Cara Daftar dan Guna Setel Petronas


Tidak perlu beratur lagi!
Langkau baris gilir dan bayar minyak dengan selesa dari kenderaan anda menggunakan aplikasi Setel. Penting dan bagus terutamanya untuk ibu bapa dan pengembara lewat malam. Selain itu, anda boleh kumpul mata serta-merta selepas transaksi pertama dengan kad Mesra digital anda. Boleh juga dapatkan sehingga 3 kali ganda mata Mesra apabila anda membayar dengan Setel.

Ini adalah usaha kecil Setel dan Petronas untuk menyelamatkan alam sekitar. Semak e-Resit dalam apps atau emel anda sahaja pada bila-bila masa sepanjang hari. Go Green kan!

 

Untuk mendaftar akaun aplikasi Setel Petronas, ikuti langkah berikut:

Muat turun aplikasi Setel Petronas di Playstore (untuk pengguna Android) dan Appstore (IOS / Iphone). KLIK SINI

Kemudian, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan tekan pada ruangan ‘Register’. Di sini akan keluar paparan untuk pendaftaran akaun. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi butiran yang dikehendaki dan klik pada ruangan ‘Register’ sekali lagi apabila sudah selesai. Jangan lupa pastikan / masukkan kod na3ng pada bahagian kod rujukan sebelum klik 'Register'.

Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang dihantar kepada nombor telefon yang didaftarkan tadi. Apabila selesai masukkan kod pengesahan, pendaftaran anda telah berjaya. 

Akhir sekali, anda dikehendaki untuk log masuk ke dalam aplikasi Setel Petronas menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan.

Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, anda harus menetapkan nombor pin untuk keselamatan dan topup akaun anda sebelum menggunakan aplikasi ini.

(SUMBER Cara Pendaftaran)

Bagi anda yang belum tahu cara untuk menggunakan aplikasi ini, disini dikongsikan caranya:



  1. Pilih lokasi stesen minyak yang ingin anda tuju untuk isi minyak menggunakan aplikasi Setel Petronas.
  2. Apabila sudah sampai di Petronas berkenaan, parking kenderaan anda di petak pump minyak yang dikehendaki.
  3. Masukkan nombor petak pump minyak tersebut di ruangan yang diperlukan dalam aplikasi Setel Petronas anda.
  4. Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan nombor pin yang dicipta oleh ketika proses daftar tempohari, dan tekan ‘Next’. 
  5. Kemudian akan keluar paparan untuk anda mula mengisi minyak kenderaan anda. 
  6. Pastikan semasa mengisi minyak, anda tidak menggunakan telefon pintar. Simpan elok-elok dalam kenderaan anda.
  7. Selepas selesai, akan keluar pemberitahuan daripada aplikasi Setel Petronas dan jumlah transaksi anda.

Selain itu, Setel Petronas ini juga ada beberapa kelebihan lain. Antaranya adalah seperti menyemak harga minyak semasa, mencari lokasi stesyen minyak berhampiran dan membayar parking. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah muat turun aplikasi Setel Petronas DI SINI !

Post a Comment

6 Comments

  1. MA guna shell..kadang2 je petronas... tapi jarang sgt la

    ReplyDelete
  2. belum timbang2 nak download setel....

    ReplyDelete
  3. Tk perkongsiannya
    Bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Saya pengguna Setel sejak diperkenalkan. Alhamdulillah, sangat memudahkan hidup bila nak mengisi minyak. Lagi-lagi wanita. Malas betul nak ke kaunter. Paling best kumpul point. Saya redeem dapat isi minyak kereta semula.

    ReplyDelete
  5. SA guna Petron...masa awal2 keluar keret Dania hari tu guna Petronas..lepas tu tukar ke Petron..x tau la pesal..padahal sama je minyak mana2

    ReplyDelete
  6. Senang guna settle ni. Tapi kalau internet problem dia jadi lambat sikit. Tapi tak lambat sangatlah, tetap senang settle. Lumayan juga dapat kumpul points.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.