Mister Potato Syok Wave Perisa Misteri Jinjja Syok

Assalamualaikum wbt


Katanya Edisi Terhad kerepek kentang Mister Potato Syok Wave ni. Perisa pun katanya rahsia dan misteri, Jinjja Syok. Alang-alang dah beli, marilah makan. Asalnya ayu yang nak kerepek ni. Dah seminggu tersimpan dalam kabinet. Hari ni baru teringat nak buka dan makan.

Okey marilah kita coba.




SR ni tak ikut sangat perkembangan artis Korea. Kalau cerita Korea pun, SR tengok yang ramai orang tengok aje macam Parasite, Squid Game dan yang latest ni SR tengok Miss Granny. Maaf cakap, SR tak tahu nama-nama pelakon, mahu pun penyanyi Korea. 

Pada belah depan bungkusan Mister Potato Syok Wave Perisa Misteri Jinjja Syok ni ada gambar Cha Eun Woo. Siapakah beliau, SR tak tahu. Sorry ya peminat Korea sekalian. Boleh share dengan SR siapa gerangan si manis tu.


Berbalik pada Mister Potato Syok Wave Perisa Misteri Jinjja Syok, rasanya yang dikatakan misteri tu, pada lidah dan tekak SR adalah gabungan rasa manis, masam dan masin. Sedap dalam 7/10 macam tu SR bagi rating. Laju jugalah habis makan sepeket ni tadi sebab kongsi-kongsi dengan ayu.

Produk keluaran Mamee


Walaupun paket dia kembung dan gebu-gebas tu kan, isi dalam dia tak banyak mana pun. Tak sampai separuh kembung tu pun. Tujuan kembung tu, sebenarnya tak nak bagi kerepek tu hancur bila dihimpit oleh barangan lain.

Sebab tu cepat habis agaknya. Alah, kenalah dengan harganya, tak mahal sangat, mampu milik. Siapa pernah makan juga? Sedap tak kalian rasa?

Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya pun tengok je kdrama tapi tak berapa hafal nama pelakon pon. Setakat ni belum pernah beli lagi Mister Potato versi ni.

    ReplyDelete
  2. Ini jd rebutan anak2 buah...sikembar,dida dan dhia...diorg peminat korean artis...SA pun x tau nama artis ni semua...

    ReplyDelete
  3. sama la..MA pun tgk je, x de la hafal pun nama pelakon
    alahai..chipc nya kembung beria, isi nya sikit je kan...

    ReplyDelete
  4. Cuya minat korea tpi taklah fanatik, keropok ni Cuya belum try lagi
    Nampak sedap

    ReplyDelete
  5. Wahhh ..hari tu ada nampak kt supermarket . Tapi x beli .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.