Assalamualaikum wbt
#throwback
Lama betul SR peram entry ni. Plan nak update betul-betul lepas makan di sini. Tapi nak dijadikan cerita, malamnya kami makan di sini tu, amir demam teruk sampai kena warded, pada siapa yang masih ingat.
Jadi SR macam sedih pula. Bila nak update je, teringat amir warded. Hari ni baru SR rasa nak godek draft ni. SR pun agak busy dengan aneka perkara juga sejak kebelakangan ni. Mood untuk menulis di blog pun macam makin tawar aje. Jadi, SR tulislah slow-slow ye...
"Rumah Makan Perpateh, Citarasa Asli, Kekal Tradisi."
SR bukan buat paid review ya. Hanya nak cerita tentang pengalaman SR dan zaimi bawa anak-anak makan tengahari di sini masa tu. Hujung Januari 2023. Ya, anak-anak memang pakai baju tidur aje. Haha!
Sebabnya, pagi tu, pagi-pagi lagi zaimi dah bawa kereta SR untuk servis. SR pun ikut dengan kereta 1 lagi, dan lepas zaimi uruskan apa yang patut, kami tinggalkan kereta SR dekat Service Center, dan pergi ke Zemart.
Lepas pergi Zemart, kereta SR pun dah siap. Ingat nak balik terus, tapi rasa nak makan dulu. Itu yang anak-anak masing-masing dengan baju tidur lagi. Haha!
Masa tu adalah pertama kali kami masuk ke Restoran Rumah Makan Perpateh di Taipan, Senawang ni. Dia di Taipan 2. Tepi jalan aje, dulu dia Kedai Ulam Raja, sebelum tu lagi dia adalah kedai mamak Isa Maju.
Lokasi Rumah Makan Perpateh |
Rumah Makan Perpateh ni berkonsep order dan hidang. Bukan masuk, ambik nasik, ambik lauk sendiri. Bukan. Kita masuk, duduk dan scan QR code untuk order.
Ya, macam kita order di Kenny Rogers atau Chicken Rice Shop mahupun Secret Recipe. Lepas scan, nanti dia akan bawa kita ke senarai menu. Kliklah menu apa kita nak order. Nanti, waiter akan hantar.
Restoran dia selesalah, sebab ada aircond. Cuma, agak sempit sedikitlah bagi SR. Sebab kami berlima kot. Tapi, okey aje. Tak adalah rasa stress sampai nak tarik rambut atau gigit kaki meja. Masih waras duduk dan order apa nak makan dan apa nak minum.
Ha inilah yang kami order masa tu. Tengok ni, rasa lapar pulak. Haha! Kami order daging salai masak lomak cili api, kangkung belacan (kot, lupalah), ayam kampung goreng dan telur dadar. Semestinya untuk makan dengan nasi putih panas-panas. Kena senduk sendiri masuk pinggan ya!
Tahap kepedasan dia okeylah, tak pedas sangat sebab anak-anak SR yang tak tahan pedas tu masih boleh makan. Sedaplah ceritanya.
Kalau jalan-jalan Senawang, nak makan makanan Negeri Sembilan sambil ditiup aircond, bolehlah ke sini. Kot nak ambil gambar ke kan, deco dalam kedai dia cantiklah jugak. Cuma kami sekeluarga tak bergambar mana sebab masing-masing comot 😂
Parkir dia pun nampak banyak juga... penting tu!
BalasPadamBaru pergi Senawang last week...tp pergi kenduri maybe nx time pergi bole try sini ..
BalasPadamHehe bagus tidak pedas lauknya.
BalasPadamdaging salai masak lomak tu buat kecur air liur
BalasPadammemang feberzt kalau ke n9
deko kedainya nampak cantik dan baru, menu yg dihidangkan pun alahai sedap nampaknya
BalasPadamKadang teringin nak JJCM N9 tapi tu la, husbnd kita kurang sikit masakan nogori ni, padahal ada jer lauk sambal ke kari ke kan.. Daging Salai tu la paling kita gemor.
BalasPadamSedapnya daging salai masak lemak cili api. Tak pernah lagi jumpa restoran nasi campur yang kena order guna qr code.
BalasPadamEh belah mana erk..kenapa SA macam x pernah nampk...hahahaha
BalasPadamHa ok igt esok lunch nak try.makan sini
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.