Assalamualaikum!
Haaa, kali ini SR nak buat sesuatu yang meriah sikit di blog! Dah lama rasanya tak buat aktiviti yang melibatkan rakan-rakan blogger. Jadi, apa kata kita meriahkan dunia blogging dengan satu giveaway kecil-kecilan?
Nama giveaway kali ini ialah SR! Saya Nak TNG eWallet! Hadiah mungkin taklah sampai boleh beli kereta EV, tetapi bolehlah belanja kopi, makan-makan atau beli barang kecil yang berkenan di hati. Hehehe! Paling penting, SR nak bagi peluang kepada rakan-rakan blogger di Malaysia khususnya. Mana tahu, ada rezeki terselit di sini!
Hadiah untuk 3 Blogger Bertuah!
SR menyediakan hadiah kredit Touch 'n Go eWallet berjumlah RM100 yang akan dibahagikan kepada tiga pemenang.
🥇 Pemenang Pertama: RM50
🥈 Pemenang Kedua: RM30
🥉 Pemenang Ketiga: RM20
Ketiga-tiga pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan Wheel of Names. Jadi, semuanya bergantung pada nasib masing-masing. Tak kisahlah blogger lama atau baharu, semua mempunyai peluang yang sama!
Macam Mana Nak Sertai?
Senang sangat! Tak perlu jawab soalan matematik tambahan atau tulis karangan panjang berjela-jela. Hahaha!
Terbuka kepada blogger Malaysia sahaja yang mempunyai blog aktif.
Salin atau muat turun banner rasmi giveaway yang disediakan dalam entri ini.
Terbitkan satu entri di blog masing-masing dengan tajuk "SR! Saya Nak TNG eWallet!"
Masukkan banner tersebut bersama pautan ke entry ini.
Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen!
Setiap blogger hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Pastikan juga entri tersebut boleh diakses oleh umum supaya SR boleh semak sebelum cabutan dibuat.
Bila Tarikh Tutup?
📅 25 November 2026, jam 11.59 malam.
Selepas tarikh tersebut, SR akan menyemak semua penyertaan yang layak sebelum memasukkan nama peserta ke dalam Wheel of Names. Pemenang akan diumumkan melalui blog SR. Pemenang perlu menuntut hadiah dalam tempoh tujuh hari selepas pengumuman. Jika tidak, hadiah burn. Hehe...
Syarat Hadiah dan Penafian
Hadiah diberikan dalam bentuk kredit Touch 'n Go eWallet sahaja. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, barangan fizikal, baucar atau hadiah lain. Pemenang mestilah mempunyai akaun TNG eWallet yang aktif dan layak menerima pemindahan kredit.
Penafian: Giveaway ini merupakan inisiatif peribadi pemilik syaznirahim.com dan tidak ditaja, dianjurkan, disokong atau mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Touch 'n Go eWallet.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai! Sambil mencuba nasib, bolehlah kita berkenalan dengan lebih ramai blogger.


Saya masih gagal mempunyai TNG eWallet. Nak kena pergi belajar dulu mcm mana nak kasi WUJUD ini TNG. he he he
BalasPadamJgn putus asa Shaizhar, masih ada masa
PadamMenarik ni!
BalasPadamPokcik join...https://miziejusoh.blogspot.com/2026/11/giveaway-sr-saya-nak-tng-ewallet.html
BalasPadamammi dah join... https://www.sheilaarshad.com/2026/11/sr-saya-nak-tng-ewallet.html
BalasPadamSA dah join ye..
BalasPadamhttps://www.suriaamanda.com/2026/11/giveaway-sr-saya-nak-tng-ewallet.html
Ok kita dah join
BalasPadamhttps://anakomak6.blogspot.com/2026/11/giveaway-sr-saya-nak-tng-ewallet.html?m=1
Waalaikumussalam
BalasPadamSaya dah join
https://sharhanah.blogspot.com/2026/11/sr-saya-nak-tng-ewallet.html
Saya join juga
BalasPadamhttps://www.aynorablogs.com/2026/11/sr-saya-nak-tng-ewallet.html?m=1
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.