Kisah Menguruskan Jenazah Nenek Tersayang


Assalamualaikum wbt

Ayat dalam post ni berterabur. Maaf masih tak berapa okey, tapi nak titipkan kenangan.

Saat Bacaan Talkin 


 SR rasa, SR tak akan dapat lupakan tarikh 11 April 2023 hari tu sampai bila-bila. Tarikh keramat di mana nenek kesayangan SR telah pergi buat selama-lamanya. Dengan ramadan yang masih berbaki 10 hari, Allah sudah tentukan itulah tarikh nenek SR kembali ke pangkuan-Nya.
Pagi tu SR pergi kerja macam biasa, tapi SR mulakan hari dengan sedikit rasa marah. Sebabnya, staf makmal lewat buka makmal, dan barang yang diperlukan oleh pelajar pun ada yang kurang. Kemarahan SR bersambung lagi bila cikgu tadika ayu hantar gambar bibir ayu pecah. 

Ditumbuk oleh budak hyperaktif dekat kelas dia.

Habis sahaja lab 4 jam, SR terus pecut balik Senawang untuk jemput ayu tengahari tu juga. Sambil drive, SR tepuk-tepuk kelopak mata SR yang belah kiri.

"Ha dahlah bekerdip. Dah seminggu bekerdip tak henti-henti." SR rimas. Mata kiri tu bekerdip dari minggu sebelumnya.

Sampai sahaja di rumah bersama ayu, SR rasa kepala SR berat sangat. Lain macam. SR anggap mungkin sebab panas dari dalam makmal tadi kot puncanya. Entah bila chiller tu nak okey.

Masa tu juga adik SR, Boi, call.
SR tak jawab sebab nak masuk rumah dulu. Risau juga sebab hanya berdua dengan ayu.

SR terus sahaja taip "Wasap2."

Masa tengah kunci pintu dari dalam, SR dengar ada notification Whatsapp. SR tukar baju dulu. Dah lega-lega, baru baca.

Rasa macam nak tercabut jantung SR bila baca, "Nenek dah takde."

Rasa macam mimpi. Rasa macam tengah terbang. Terus SR call semula adik SR. Menangis kami sambil cakap telefon. Dada rasa nak pecah. SR terus telefon adik perempuan SR pula.

Masing-masing macam tak percaya. Akhirnya kami berpijak di bumi yang nyata...
SR terus call zaimi, dia ambil anak-anak dan dalam 3.45pm kami terus gerak ke Kuantan...

***

Nenek SR bukan orang Kuantan. Tapi, dia duduk sementara kononnya dengan emak dn abah SR. Sebab, rumah Pak Cik SR (Angah, adik emak SR) sedang renovasi. Nenek memang tinggal dengan Angah sejak tahun 97/98 macam tu.

Hendak dijadikan cerita, sejak dia duduk di Kuantan, nenek makin tidak sihat. Pernah warded juga selama seminggu lebih di sana.

Kita manusia merancang, rupanya, Allah jualah yang merancang perkara yang telah ditetapkan sejak dari nenek di alam roh.

Rupanya, nenek telah berjanji dengan Allah SWT untuk 'pergi' pada 10 terakhir ramadan 1444H, jauh dari Balakong (Rumah Angah). Rupanya nenek sudah berjanji untuk menghabiskan sisa-sisa hayatnya bersama emak dan abah SR di Kuantan, dan disemadikan juga di sana...

Satu persatu perkara yang membawa bagaimana kami yang tiada kena mengena langsung dengan Kuantan pada asalnya, terbit dalam kepala SR. Ceritanya panjang, namun akhirnya dah nampak hikmahnya.

+++

SR sekeluarga sampai di Kuantan tepat 7.45PM. Kami berbuka puasa dalam kereta sahaja dengan sebiji kurma seorang satu. Kami perlu cepat, sebab abah kata, pihak yang akan bantu uruskan nenek akan bawa dia ke surau pada 8 malam. 

Sempatlah anak-anak SR cium wajah moyang mereka buat kali terakhir. SR tak payah cakaplah, memang duduk sahaja sebelah jenazah sambil cium dia sekerap mungkin.

10 minit kemudian, Boi pun sampai. Alhamdulillah sempat dia sampai. Adik perempuan SR, Nana, memang menetap di Kuantan, jadi dia dah ada di sana dari tengahari lagi.

Tepat 8 malam, van terus sampai. Terus angkat nenek ke surau untuk mandi, kapan dan disolatkan.

SR terus ikut naik van. Zaimi suruh SR jangan risaukan anak-anak, dia akan tinggalkan anak-anak dengan adik ipar SR nanti. Sebab dua-dua adik ipar SR tak dapat ikut, masing-masing ada bayi.

Sampai sahaja di surau, memang segalanya berlaku dengan pantas...

Ketika mandikan jenazah, SR, Emak, Nana dan Boi turut mandikan nenek. Mandian terakhir sebelum nenek menuju ke alam barzakh. SR di bahagian kaki. Sedih dan hiba betul hati SR ketika itu. SR gosok-gosok kedua-dua kaki nenek, celah-celah jari kaki nenek... Terbit macam-macam kenangan kami bersama.

Alhamdulillah, dapat juga kami tiga beradik berbakti pada nenek malam tu. 

Angah dan Alang SR sampai ketika jenazah hendak dilap kering sebelum kapan. Masa tu, kami pass pada mereka pula. Biar semua ada kenangan terakhir bersama nenek. Suasana memang sayu sangat. SR juga ada bantu ketika kapankan nenek. Selapis demi selapis kain putih membaluti badan nenek. 

Insaf.
SR sangat insaf.

Bila kita sudah bergelar jenazah, memang tiada apa lagi yang tinggal. Semuanya diuruskan oleh orang lain. Janganlah kita sombong hidup di dunia ni. Kita ini sebenarnya tiada apa-apa pun sebenarnya...

***

Siap kafan, nenek disolatkan. Angah SR jadi imam. Sebaik van sampai, terus sahaja diusung keranda nenek ke tanah perkuburan dan disemadikan malam itu juga.

Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.

SR masih lagi ternampak-nampak wajah nenek pada maghrib tu. Mata dia tertutup rapat sangat. Sekali pandang macam tengah tidur yang sangat lena... Sejak itu, dah tiga hari SR mesti menangis bila hari menjelang senja. Perasaan hiba datang mencucuk-cucuk hati SR. Sakitnya sebuah kehilangan...

Semoga nenek dihimpunkan bersama golongan orang yang baik-baik. Semoga kita bertemu lagi di akhirat nanti ya nenek... Sayang nenek. 😢

#bukantakredha
#sekadarmengingatisimati

Post a Comment

7 Comments

  1. Al fatihah moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...aamiin

    ReplyDelete
  2. Takziah buat SR sekeluarga.
    Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

    ReplyDelete
  3. Al fatihah untuk arwah nenek SR...beruntungnya nenek meninggal dalam bulan ramadhan..moga SR lebih kuat lebih tabah ye memang rindu yg paling sakit rindu pada orang yg dah tiada...

    ReplyDelete
  4. Semoga SR kuat. Tumpang sedih. Biasanya macam tu la, bila dah takde, baru kita nampak hikmah sesuatu. Alfatihah untuk arwah nenek SR.

    ReplyDelete
  5. Sebak...

    Semoga roh nenek SR dicucuri rahmat, Amiiinnnn YRA

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.