun seronok pergi Zemart, sebab barang banyak dan segar-segar. Jadi memang ikutkan aje apa yang dia nak beli dan letak dalam mihun goreng dia.
Itulah air tangan seorang emak kan. SR ni, dari umur 16 tahun dah tinggalkan rumah sebab bersekolah di sekolah berasrama. Dah banyak negeri SR jadi pemaustatin. Dah beribu kedai makan SR cuba. Tapi tak ada 1 kedai pun yang sama rasanya macam yang emak SR buat. SR pun pernah try buat. Mirip, tapi tak sama.
"Sebab masa emak masak, ada kasih sayang dia dekat kita." Zaimi pernah cakap dekat SR masa SR kata kenapa susah nak jumpa mihun macam emak SR buat. Jadi, biarlah gambar yang SR tangkap tu tak berapa nak estetik rupanya, SR tetap nak abadikan dalam blog ni. Mihun emak SR yang sangat istimewa pada tekak dan perut SR. 💓
Selain mihun, banyak lagilah menu sedap yang emak masak. Banyak lagi menu fav SR sebenarnya. Tapi kalau nak senaraikan semua, tak muat! Biasalah, mestilah anak yang kagum dan berselera ya amat dengan masakan emak dia kan.
Reader SR macam mana?
Apa menu yang emak kalian masak yang menjadi kegemaran kalian? Sharelah dengan SR 😄
7 Comments
Air tangan emak kita tiada tandingannya
ReplyDeleteAir tangan mak memang terbaik kann
ReplyDeleteair tangan mak kita mana nak sama dengan tempat lain SR oi, walau kadang bodoh je rupanya tapi rasa dia tu lain. Kadang kalau balik kg kan mak akak buat mehun goreng bodo je takde ayam takde udang tapi makan bertambah2
ReplyDeletemasakan ibu tiada tandingannya
ReplyDeletesama la..apa yg ibu MA masak semua pun sedap & licin je. even ibu goreng ikan pun....sedappp....
ReplyDeleteBetul.. air tgn mak mmg ajaib.. kalau mak sy semestinya yg jd fav kari, sup, dalca... mmg sendiri pandai je masak semua tu tp sesekali mmg nak jugak yang dr air tgn mak
ReplyDeletekan...tiba2 ammi sebak pulak sebab dah tak dpt rasa signature dish arwah mama.
ReplyDeletekalau abg ipar ammi tiap kali dia makan kat kedai nasi goreng cili kering tumbuk kasar tu mesti dia akan cakap "can never beat mama's nasi goreng"...
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)