Hanson 2022 |
Ceritanya begini. SR memang ikut-ikut kawan aje minat lagu Mmmbop dan penyanyinya kumpulan Hanson ni masa SR darjah 5, darjah 6 dulu. SR ni kan, masa sebelum sekolah menengah, memang tak terdedah dengan lagu Inggeris sangat. Kalau ada pun, lagu-lagu yang abah SR pasang dalam kereta aje macam lagu-lagu love story yang slow slow tu.
Jadi masa kawan SR cerita (tak ingat kawan yang mana, ampun!) pasal lagu Mmmbop ni, SR pun berpura-pura aje minat sebab nak jaga hati hahaha! SR masa tu memang suka KRU, A to Z, Awie (of course ni!) macam tu aje.
Tapi, masuk aje sekolah menengah, SR dapat circle kawan yang baru, SR terjebak dengan lagu Bahasa Inggeris, dan melekat sampai sekarang weh. SR pun terpengaruhlah dengan kawan-kawan, beli majalah Lime lah, Galaxy lah bagai...
Mulalah minat boyband, tapi lebih minat Rock Band Matchbox Twenty lah masa tu. Boyband tu kira jatuh nombor dua, tapi masih minat!
Barulah masa tu SR dengar betul-betul lagu Mmmbop ni balik, tu pun sebab ada kawan yang kasi pinjam kaset kompilasi lagu-lagu omputih ni, adalah lagu Mmmbop. Dan baru baca betul-betul lirik lagu ni dekat kertas kaset tu.
Rupanya nice juga lagu ni. Haha!
Dan baru-baru ni SR tertengok video kumpulan Hanson ni nyanyi balik lagu Mmmbop ni untuk ulangtahun mereka yang ke 25. Pergh lamanya kan! Tuanya SR!
You know what, Hanson ni age like fine wine gitu. Hahahahah! Okey cukup setakat itu SR, cukup.
Meh SR kongsikan video Mmmbop tahun 1997 masa first year lagu tu release, dan sekali dengan video masa 2022. Dua-dua versi ada keistimewaan tersendiri.
Kalian rasa versi mana lagi best?
Hanson is an American pop band from Tulsa, Oklahoma, formed by brothers Isaac Hanson, Taylor Hanson, and Zac Hanson.
2 Comments
1997 ibu 15 tahun waktu tu memang minat lah dgn lagu ni. ;)
ReplyDeleteMasa budak2, comel je diorang ni.....
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)