Seseorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah. |
Assalamualaikum.
Bolehkah berikan beberapa tips dan nasihat untuk saya mengawal sikap panas
baran saya?
Jawapan:
Bismillah,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat serta salam
buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan kita di atas agama
yang suci ini, seterusnya buat ahli keluarga baginda, isteri-isteri baginda,
serta mereka yang berpegang dengan ajaran baginda hingga hari akhirat.
Marah Satu Perasaan Alami
Marah
merupakan satu perasaan yang wujud secara semulajadi dalam diri setiap manusia.
Ia juga satu ekspresi yang muncul kadangkala secara spontan tatkala kita
disakiti, dizalimi atau menghadapi sebarang masalah. Nabi SAW sendiri pernah
berasa marah dalam beberapa keadaan, antaranya peristiwa Usamah bin Zaid yang
pernah membunuh seorang musuh di medan perang, meskipun dia telah mengucapkan
syahadah. Nabi SAW berkata kepada beliau:
أَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَقَتَلْتَهُ . قَالَ قُلْتُ يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا قَالَهَا خَوْفًا مِنَ السِّلاَحِ . قَالَ "
أَفَلاَ شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لاَ
Maksudnya: Apakah kamu membunuhnya
sedangkan dia telah mengucapkan La ilaha illa Allah? Usamah menjawab: Dia hanya
mengucapkannya kerana takut dibunuh. Nabi SAW membalas: Apakah kamu telah
membelah hatinya untuk mengetahui samada dia benar-benar beriman ataupun tidak?
Sahih Muslim (96)
Diriwatkan
oleh Imam Tirmizi satu hadith marfu’, yang menyifatkan sifat marah Nabi SAW:
لا تُغْضِبُهُ الدُّنْيَا ، وَلا مَا كَانَ لَهَا ، فَإِذَا تُعُدِّيَ
الْحَقُّ , لَمْ يَقُمْ لِغَضَبِهِ شَيْءٌ , حَتَّى يَنْتَصِرَ لَهُ ، وَلا
يَغْضَبُ لِنَفْسِهِ ، وَلا يَنْتَصِرُ لَهَا
Maksudnya: Perkara keduniaan tidak
membuat Nabi marah. Adapun jika menyanggahi kebenaran, tiada apapun yang mampu
berdepan Baginda, sehingga Baginda memenangkan kebenaran itu. Nabi juga tidak
marah jika ia melibatkan urusan peribadi Baginda, dan tidak berusaha untuk
memenangkan diri Baginda.
Al-Syama’il Al-Muhammadiyah (218)
Menahan Amarah
Menahan
amarah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut.
Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri
orang yang bertaqwa:
الذِينَ يُنفِقُونَ فِي
السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ
ۗ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Surah Ali ‘Imran (134)
Allah
SWT juga menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
Maksudnya: ...dan apabila mereka
marah, mereka segera memaafkan.
Surah al-Syu’ara’ (37)
Dalam
satu hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي. قَالَ
" لاَ تَغْضَبْ ". فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ " لاَ
تَغْضَبْ
Maksudnya: Seorang pemuda meminta
nasihat daripada Nabi SAW, dan Nabi bersabda: Janganlah kamu menuruti amarah.
Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.
Sahih al-Bukhari (6116)
Nabi
SAW juga pernah bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ
نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Maksudnya: Seorang yang kuat itu
bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu
mengawal dirinya sewaktu sedang marah.
Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)
Nabi
SAW dalam sabda Baginda yang lain pula menyebut:
إنَّ اللَّهَ لَمَّا قَضَى الْخَلْقَ كَتَبَ عِنْدَهُ فَوْقَ عَرْشِهِ
إِنَّ رَحْمَتِي سَبَقَتْ غَضَبِي
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT
sewaktu selesai dengan urusan penciptaan-Nya, telah menulis pada ‘Arasy-Nya:
Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku.
Sahih al-Bukhari (7422) dan Sahih Muslim (2751)
Titipan Pesanan Nabi SAW dalam Mengawal Kemarahan
Terdapat
beberapa pesanan yang Baginda SAW titipkan kepada kita sewaktu kita sedang
marah, antaranya ialah:
- Duduk
jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ
الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ
Maksudnya: Apabila salah seorang
daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika
kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.
Sunan Abi Daud (4782)
- Mengambil
wudhu
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ
النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَتَوَضَّأْ
Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan
itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada apI, dan api
hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian
berasa marah, hendaklah dia berwudhu.
Sunan Abi Daud (4784)
- Mengelak
daripada Membuat Sebarang Keputusan Besar
لاَ يَحْكُمْ أَحَدٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ
Maksudnya: Tidak boleh seseorang itu
menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.
Sahih Muslim (1717)
Mafhum
hadith ini juga tidak seharusnya disempitkan kepada bab penghakiman seorang
hakim sahaja, tapi seharusnya terpakai dalam keadaan-keadaan lain yang memerlukan
penetapan keputusan yang kritikal, terutamanya jika melibatkan urusan orang
ramai. Ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum mengambil sebarang
keputusan.
- Diam
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
Maksudnya: Apabila salah seorang
daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam.
Al-Adab al-Mufrad (245)
Berdiam
diri sewaktu marah adalah lebih baik, kerana dalam keadaan marah,
perkataan-perkataan yang diungkapkan berkemungkinan akan mengguris perasaan
orang lain dan mungkin memberi ancaman kepada diri sendiri.
Kesimpulan
Meskipun
ia secara umumnya dianggap sebagai satu perasaan dan ekspresi yang negatif,
namun dalam beberapa keadaan, rasa amarah itu dibenarkan oleh syarak.
Contohnya, rasa marah apabila agama Islam dihina atau marah apabila berlakunya
kezaliman dan penindasan ke atas golongan yang lemah. Namun rasa amarah itu
tetap perlu dikawal dan disalurkan melalui jalan yang betul, dan tidak
membiarkan rasa marah itu menguasai diri hingga membawa kepada
tindakan-tindakan diluar batasan syarak.
Pesanan-pesanan
Baginda Nabi SAW yang kami nukilkan di atas wajar dijadikan pedoman dalam
mengubati sikap panas baran dan mengawal rasa marah agar ia tidak menghilangkan
pedoman dan akal waras seseorang.
Wallahu
a’lam.
Bulan posa ni elok kurang2 kan marah...
BalasPadambila rasa nk marah . lebih baik nerdiam diri kan , bg tenang-tenang
BalasPadamTerima kasih share
BalasPadamSA hari tu masa fridge rosak..puas menahan marah...geram betul...lepas tu fikir puasa...terus naik atas pasang ekon and cool down...dah pukul 6.45pm baru SA turun bawah...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.