Review Lipstick Veronni Sweet Orange

Assalamualaikum wbt

Veronni Lipstick

Salam hujung minggu semua! Hari ni SR nak review lipstick Veronni yang baru sampai ke rumah SR minggu lepas, SR order lagi beberapa make up bundle dari TikTok, dan salah satu item yang SR dapat adalah gincu Veronni ni. Let's unbox dan review!




Kotak dia besar dan tampak ekslusif. Warna hitam kan memang selalu nampak elegan. Ada pula ilustrasi bibir tu. Fuh nampak mahallah dekat mata SR. Tambahan pula kotak dia kertas keras tau. Tegap sangat kotak dia. Kiranya kalau nak dijadikan hadiah, senang nak balut, dan tak perlu risau kotak kemek atau penyet.

Bila nak keluarkan lipstick Veronni ni dari kotak, kena tolak kotak tu macam kotak mancis. Bukan buka kotak dari hujung macam kebiasaan kotak lipstick.

Lipstick dan kotak dari sisi

Veronni lipstick SR ni kod dia adalah Sweet Orange. Dari luar tiub lipstick tu pun dah boleh nampak warna dia oren-oren gitu. 


Haa tu dia rupa wand dia. Berus dia agak lebar, batang dia agak pendek. Senang nak handle. Ada orang tak berapa suka kalau batang berus liquid lipstick macam ni panjang. Susah nak kawal masa nak sapu di bibir. Jadi pada yang suka batang lipstick pendek macam ni, mesti suka Veronni ni.
 

Veronni Lipstick Code Sweet Oranges

Tekstur lipstik dia pekat. Warna dia pun bukan main lagi terangnya. Dia jenis matte tau, lepas dah oles, tak sampai beberapa minit, terus  kering. Pada yang tak suka sangat lipstick kering dekat bibir, masalah sikitlah. Sebab dia memang akan terus kering dan kalau ambil tisu dan dab, tak tinggal kesan langsung. SR pun lepas pakai, SR lapiskan dengan lipbalm.

Dah lama tak pakai matte sekental ini, rasa nak lembabkan sikit.

Warna dia pun boleh tahan juga stay lama atas bibir, walau lepas kita makan. Touch up sikit-sikit aje lepas makan. Dan keorenan dia memang terang hahaha! Agaknya kod lain pun sama juga macam Sweet Orange ni. Ada yang pernah cuba? Kot boleh share pengalaman?

Post a Comment

6 Comments

  1. Nampak menyala warna oranges tu Syaz, tapi lebih manislah!

    ReplyDelete
  2. Cantik code warna ni..
    itulah kalau lipstick jenis matte ni memang kena pakai dengan lipbalm..

    ReplyDelete
  3. wah menyerlah seri bibir syaz

    ReplyDelete
  4. Wow bibir SR nampak seksi. Hihihi cantek warnanya sesuai dengan SR.. ;)

    ReplyDelete
  5. wah..nice..berseri2 terus si pemakai nya...

    ReplyDelete
  6. cantik warna dia..org kulit cerah mcm SR, lagi nmpk menyerlah bila pakai kod warna ni...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.