Assalamualaikum wbt
Katanya Edisi Terhad kerepek kentang Mister Potato Syok Wave ni. Perisa pun katanya rahsia dan misteri, Jinjja Syok. Alang-alang dah beli, marilah makan. Asalnya ayu yang nak kerepek ni. Dah seminggu tersimpan dalam kabinet. Hari ni baru teringat nak buka dan makan.
Okey marilah kita coba.
SR ni tak ikut sangat perkembangan artis Korea. Kalau cerita Korea pun, SR tengok yang ramai orang tengok aje macam Parasite, Squid Game dan yang latest ni SR tengok Miss Granny. Maaf cakap, SR tak tahu nama-nama pelakon, mahu pun penyanyi Korea.
Pada belah depan bungkusan Mister Potato Syok Wave Perisa Misteri Jinjja Syok ni ada gambar Cha Eun Woo. Siapakah beliau, SR tak tahu. Sorry ya peminat Korea sekalian. Boleh share dengan SR siapa gerangan si manis tu.
Berbalik pada Mister Potato Syok Wave Perisa Misteri Jinjja Syok, rasanya yang dikatakan misteri tu, pada lidah dan tekak SR adalah gabungan rasa manis, masam dan masin. Sedap dalam 7/10 macam tu SR bagi rating. Laju jugalah habis makan sepeket ni tadi sebab kongsi-kongsi dengan ayu.
![]() |
Produk keluaran Mamee |
Walaupun paket dia kembung dan gebu-gebas tu kan, isi dalam dia tak banyak mana pun. Tak sampai separuh kembung tu pun. Tujuan kembung tu, sebenarnya tak nak bagi kerepek tu hancur bila dihimpit oleh barangan lain.
Sebab tu cepat habis agaknya. Alah, kenalah dengan harganya, tak mahal sangat, mampu milik. Siapa pernah makan juga? Sedap tak kalian rasa?
Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇
5 Comments
Saya pun tengok je kdrama tapi tak berapa hafal nama pelakon pon. Setakat ni belum pernah beli lagi Mister Potato versi ni.
ReplyDeleteIni jd rebutan anak2 buah...sikembar,dida dan dhia...diorg peminat korean artis...SA pun x tau nama artis ni semua...
ReplyDeletesama la..MA pun tgk je, x de la hafal pun nama pelakon
ReplyDeletealahai..chipc nya kembung beria, isi nya sikit je kan...
Cuya minat korea tpi taklah fanatik, keropok ni Cuya belum try lagi
ReplyDeleteNampak sedap
Wahhh ..hari tu ada nampak kt supermarket . Tapi x beli .
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)