Mesin Gula-Gula Kapas di Mydin Senawang

Assalamualaikum wbt

#throwback


Monday blues menyelubungi SR pagi ni. Mungkin sebab cuaca hari ni sangat sejuk dan nyaman. Malam tadi hujan, syukur...

Jadi nak mula buat kerja, kena warm up sikit. Kopi yang SR minum masa sahur tadi pun macam tak berapa nak berkesan aje. Entah dah berapa kali SR menguap pagi ni. Zzz...

Teringat dekat adik ayu.
Dia pagi-pagi buta lagi SR nak hantar ke tadika. Rindu pula dengan dia. Jadi masa SR check draft post blog ni (yang berlambak tu), salah satunya SR ada upload gambar-gambar masa kami cuba beli gula-gula kapas guna mesin dekat Mydin Senawang beberapa minggu yang lepas.

Ayu tengah tanya macam-macam tentang gula kapas

Nak guna dia, sama macam vending machine. Mula-mula pilihlah nak gula-gula kapas bentuk apa. Kemudian masukkan bayaran, dan tunggu mesin tu siapkan. Senang kan?

SR masa ni bayar pakai cash. Kebetulan ada duit dalam purse. Tapi, kalau sesiapa yang selalu bayar secara cashless, boleh juga di mesin ni. Hanya scan sahaja QR kod.

Yang mengujakan, bukan sekadar ayu, SR pun! Okey sambung balik, yang mengujakan tentang mesin gula-gula kapas ni adalah dia ada tingkap yang kita boleh tengok dekat dalam masa gula kapas tu dibuat step by step.


Masa order tu, tak terfikir pulak gula-gula kapasnya besar gila! Hahah! Tengoklah tu, lagi besar dari kepala ayu. Ada 3 warna untuk yang kami pilih ni. Bentuk pula seperti bunga. Rasa dia standard rasa gula kapas. SR tak berapa suka sangat manis dia. Tapi ayu suka. SR pula yang risau sebab besar sangat untuk dia makan.

Zoom sikit. Belah bawah tu ayu dah gigit.


Dah jadi satu hal pulak ayu kena bawak ke hulu ke hilir. Tapi, bila dah gigit dan makan, dia jadi melekit-lekit. Sudahnya SR suruh ayu makan cepat-cepat. Adam dan amir pun kena paksa makan sekali hahaha! Kalau nak harap ayu sorang makan, jenuh juga. Sakit gigi pulak budak tu makan sorang-sorang besar-besar macam tu!


Abang-abang tengah pilih beg sekolah, ayu duduk lah tepi tu sambil makan cotton candy yang besar tu. Dia sendiri tak beli beg sekolah masa ni. Sebab beg dia elok sangat-sangat lagi. Adam dan amir pula, beg masing-masing dah hazab. Koyaklah, berlubanglah. Hairan juga SR, diorang ni guna beg tu macam mana sampai jadi macam tu.


Itu sahajalah cerita dari SR hari ni!
Selamat memulakan minggu!

Post a Comment

9 Comments

  1. tak pernah jumpa mesin gini lagi, cantik lak tu hasilnya

    ReplyDelete
  2. ada nampak kat Mydin..ada gak suruh kakak Dania cuba..x maunya dia..x minat manis2 ni...comel je ayu dengan candy cottonnya tu..

    ReplyDelete
  3. comel lah cotton candy tu, machine pun comel no wonder lah budak2 tertarik. cotton candy ni sedap ditengok je, tang makan tu tak syok sangat hahaha

    ReplyDelete
  4. comei..MA pun pernah beli utk Iris .. kat eon rasanya..

    ReplyDelete
  5. Lah.... benda ni pun ada mesin gedegeng jugak?

    ReplyDelete
  6. rasanya pernah jumpa di KL tapi sebab tak minat manis pandang sepi jelah. hehe

    ReplyDelete
  7. Ibu pun suka jgk gula2 kapas ni. Ngalahkan budak2. Hahaha! Selamat berpuasa SR. ;)

    ReplyDelete
  8. Paling seronok budak-budaklah kalau jumpa mesin gula-gula kapas macam ni.

    ReplyDelete
  9. tak pernah jumpa vending machine utk gula-gula kapas..ni kalau sis pun teruja beli sbb blh nmpk step by step proses dia...tapi tue lah bila makan gula-gula kapas ni, jadi melekit-lekit..dulu suka juga sejak dah berusia ni, control makan benda-benda manis..hehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.