Assalamualaikum wbt
#throwback
SR ada cerita tentang pengalaman pertama anak-anak lelaki SR pergi tengok wayang bertiga sahaja dengan Tok Wan diorang bulan Januari lepas, ingat lagi tak? Cerita makan roti puri ni sebenarnya adalah pada pagi hari kejadian tengok wayang tu.
Lamanya entry ni terperam haha! SR tak perasan entry ni beratur di draft.
Berbalik pada cerita sarapan roti puri, mak dan abah SR yang bagi cadangan untuk bersarapan di restoran Farouk Maju ni pada pagi tu. Mak abah kata, roti puri di situ sedap. Maka, pagi-pagi lagi SR dah siapkan anak-anak untuk ke situ.
Order roti puri tu seorang satu. Bila roti tu sampai, anak-anak semua teruja sebab tak pernah lagi diorang makan roti segempal itu. Semua makan dengan keterujaan...gittew..
SR dan zaimi order juga nasi goreng ayam. Turn out nasi goreng ayam dia taklah fantastik sangat. Yang sedap memang roti puri tu! Cicah dia sedap betul! Memang berkenan betul lidah SR dengan set roti puri tu!
Emak SR order putu mayam. Dia dah selalu makan roti puri tu, jadi dia kata nak cuba putu mayam pula. Pun sedap mak SR kata.
Tengok gambar emak SR ni, teringat pula dekat dia.
Emak SR sekarang tengah berkuarantin sebab dia kena jangkitan Covid-19. Abah SR pula baru aje baik dari Covid-19 tu. Moga emak SR lekas sembuh, dan semoga tak melarat.
Berbalik pada roti puri, nah SR bagi gambar close up!
Tengok ni! 👇👇
Roti puri Kuantan |
Kalau ada kesempatan, kalian singgahlah makan dekat sini tau. Kena cuba menu ni. Bukan paid review ni!
Roti puri ialah sejenis roti pipih tidak beragi yang biasa ditemui di benua kecil India, terutamanya di India, Pakistan, dan Bangladesh. Ia adalah makanan ruji yang biasanya dimakan untuk sarapan pagi atau sebagai snek.Doh untuk roti puri diperbuat daripada tepung, garam, dan air, dan digulung menjadi bulatan kecil dan nipis sebelum digoreng dalam minyak panas atau minyak sapi. Roti yang terhasil rangup di luar dan lembut serta kenyal di dalam.Roti puri sering dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan, seperti kari, chutney, dan jeruk. Ia juga boleh dinikmati sendiri atau dengan secawan teh.Di sesetengah wilayah, roti puri juga dikenali sebagai "puri" atau "poori." Ia adalah makanan popular semasa perayaan dan majlis keagamaan, di mana ia sering dihidangkan sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa.Secara keseluruhannya, roti puri adalah makanan lazat dan serba boleh yang dinikmati oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kesederhanaan dan serba boleh menjadikannya kegemaran di kalangan tukang masak rumah dan tukang masak profesional.
Itulah sahaja. Take care ya semua!
Nampak awet muda mak SR..
BalasPadamBesar betul roti puri tu.. mungkin Ayu gelak tu tengok saiznya.
BalasPadamKalau pencicahnya sedap, memang berkeping-keping boleh habis roti puri.
BalasPadamAda lagi si c19 ni erk
BalasPadamSemoga emak sr cepat sembuhnya
Moga emak SR cepat sembuh.. memang nampak sedap roti puri tu.. nak-nak makan kat Kuantan.
BalasPadamBoleh singgah kalau ke Kuantan. Nampak sedap menu nya..
BalasPadamsedapnya roti puri ..:)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.